Tersebutlah kisah, di dalam sebuah hutan khatulistiwa, tinggal seorang lelaki bernama Tarmeezi Sirehgar. Lelaki itu sangat suka berkebun, memancing, dan mendengar lagu-lagu Rohana Jalil. Kisah ini belum pernah diceritakan oleh sesiapa pun kerana ianya dianggap sebagai 'top secret' oleh kerajaan Malaysia. Akan tetapi, saya sebagai narrator cerita ini, amatlah sudah tidak tahan lagi menahan rahsia di hati.
Tarmeezi memiliki keistimewaan luarbiasa yang dicemburui oleh 99% lelaki di seluruh dunia. Oleh disebabkan itu, dia memilih untuk tinggal di dalam hutan setelah dia tamat Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM. Tarmeezi pernah digulai oleh kumpulan gangster Mat Samdol ketika berusia 15 tahun 2 bulan setengah apabila salah seorang ahli kumpulan tersebut yang lebih dikenali sebagai Aman Otak-Otak Gelang Patah mengetahui akan keistimewaan luarbiasa yang dimiliki oleh Tarmeezi.
Aman Otak-Otak Gelang Patah mempunyai seorang kekasih bernama Siti Rahayu 'Arba'eyyah Qurratun Muslimah Binti Mat atau lebih dikenali sebagai Rainbow. Rainbow sebenarnya sudah lama meminati Tarmeezi sejak di zaman Montessori lagi. Rainbow pernah menulis surat cinta untuk Tarmeezi ketika mereka masih menuntut di standard one, Sekolah Kebangsaan Jirat Cina TutzeShingShung. Namun Rainbow telah melakukan silap yang begitu besar kerana dia tidak menghantar surat itu kepada Tarmeezi sendiri, sebaliknya dia menggunakan perkhidmatan orang tengah.
Orang tengah yang dimaksudkan adalah adik angkat kepada abang tiri lain bapak kepada Aman Otak-Otak Gelang Patah. Dipendekkan cerita, surat itu tidaklah sampai ke tangan Tarmeezi melainkan ianya sampai ke atas pangkuan Aman sendiri. Namun bukanlah isu surat cinta itu yang membuatkan Aman berang terhadap Tarmeezi. Pernah pada suatu hari, ketika Aman dan Tarmeezi masing-masing berusia 15 tahun, dan sedang menukar pakaian sukan di dalam bilik persalinan, Aman ternampak sesuatu yang luarbiasa pada sosok tubuh Tarmeezi.
Hal itu telah membuatkan hatinya berbulu. Aman pulang ke rumah dengan tangisan bercampur baur sedih, hiba dan perasaan insecure yang sangat-sangat banyak. Aman tak habis-habis menyalahkan Tuhan. Dia kata Tuhan bersikap tidak adil terhadapnya. Dia kata lagi, sepatutnya setiap lelaki diberikan keistimewaan yang serupa dan tak perlu wujud saiz-saiz yang berbeza. Setibanya di rumah, Aman mencapai ganggang telefon dan meluahkan rasa hatinya kepada... ya, siapa lagi kalau bukan Rainbow.
Perbualan tentang keistimewaan yang dimiliki oleh Tarmeezi pada petang itu telah menimbulkan bibit ungkit-mengungkit di antara Aman dan Rainbow. Pada hari itu, barulah Rainbow tahu bahawa surat cinta yang pernah ditulis untuk Tarmeezi telah disalah poskan kepada Aman.
"Baik, ayang mengaku dengan anje sekarang!" Jerit Aman Otak-Otak Gelang Patah pada ganggang telefon.
"Mengaku apa ni, anje.." Suara Rainbow mulai perlahan kerana takut ditengking pakwe.
"Ayang memang dah tahu kan, yang Tarmeezi punya tu besar sebab tu ayang suka dia kan?? Ayang suka dia, bukan??"
"Eh... anje, janganlah menuduh ayang yang tidak-tidak."
"What do you think I am? Huh? I am not blind, ayang! I am not! Surat yang ayang tulis (Aman mengeluarkan kalkulator saintifik untuk mengira sesuatu. 15-7 = 8), 8 tahun lalu untuk Tarmizi! Terangkan pada anje sekarang! Terangkan!" Kalkulator saintifik diletakkan kembali di atas sofa.
"Ayang tengah makan nasi ni, anje. I can't talk much while my mouth is full with rice!"
"Okay. Baiklah. Kalau itulah apa yang ayang nak. Mulai harini, kita clash!"
YOU ARE READING
Tarmeezi Sirehgar
RandomSebuah cerita yang belum tentu ada sambungan. Tentang cinta dan seorang hero yang separuh nyawa menentang kepalsuan menggunakan sebelah tangan.