"Ibu orang nak yang itu, tak nak yang ini," aku mula memberontak,. Kotak permainan Superman yang ibu berikan aku campak sejauh yang mungkin. Beberapa orang yang berada di dalam Pasaraya memandang gelagat aku, kurang ajar dengan mak sendiri, "Orang cakap nak yang ini," aku segera mencapai kotak patung Batman dan membuka balutan plastiknya. "Megat," suara ibu lembut menegurku.
"Megat, Megat, Megat, kenapa ini," ibu menyedarkan aku dari lamunan zaman kanak - kanak ku. "Tak ada apa ibu, Megat cuma teringatkan masa Megat kecil dulu," aku mula menjamah pelahan - lahan masakan yang dibawa ibu. Imbauan lama sewaktu aku berumur 5 tahun itu masih lekat hingga ke hari ini. Senakal - nakal aku ibu tetap kuat menjaga aku bagaikan menatang minyak yang penuh, dialah seorang ibu dan bapa. Tanpa rasa kasih seorang bapa, cukuplah aku mempunyai ibu. Walaupun aku tahu ibuku seorang penipu.
Hidup bergelar seorang Mahasiswa di sebuah universiti terkenal di Melaka rupanya suatu beban untuk ku. Walaupun ia merupakan suatu kebanggaan untuk ibuku, tapi saban hari aku memerlukan peruntukan kewangan yang banyak untuk setiap tugasan kelas yang diberikan. "Ibu minggu ini Megat tak dapat balik, sebab ada tugasan kelas," aku pelahan - lahan menuturkan kata ketika berada di dalam talian telefon bersama ibu. "Ibu faham megat, tak apa, nanti hari ahad nanti ibu datang lagi ke sana bawa lauk kegemaran kamu," ibu pelahan menuturkan kata. Hampir 5 bulan aku tidak dapat pulang ke rumah kerana kesibukan tugasan pengajian setiap minggu.
"Megat, nanti kau datang perpustakaan, kiterang tunggu kat sana," Khairul memberitahuku. Aku mengangguk sambil masih berada di talian telefon bersama ibu. "Megat, kamu dah kena pergi buat tugasankan, pergilah, ibu pun sibuk ada customer ini," kata ibu. Setelah menamatkan talian telefon bersama ibu aku terus bersiap dan bergerak ke perpustakaan. Setiap hari ibu akan menghubungi aku menanyakan khabar, sehingga aku malu dengan rakan - rakan. Kadangkala sewaktu kelas pun ibu menghubungi aku. Jika aku tidak dapat menjawab panggilan ibu, aku menalifon kembali selepas aku tidak sibuk.
Setiap kali hujung bulan, ibu akan mengunjungi aku di Kolej Kediaman. Aku faham akan keadaan keluarga kami yang tidak seberapa. Minggu ini aku menasihati ibu agar tidak berkunjung ke Melaka atas alasan aku mempunyai tugasan di luar. Padahal aku tidak mahu ibu bersusah payah berkunjung ke Melaka. Dengan tambang bas dan lauk masakan untuk rakan sebilik aku, banyak guna duit, sedangkan dahulu sewaktu aku membantu ibu, duit keuntungan perniagaan hanya cukup untuk makan kami berdua dan putaran modal untuk keesokkan hari.
"Tak apa, ibu tunggu di kafe. Nanti dah balik asrama Megat datang kafe ya," kata ibu terus membuatkan aku rasa bersalah. Ya Allah. "Ibu, Megat risau kat ibu sebenarnya, banyak pakai duit tu nak datang Melaka," aku cuba untuk memberitahu ibu agar membatalkan niatnya. "Megat, selepas kamu masuk U, alhamdulillah rezeki kita bertambah nak, itu yang ibu guna untuk datang Melaka," ibu masih bertegas. "Kalau banyak boleh buat pusing modal bu, tak perlu lah susah - susah nak ke Melaka, Megat kesian tengok ibu," aku terus mencuba. "Megat, kamu jangan risaukan ibu, kamu belajar baik - baik sampai berjaya, ibu nak bergerak dah ni, bas dah sampai, nanti sampai Melaka ibu telefon kamu," kata ibu membuatkan aku terkejut. Ibu dah naik bas !
Aku yang berada di Johor terkejut dengan kata - kata ibu, aku ingatkan ibu masih dirumah. Urusan tugasanku masih belum selesai malah baru bermula ! Ikutkan tentatif, tugasan ini akan tamat dalam masa 2 jam lagi di tambah pula masa perjalanan dan dalam masa 2 jam itu juga ibu mungkin sudah sampai Melaka ! Jantung ku berdegup kencang.
"Megat kenapa dengan kau," Khairul menepuk bahuku. "Tak ada apa - apa," aku menggelingkan kepala. "Megat, esei untuk pertandingan tu kau dah siapkan ?," Khairul cuba membuka cerita. Aku masih keresahan perihal ibu, Megat pula bertanya berkenaan Pertandingan Esai yang tarikh tamatnya hari ini. "Aku belum siapkan lagi, aku tak tahu nak tambah," aku menyembunyikan keresahan. "Megat, pergi lah balik Kolej, nah ambil kunci kereta aku," Khairul menyerahkan kunci keretanya. Aku terkejut. "Ibu kau satu je tau, kerja, tugasan, acara ini semua boleh ada lagi, pergilah, pandai - pandai lah aku cover kau," Khairul menyakinkan aku. Aku terus berlari keluar. "Megat ! Ingat, hantar esei tu, kalau menang kau boleh tanggung pembedahan Jantung ibu kau,".