Bab 2

3.2K 93 2
                                    

"Alhamdulillah nek. Ok lah. Comel budaknya. Hanisah nama dia. Ha, ok nek. Jaga diri tau nenekku sayang! hehe.. Ok nek, waalaikumussalam,"Aisyah mengunci telefon bimbitnya dan letakkan ia di tepi meja solek. Sedang dia berkira mahu ketandas, tiba-tiba pintu biliknya ditolak dari luar.


"Kakak, Nisa nak air milo yang kakak buat tu boleh ke?" pertanyaan tersebut dilontarkan perlahan. Dia memanjat katil Aisyah dan duduk sambil menggoyang-goyangkan kaki.

"Boleh, tapi kakak nak solat dulu. Ok?"

"Nisa nak solat sekali boleh ke?" Hanisah membuntuti Aisyah ke tandas sejurus melihat Aisyah menganggukkan kepala beberapa kali sebagai jawapan kepada pertanyaannya tadi.

**

"Siapa ajar Nisa solat?"

"Nisa selalu ikut Uncle Is je," Aisyah mengusap lembut kepala Hanisah beberapa kali. Dia tersenyum melihat gelagat Hanisah yang terkial - kial melipat kain telekungnya.

"Mari sini kakak lipatkan," Hanisah menghulurkan telekung bewarna merah jambu tersebut kepada Aisyah seraya berkata, "Kak Aisyah jaga Nisa lama-lama tau," 

Aisyah hanya dapat menguntumkan sebuah senyuman kepada anak kecil tersebut. Dia kasihan dengan nasib anak kecil itu. Sepanjang seminggu dia berada dirumah besar itu, hanya dirinya yang menemani anak kecil itu. Si ayah dan adik-adik lelakinya pulang malam, si adik perempuannya pula hanya tahu mengurungkan diri didalam bilik, keluar hanya untuk makan atau keluar lepak bersama rakan.

'Kesian kau ni Nisa. Ada ayah, sibuk. Ada bapa saudara, garang, pelik. Ada mak saudara, pemalas pulak. Tapi aku lagi kesian, takde lansung mak ayah, ada nenek je pulak. Nasib baik lah kau ni ada Hanum dengan Mak Jah,' desis hati kecil Aisyah. Dia terkenangkan nasib dirinya tatkala memikirkan keadaan Hanisah.

"Nisa..! Nisa..! Nisa kat mana?" tiba-tiba kedengaran satu suara lelaki. Aisyah dan Hanisah berpandangan antara satu sama lain.

"Uncle Izwan dah balik lah kakak!"dia pantas berlari keluar dari bilik Aisyah. Keadaannya yang tergopoh - gapah menyebabkan dia jatuh dihadapan pintu bilik.

"Astagfirullah hal azim, Nisa!"Aisyah terjerit sedikit kerana terkejut melihatkan keadaan Hanisah. Dia berdoa didalam hatinya agar tiada luka dimana - mana badan kecil itu. 'MAmpus aku kalau berparut ni,' marah Aisyah dalam hati.

"Kakak, sakit.." adu Hanisah perlahan. Mimik mukanya kelihatan seperti mahu menangis.

"Lah.. kenapa ni?" tanya Izwan yang baru menapak masuk ke ruang dapur rumah tersebut. Dia mencangkung dihadapan pintu bilik Aisyah.

"Ada luka tak tu?" tanyanya lagi tanpa menunggu jawapan untuk soalan pertamanya tadi dari Aisyah.

"Mari sini kakak tengokkan," tanpa mempedulikan kehadiran Izwan dihadapan biliknya, dia melihat - lihat keadaan kaki Hanisah. Terdapat sedikit kesan calar dilutut kiri gadis kecil itu. Dia menundukkan wajah dan menciumi lutut tersebut.

"Ha, ok tak?" tanyanya. Hanisah memandangnya dan memeluknya erat. "Tak sakit dah. Nisa dah kuat balik! hehe.."tawanya sambil menunjuk gigi.

"Ehem.." Izwan berdehem tatkala merasakan dirinya bagaikan tiada dalam situasi tersebut.

"Eh, kenapa uncle balik awal?" tanya Hanisah petah.

"Uncle tak sihat lah, pening kepala. Tu sebab papa Nisa suruh uncle balik rumah,"

Hanisah melepaskan pelukannya dari Aisyah dan mendekati Izwan. Dia menciumi dahi Izwan tiga kali berturut.

"Kalau sakit lagi, nanti Nisa suruh kak Aisyah kiss. Nanti cepat .." 

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now