Bab 1

95 4 0
                                    

Jessica Lane merupakan seorang gadis yang berumur 17 tahun, bersekolah di Sekolah Menengah Sri Indah. Dia anak jutawan. Tetapi dia tidak berbangga dengan kekayaan dan kemewahan yang dia ada.

Jessica merenung ke luar tingkap. Dia berasa sungguh bosan. Tiba-tiba dia terlihat seorang jiran baru yang sedang membawa barang-barangnya ke dalam rumah. Jessica ingin berkenalan dengan lelaki itu kerana dia dapat merasakan yang lelaki tersebut... ajaib!

"Siapa lelaki itu? Mengapa aku rasa seperti ingin mengenali dia?" Kata Jessica sambil menuruni tangga.

Dia bertanya kepada mamanya, "mama kenalkah dengan jiran baru itu?"

"Tak, Sica. Mengapa?" Jawab mama. Dia memanggil Jessica dengan panggilan Sica.

"Entahlah, saya rasa pelik tentang dia," kata Jessica. Dia hampa, mamanya tidak kenal jiran itu. Dia segera menaiki tangga.

Jessica masih terfikir tentang lelaki itu. Bermacam-macam soalan yang bermain di mindanya.

Dia merenung ke luar tingkap sekali lagi. Dan sekali lagi dia terlihat lelaki yang sama juga sedang merenung ke luar tingkap, menghadap tingkap Jessica.

Jessica melambai. Lambaiannya dibalas dengan senyuman.

Terlintas satu idea bernas di fikiran Jessica. Dia mengambil buku melukisnya serta pen marker hitam. Dia menulis : "hai jiran baru. Saya Jessica. Awak?" Lalu Jessica menunjukkan buku itu ke arah tingkap sambil tersenyum.

Lelaki itu menunjukkan tingkah laku yang sama. Buku melukis dan pen marker dicapai, menulis sesuatu. Kemudian ditunjukkan ke arah tingkap.

Jessica membacanya. "Hai. Saya Ian Reynolds. Seronok dapat jiran baru. Mahu jadi kawan saya?" Jessica menulis lagi. Mereka bercerita dengan cara 'EPIC'.

"Mahu. Awak bersekolah di mana?"

"Terima kasih. Err, sebenarnya saya tidak bersekolah."

"Haa? Habis, bagaimana awak tahu menulis? "

"Panjang ceritanya. Ibu bapa saya meninggalkan saya selepas sekolah rendah. Saya tinggal bersama adik saya, Irene." Ian berpura-pura senyum. Selepas membacanya, Jessica terdiam.

"Maafkan saya... eh awak ada adik? Saya tidak nampak pun tadi?" Jessica cuba menukar topik.

"Oo, jadi dari tadi lah awak mengintip saya? Dia masuk lebih awal."

"Hehe. Oklah, saya pergi dulu. Esok jangan lupa, sediakan buku dan pen lagi."

"Baiklah. Oh ya, tolong simpan kisah rahsia saya tadi"

"Ok." Jessica menamatkan perbualan dengan lambaian. Ian juga melambai.
...


Be My FriendWhere stories live. Discover now