Sepi

37 2 0
                                    

Hari ini gelap. Langit menitiskan titisan air, menurunkan rahmat tuhan buat penghuni bumi. Di Bandaraya Kuala Lumpur, kebanyakan manusia memilih untuk duduk di dalam bangunan, menanti tangisan langit reda. Kelihatan seorang gadis sedang duduk termenung di koridor salah sebuah rumah di salah sebuah kawasan perumahan di situ. Namanya Melati. Cukup Melayu.

"Mel! Come down here. Open the gate please," Tasya melaung dari luar rumah. Dia yang hanya memakai sleeveless shirt berwarna merah jambu dan short pants kuning memegang erat telefon pintarnya sambil berdiri di depan pagar.

Melati terus turun menyambut kawannya itu. Beberapa saat kemudian dia sampai ke pintu pagar. "Jemput masuk." Dia lalu mengiring Tasya masuk ke dalam rumah.

"So, this is all yours now right?" Ujar Tasya terus.

"Ha'ah," Melati menjawab acuh tak acuh sambil mengemas majalah yang bersepah di atas meja kopi.

"Emm. Aku datang ni cuma nak beritahu kau, malam ni ada birthday party di rumah aku. Kebetulan parents aku outstation. So, bring your boy."

"Aku tak janji. Lagipun lepas ni aku nak keluar sekejap. Ambil angin,"

"Ok, jangan lupa tau. Bring your boy!" Tasya mengenyitkan matanya sebelum terus mengambil langkah keluar dari rumah. Begitu juga dengan Melati. Sebaik Tasya pergi, dia mengunci pintu rumah dan terus pergi dengan kereta arwah ibunya. Dalam memandu, fikirannya merawang mengingati peristiwa dua hari lepas.

. . .

"Melati, kenapa ni?" Hafsah, seorang gadis di universiti yang selalu menegurnya, tapi dia tak pernah layan. Hafsah yang bertudung labuh merah lembut dan berjubah hitam memegang perlahan bahu Melati.

"Entah. Aku macam... entah. Lepas mak aku meninggal hari tu, ditambah pula dengan keluarga yang seperti memulaukan aku, I'm lost."

"Apa yang awak rasa sekarang?"

"Aku rasa berat... penat..." Melati memandang langit. "Aku rasa sakit. Macam aku tengah angkut beban yang sangat berat."

Hafsah memandang sayu. "Lagi?"

"Aku rasa... entah."

"Mungkin awak ada buat salah pada sesiapa?"

Melati sedikit hilang sabar. "Manalah aku nak tau. Aku bukan boleh ingat semua benda."

"Tenanglah. Betul ke awak tak ingat?" Hafsah menduga lagi.

Melati lalu meninggikan suaranya. "Kau cakap macam kau tau semua benda. Macam kau tau kenapa aku rasa macam ni. Kenapa aku jadi macam ni. Padahal, kau tak tau apa-apa pun!"

"Saya memang tak tau apa-apa. Saya cuma menduga. Sebab ustaz saya ada sebut, bila kita rasa semua benda tak kena, bila kita rasa berat. Tapi kita tak tau puncanya, itu mungkin kita ada dosa."

Melati terus melenting. "Jadi kau nak tuduh aku berdosa lah ni? Hei! Kau jangan nak berlagak suci sangatlah. Konon pakai tudung labuh bagai. Entah-entah dah pernah kena ceroboh. Fuck you!"

Hafsah yang terkejut dengan tuduhan terus Melati menafikan tuduhan itu. "Astaghfirullahal'azim. Melati! Apa yang awak cakap ni?! Saya tak pernah buat semua benda terkutuk macam tu, tau?"

"Mengaku ajalah. Tak payah nak sembunyikan."

"Melati. Awak tak tau apa yang awak cakap ni."

Melati meninggikan suara. "Aku taulah! Sebab aku dah pernah kena semua tu,"jeda. Nada suara Melati mula merendah. "Aku dah rasa semua tu. Aku dah..." tiba-tiba Melati menitiskan air matanya.

Sebaik menyeka air matanya, Melati menyambung kata-katanya. "Aku... minta maaf. Aku cuma kecewa dengan diri sendiri. Lepas tu kau pula yang jadi mangsa. Sekali lagi, aku minta maaf."

Hafsah memegang tangan Melati sambil berkata. "Tak apa. Saya faham perasaan tu. Saya maafkan. Baiklah, kita sambung yang tadi. Awak rasa apa lagi?"

"Erm... Aku rasa... berdosa."

Hafsah mengangguk kecil, sebelum berkata. "Jadi merdekakanlah diri daripada dosa."

Melati ketawa kecil. "Tak mungkin. Aku jahat. Aku dah buat banyak dosa. Zina, mabuk, bunuh, semua tu aku dah rasa. Semua tu aku dah buat."

"Tuhan Maha Pengampun," jawab Hafsah tenang. Matanya yang bundar itu menatap penuh wajah Melati. Tangannya memegang erat tangan Melati.

"Kau faham tak apa yang aku cakap? Tuhan takkan ampunkan aku. Kalau Tuhan sayangkan aku, kenapa dia bagi aku ujian seberat itu? Kenapa dia bagi aku...ni?" Melati berkata dalam nada yang keras. Tangannya menunjuk tubuhnya.

"Janganlah negatif sangat, Melati. Awak tau, ujian yang berat cuma untuk hamba yang kuat."

"Tapi aku tak nak semua tu. Aku nak hidup yang bebas. Aku nak merdeka."

"Apa kata awak cuba bertaubat pada Allah."

"Kau... uh!" Melati mengeluh kasar. Menggeleng. Dia memandang Hafsah. "Aku tak kuat."

"Awak tau? Tuhan ada berfirman, mafhumnya. "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. (13; 28). Lagipun pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya yang ingin bertaubat," lidah Hafsah lancar berhujah.

Melati tertunduk. Mukanya ditekapkan dengan kedua tapak tangan. Air matanya mengalir deras. Bagai tersedar sesuatu Melati terus berhenti menangis dan mengelap air matanya.

Melati bertanya. "Kau boleh tolong aku?"

Hafsah tersenyum riang terus menjawab. "Macam yang saya cakap tadi, mula-mula kita kena kembali kepada fitrah. Bersih dan merdekakan diri dari dosa."

Melati kurang faham penjelasan Hafsah bertanya. "Maksudnya?"

"Bertaubat."

. . .

Sebuah kereta kompak berwarna putih meluncur laju diatas jalan raya. Mencerminkan emosi pemandunya, Melati. Matanya fokus kepada jalan dihadapan. "Harap tuhan akan bantu aku untuk merintis jalan menuju merdeka, " hatinya bermonolog.

Telefon pintar yang diletak di tempat duduk sebelah dicapai. Arahan untuk menghubungi Tasya dikeluarkan. Tuut, tuut, tuut. Panggilan bersambung. "Helo, Tasya. Aku tak dapat pergi parti kau. Terima kasih atas jemputan. Maaf."

Untuk Sang Pemboikot TegarWhere stories live. Discover now