♥Chapter 6♡

38 6 0
                                    

NEXT DAY~~

No one pov

EXO bangun awal pagi ni. Entah mimpi apa. Yong Ra pulak bangun lebih awal untuk siapkan sarapan. Alahh, bukan susah pun. Cuma panggang roti n sediakan jem. Lepastu buat air. Kalau tengah hari barulah nak masak makanan seperti kimchi n bla bla bla.

"Yong Ra, kau ni apehal ahh? Kau ada masalah ke ngan aku. Kalau aku ada buat salah aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki. Bosanlah kalau asyik aku je tegur kau. Lama aku kat sini tak pernah aku rasa bosan yang melanda bagaikan tsunami and ribut taufan. Please talk to me.. *puppy eyes*," Dong Byung menegur Yong Ra yang tengah tengok TV selepas sarapan. EXO pun tengok TV jugak. Maklumlah, kalau kat dorm asyik nak practice je. Mana ada masa nak rehat lama-lama. Ruang tamu rumah Tuan Choi pun besar gile.. Jadi muatlah dorang nak santai-santai.
"Kau jangan kacau aku boleh tak? Aku nak rehatlah. Kalau kau nak main, main lah dengan EXO kesayangan kau tu," jawab Yong Ra yang kusyuk tengok TV. Memang lah kusyuk sebab kalau kat psb asyik-asyik nak latihan. Mana ada masa nak kisah dunia luar.
"Yalah, nanti aku main ngan diorang. Yang kau ni dari semalam asyik sanggul rambut lepastu balut sanggulan rambut tu ngan sanggul palsu. Berapa banyak sanggul yang kau nak guna ni. Kau tak rimas ke?" Soal Dong Byung. Memang dari semalam Yong Ra tak pernah nak huraikan rambut dia.
"Takkan lah nak hurai rambut 24 jam. Rimas lah," Yong Ra menjawab dengan dingin. Memang nak kena pelempang sebijik ni. Bukan sebijik, tapi berbiji-biji.
"Yalah," jawab Dong Byung yang malas nak bertekak ngan Yong Ra. Nanti sampai bila-bila pun tak habis 'peperangan' yang berlaku tadi dengan disaksikan oleh EXO yang menjadi perantaraan antara dua pihak. Atau lebih dikenali sebagai penonton. Dalam hati setiap member EXO memang kecoh dah tu. Banyak persoalan yang bermain di hati masing-masing.

'Ya tak ya jugak. Apesal dia taknak buka sanggul dia tu?'
'Apesal budak ni taknak senyum?'
'Mahal sangat kah senyuman nya tu untuk diperlihatkan kepada EXO ni? Idol yang terkenal seluruh dunia?'

Itulah antara soalan-soalan yang masih menjadi tanda tanya pada hati mereka. HahahaXD.. Biarlah rahsia~~

Yong Ra tiba-tiba bangun dan naik ke bilik. Kemudian, dia turun semula dengan baju jalan and hoodie.
"Ra, kau nak pergi mana?"soal Dong Byung yang kehairanan. Memang tak lah Yong Ra nak jalan tanpa bawa dia. Dulu, memang Yong Ra selalu bagitahu dia kalau nak jalan. Itu dulu oii~~
"Jalan," jawab Yong Ra ringkas lalu memakai kasut converse berwarna merah dan masuk ke dalam perut kereta.

After two hours~~

"Mana Yong Ra ni? Orang risau kat dia, dia buat dono je,"kata Dong Byung sambil berjalan mundar-mandir depan TV.
"Kalau kau nak mundar-mandir pun janganlah depan TV. Pergi depan tingkap,"arah Suho. Ehh ehh ehh.. Enak enak je kau suruh orang. Macam rumah bapak hang..
"Aku risau kat Yong Ra lah,"jawab Dong Byung lalu duduk sebelah Sehun.
"Jangan-jangan dia kena culik. Ataupun kereta dia rosak. Atau lagi teruk dia accident lepastu masuk dalam gaung," kata Sehun.
"Woii, maknae. Kau jangan lah kasi takut Byung. Tengok muka dia pucat dah. Dah tak da darah. Macam orang mati dah aku tengok," kata Chanyeol. Dalam hati, dia pun risaukan Yong Ra jugak. Tapi taknak kasi tunjuk. Nanti tak macho. Dah fall in love at first sight.

Sehun pun tengok muka Dong Byung. Hahaha.. Memang nak gelak masa tu tapi apakan daya sebelum kena gelak Suho sudah memberikan jelingan maut yang nak karate, taekwando, wushu dan seangkatan dengannya.
"Nanti Yong Ra balik lah tu," kata Xiumin untuk menenangkan Dong Byung.

At 7:00 p.m.

Krekk (bunyi pintu dibuka, sorry author tak tahu nak tulis bunyi pintu dibuka)

"Weii, Yong Ra kau pergi mana hah. Aku sibuk risau kan kau. Kau pulak yang senang-senang balik," marah Dong Byung yang muka dah merah macam udang galah kena bakar ataupun lagi merah.
"Suka hati akulah nak buat apa. Aku nak naik dulu," kata Yong Ra.

Dalam bilik Yong Ra~~

Yong Ra POV

'Aduii, susahnya nak jadi Yong Ra ni. C Dong Byung ni pun memekak je.' *cakap dalam hati*

Flashback

Tok,tok,tok

Ji Ra pun membuka pintu rumahnya apabila terdengar bunyi ketukan.
"Ehh, Yong Ra buat apa datang sini?" Tanya Ji Ra sebaik sahaja melihat Yong Ra di muka pintu dengan poker face.
"Sensei, nak kita tukar tempat. Maknanya Yong Ra mesti jaga kawasan akak yang pihak lawan nak rebut tu. Akak kena gantikan tempat Yong Ra selama tiga hari,"jawab Yong Ra sebaik sahaja melangkah kan kaki ke rumah twin nya.
"Yong Ra ceritakan lah macam mana nak jadi Yong Ra. Siapa ada kat sana? Macam mana nak handle kalau diorang tanya macam-macam? Nanti akak akan jelaskan apa yang Yong Ra patut buat bila di kawasan akak," tanya Ji Ra dengan serius.

Yong Ra pun menerangkan segala-galanya. Tentang Dong Byung. Tentang EXO. And cara nak layan diorang. Tentang sanggul rambut pun diterangkan. Nanti tak pasal-pasal orang dalam rumah tu syak apa-apa. Ji Ra juga menerangkan perangai pihak lawan di tempatnya. Cara nak lawan diorang and more.

Flashback end

So, readers. Sekarang diorang dah tukar tempat. Maknanya Dong Byung and EXO dah kena tipu. Berjayakah tipu helah mereka? Apakah rancangan seterusnya untuk Yong Ra supaya identitinya tidak diketahui sehingga sensei membenarkannya?

Nantikan sambungan seterusnya..

Author:

Author nak bagitahu yang author jarang nak update sebab tak lama lagi sekolah. Author akan update bila hujung minggu dan kalau ada masa yang terluang.

Please vote★

Jangan bash author kalau tak best

Comment please

You Don't Know MeWhere stories live. Discover now