Bab 1

23.1K 100 9
                                    

Diana mencapai tudung di dalam almari. Dililit pada kepalanya. Satu kali. Dua kali. Tiga kali. Setelah dia merasakan lilitannya agak kemas, dia merapikannya dengan pin tudung bercorak rama-ramanya. Kepalanya terjenguk-jenguk di hadapan cermin meja solek, cuba memeriksa cacat cela pada tudungnya.

"You, cepat sikit boleh tak? I dah tunggu you lama." tempik Johan pada Diana. Terkedek-kedek Diana keluar dari dalam bilik. Johan yang sedang duduk di atas sofa cuma menjeling marah.

"Maaf lambat, I tak tahu nak pakai baju apa tadi." ujar Diana meminta maaf seraya mencapai beg tangannya yang terletak di atas meja makan.

"Inilah perempuan, bersiap pun lambat. Pakai ini pakai itu, aku yang kena tunggu." bebel Johan seorang diri seraya mengangkat bontot menuju ke pintu.

Diana membontoti Johan dari belakang. Dia menutup pintu, mengunci pagar. Johan yang sudah hampir sampi di lif, ditahannya. "Tunggulah I sekejap." pinta Diana yang sedang kalut menyumbat kunci rumah ke dalam beg tangannya.

Johan mendengus melihat Diana berlari-lari anak ke arahnya. Dia masih geram tentang tadi. "You dah kenapa nak pandang I macam itu?" tegur Diana saat dia sampai di sisi Johan yang sedang menunggu di hadapan pintu lif.

"Lambat sangat, terkedek-kedek macam Pingu. You kenal Pingu? You itu Pingu." usik Johan. Diana tergelak kecil. Dalam garang Johan masih terselit jenakanya. "Kalau I Pingu, you apa?" balas Diana.

"I mana ada sesiapa, I oranglah." Pintu lif terbuka sekaligus mematikan perbualan mereka. Keluar dari dalamnya seorang lelaki Afrika berbadan besar. Dia menjeling pada Diana atas dan bawah saat dia melintasi Diana. Johan menjeling ke arah lelaki Afrika tersebut. Mata mereka bertentang.

Diana segera memeluk erat tangan kiri Johan menggunakan tangan kanannya dan menarik Johan masuk ke dalam lif. "You dah kenapa tarik I macam itu?" tanya Johan.

"I malaslah, you sikit-sikit nak gaduh." jawab Diana. Mulutnya dimuncungkan sedikit.

"Ingat comellah buat mulut macam itu? Tampar nanti tahulah." tegur Johan. Tangan kirinya masih lagi dipeluk erat Diana.

"Mestilah comel, kalau tak comel you mesti dah tinggalkan I. Betul tak?" jawab Diana seraya mencium pipi kiri Johan.

"Janganlah, nanti I turn on macam mana? Kita dalam lif, bukan dalam bilik." tanya Johan sambil memandang Diana.

"You tak teringin ke nak beromen dengan I dalam lif? Bosanlah asyik beromen dalam bilik." jawab Diana memberi cadangan. Diana mengukir senyuman yang paling menawan.

"Kau gila?" tempik Johan pada Diana yang hanya mampu tergelak kecil melihat reaksi teman lelakinya itu. Pintu lif terbuka. Mereka sudah sampai di kawasan letak kereta. Kereta Honda Civic berwarna putih milik Johan terletak tidak jauh dari pintu lif. Johan menekan punat pada kunci keretanya. Keretanya itu hasil pemberian bapanya. Kondominium yang dia duduk bersama Diana juga hasil pemberian bapanya. Syarikat tempatnya bekerja sekarang juga syarikat milik ayahnya. Semua milik bapanya.

"Kita nak pergi mana?" tanya Diana pada Johan yang sedang memandu. "I nak jumpa client di Pavilion sekejap, kemudian kita pergi tengok wayang." jawab Johan. Matanya masih tertancap kemas pada jalan di hadapan. "Client? Client I ke?" tanya Diana kembali. Mukanya kelat. Senyumannya hilang dari wajahnya. Johan cuma mengangguk perlahan.

"Boleh tak kita stop dari buat benda macam ini?" tanya Diana tiba-tiba. Nadanya sedikit tinggi. "Stop apa?" tanya Johan pura-pura tidak mengerti.

"You jangan buat-buat tak faham. I tahu you faham." Diana menjawab keras. Matanya dijegilkan pada Johan. Riak muka Johan berubah.

"You tahu kan kita buat ini suka-suka. Lagipun you student lagi, mana ada gaji. Kalau kita buat macam ini, sekurang-kurangnya you ada duit belanja. Cuba you beritahu I, siapa nak bayar upah orang yang sanggup beratur malam sampai ke pagi semata-mata nak beli tudung you yang harganya beratus? I mana mampu." balas Johan panjang lebar.

Diana terdiam. Dia malas mahu bertengkar. Dia tahu Johan mampu. Gaji Johan bukannya seringgit dua. Pangkatnya juga bukan calang-calang. Dia buat semua ini hanya untuk berseronok. Kepuasan. Diana tahu semua itu. "Sabarlah okay? I janji ini yang terakhir." ujar Johan cuba menenangkan Diana. Digosok-gosoknya paha gadis itu.

"You know that I love you right?" Johan menambah. Senyuman mula terukir pada wajah Diana. "See? Macam itulah. I tahu you pun sayangkan I." Johan mencubit pipi Diana. Cubitan itu membuatkan Diana berpaling memandang Johan. "I love you too. Janji ini yang terakhir?" Diana membalas. "I promise baby." jawab Johan.

Sebaik sahaja tiba di Pavilion, mereka terus bergegas ke Restoran Al-Amar yang terletak di tingkat 6 untuk berjumpa pelanggan seperti yang dikatakan Johan. Di sudut restoran, duduk seorang lelaki tua dan berkumis tebal. Umurnya dalam lingkungan lima puluhan.

"Encik Junaidi?" tegur Johan. "Ya, betul. Saya Junaidi, Johan ya?" tanya lelaki tua itu kembali. Diana memandang lelaki itu dengan penuh jelik. "Saya Johan dan ini Diana." jawab Johan memperkenalkan diri. Mereka bersalaman. Johan mengambil tempat duduk betul-betul di sebelah lelaki tua tersebut manakala Diana mengambil tempat di sebelahnya.

Meja yang hanya boleh memuatkan empat orang itu membuatkan Diana duduk berhadapan dengan lelaki tua itu. Diana tidak mempedulikan apa yang Johan dan lelaki tua itu borakkan. Diana leka bermain telefon bimbitnya. Dia menutup dadanya menggunakan tudungnya yang labuh. Risau dadanya akan menjadi jamuan mata lelaki tua tersebut.

Sesekali lelaki tua itu mengerling, memandang Diana. Sesekali dia tersenyum, menjilat bibir. Gatal punya orang tua, getus hati Diana. Johan seperti tidak perasan akan tindakan lelaki tua tersebut. Dia terlalu leka menyemak dokumen yang perlu mereka tandatangani. Diana hanya mampu berharap agar perbincangan ini tidak dilanjutkan. Dia tahu ini bukan kali terakhir dia akan berjumpa dengan lelaki tua gatal ini.

Setelah semuanya selesai, Johan dan Diana meminta diri. Lelaki berkumis tebal itu masih terpaku di tempat duduknya, menikmati makanannya yang baru tiba. Johan dan Diana berjalan keluar dari restoran tersebut. Diana memegang tangan Johan. Rapat. Sesekali dia menjeling ke belakang, melihat lelaki berkumis tebal itu makan dengan rakusnya. Dia mengenyit mata pada Diana saat dia menyedari yang Diana sedang melihatnya. Diana jelik dan dengan pantas dia berpaling.

"Bila dia nak datang?" Diana bertanya pada Johan. "Siapa?" tanya Johan kembali. Pandangannya masih meliar memerhati sekeliling. Mungkin sedang asyik mencuci mata. "Siapa lagi kalau bukan lelaki boroi tadi." jawab Diana. "Oh dia. Malam nanti, kenapa?" balas Johan. Diana mendengus panjang mendengar jawapan Johan.

Puteri Lindungan SyaitanWhere stories live. Discover now