SBM - 5

219 36 0
                                    

"Shin ada kelas tambahan balik nanti ,  jadi oppa tak perlulah tunggu Shin tau . Annyeong" aku melambaikan tangan ku ke arah Yoongi dan berlalu pergi ke arah kelas ku .

Yoongi juga berjalan ke arah kelasnya , sesampai sahaja Yoongi di kelasnya . Dia melirik ke arah tempat duduk Hyemi rakannya itu .

'Hyemi tak datang sekolah ke?' Yoongi bermonolog dalaman .

Entah kenapa hatinya rasa kecewa kerana menolak cinta Hyemi itu , tapi walau bagaimana pun Yoongi memang menganggap Hyemi sebatas rakan sahaja .

~

Pulang sahaja dari sekolah Yoongi terus berjalan kaki seorang diri ke rumah . Sesampai sahaja Yoongi di depan rumah , dia berasa seperti seseorang mengikutinya dari belakang . Yoongi menoleh untuk melihat ke belakang .

Buk !

Kepala Yoongi terasa sakit sekali setelah dipukul oleh seseorang dan Yoongi terus rebah di situ . Darah segar dikepala Yoongi keluar mengalir perlahan-lahan . Orang yang memukul kepala Yoongi tadi terus mengangkat Yoongi dan membawa pergi Yoongi pergi dari situ . Tanpa disedari oleh orang yang memukul Yoongi tadi , akibat kecuaiannya dia terlupa akan kesan darah Yoongi yang tidak dia perasan. 

~

"Cikgu Kimia tak hadir !" ketua kelas ku memberitahu kepada semua murid bahawa cikgu Kim tidak hadir .

"lah , kalau macam ni baik tak payah ada kelas tambahan" rungut Jiyeon di sebelah ku . "biar aje la , kita boleh buat apa pun kalau cikgu tak datang . Tetap kena tunggu sampai habis masa. Ermm..Jiyeon-ah , Taehyung  mana?" tanya ku pada Jiyeon .

"Katanya pergi tandas" jawab Jiyeon memandang ku . "Hei , hei . Mengata aku ke? terbatuk-batuk aku tahu tak"

"Lebih-lebihlah kau Tae" kata Jiyeon memandang Taehyung jengkel . Mata ku mengerjap beberapa kali , entah kenapa aku rasa mengantuk . Tanpa basa-basi aku meletakkan kepalaku di atas meja bersedia untuk tidur sebentar .

~


Aku pulang ke rumah dengan perut yang sakit kerana habis bergelak ketawa bersama Jiyeon dan Taehyung di sekolah tadi. Mereka memang suka membuat lawak bodoh mereka itu .

Aku masuk ke rumah menggunakan pintu belakang , saja aku gunakan pintu belakang sebab niat ku cuba untuk mengejutkan Yoongi yang aku pastinya berada di ruang tamu sebab aku pasti Yoongi mesti sedang menonton televisyen sekarang . Sekarang waktu siaran televisyen kegemarannya , jadi tak hairan lah .

Perlahan-lahan aku masuk ke dalam rumah dengan senyap . Aku cuba intai ruang tamu disebalik dinding dapur ku .
Akibat rasa yang sedikit asing , aku menjenguk lagi kepala ku untuk melihat keberadaan Yoongi .

Tak akanlah Yoongi tak tengok siaran televisyen kegemarannya sekarang . Kalau tak ada dekat bawah mesti dekat atas . Perlahan aku naik ke tingkat atas selepas memerika bahawa Yoongi tiada di ruang tamu.

Pintu bilik Yoongi diketuk "Oppa?" Tiada sahutan . Aku mengetuk pintu biliknya sekali lagi .

Sama .

Aku membuka pintu biliknya , tiada? malah biliknya masih kemas . Baju sekolahnya juga masih tak ada , aku terus menuju ke bawah semula untuk memeriksa kasut Yoongi di pintu rumah

Pintu rumah dibuka , aku memeriksa kasut Yoongi disetiap rak kasut yang ada .

Namun , hasilnya tak memberuntungkan . Tak ada . Aku membuka pintu rumah semula untuk masuk .

Tap !

Terasa seperti basah di bawah kaki ku , aku memandang ke arah kaki ku dan aku melihat cecair berwarna merah melekat di telapak kaki ku. 

Aku melesetkan sedikit cecair merah itu pada jari telunjuk lalu menghidu . Aku mengernyit kerana baunya hanyir ,

seperti darah .

Aku memeriksa lagi kawasan di sekeliling cecair merah itu ,

Keychain .

Terdapat sebuah keychain yang seperti tidak asing lagi bagi ku . Aku meneliti sepenuhnya pada keychain dan darah itu , seketika bulu roma ku meremang . Tanpa buang masa aku terus masuk ke dalam rumah untuk membersihkan kesan darah itu .

Akibat rasa ingin memberitahu , aku menelefon Jiyeon . Tak lama Jiyeon mengangkat panggilan telefon dariku .

"Yeobuseyo ?" Sapa Jiyeon di seberang telefon . "Jiyeon-ah , kau ada nampak abang aku masa balik sekolah tadi ?" Kata ku buru-buru .

"Tak , wae ?"

"Jinjja ? Aku tak nampak dia dari tadi . Aku balik rumah aje dia tak ada . Jiyeon , boleh kau datang rumah aku ?"

"Hah ? Aku rasa dia keluar ? Bukan macam tu"

"Aku tak rasa pun kalau dia keluar , dia tak pernah keluar rumah selagi aku tak balik sekolah . Lagi pun sekarang waktu dia melangut depan televisyen ." Makin aku memperjelaskan pada Jiyeon , makin cemas aku dibuatnya .

"Baiklah , tenang . Sekarang aku pergi rumah kau. Kita bincang sana , tunggu aku. Jangan pergi mana-mana !" Jiyeon mengakhiri panggilan telefon .

Aku sendiri masih bingung , kemana Yoongi lagi apa maksud dari darah dan keychain yang ada di depan pintu rumah aku .

~

Perlahan Yoongi membuka matanya . Matanya melilau ke arah sekeliling , cuba untuk memastikan keberadaan dirinya .

"Ahh"

Kepala dipegang akibat rasa nyeri yang tiba-tiba menyengat di belakang kepala Yoongi . Yoongi meraba belakang kepalanya .

Basah .

Dia melihat tangannya , rasa tidak percaya melihat darah .

Krekk

Bunyi pintu dibuka membuatkan Yoongi menjengukkan sedikit kepalanya . Seorang wanita remaja berjalan mendekati ku dengan gelas yang berisi air di tangan.

"Yoongi-ah , baguslah kau dah sedar !" Hyemi membuka langsir untuk menerangkan sedikit ruang yang kosong .

Yoongi hanya memandang sahaja Hyemi dengan tatapan pelik . Apa Hyemi buat dekat sini ?

"Nah mesti kau haus kan , minumlah" Hyemi menghulurkan air yang di pegangnya sedari tadi .

Tanpa fikir panjang , Yoongi yang sememangnya tengah haus sekarang dengan cepat menyambar segelas air ditangan Hyemi lekas dia meneguk air tersebut dengan laju .

"Aku keluar dulu , apa-apa nanti kau panggil aje aku" kata Hyemi mengambil gelas air yang dihabiskan Yoongi tadi lalu berlalu pergi menghilang dari ruangan tersebut .

Yoongi menatap Hyemi yang menghilang dari balik pintu . Otaknya tidak dapat berfikir apa yang terjadi , kepalanya masih sakit . Tetapi lebih sakit daripada tadi , Yoongi mengernyit merasakan perih di hujung kepalanya .

Tidak dapat menahan lagi , mata Yoongi akhirnya tertutup .

________

.
╰( ̄▽ ̄)╭

[ Stand By Me ] ✔Where stories live. Discover now