Ting Tong ~
Ketukan beberapa kali di pintu rumah membuatkan Jungshin dengan pantas berlari menuju ke arah pintu rumah . Pintu dikuak lebar berharap bahawa orang ditunggunya telah sampai .
Namun , Jungshin terdiam melihat siapa yang mengetuk pintu rumahnya ini . Jiyeon ? Bukan , Taehyung juga bukan . Yoongi ? Sudah tentu bukan .
"Shin , ahjumma bawakan sedikit masakan untuk kamu dan abang kamu ." Bekas makanan dihulurkan pada Jungshin. "Terima kasih Kim Ahjumma" ucap Jungshin pada Puan Kim . Selama pemergian Ayah dan ibu Jungshin , Puan Kim lah yang banyak membantu dan mengambil tahu tentang Jungshin dan Yoongi .
"Kim ahjumma , jemputlah masuk dahulu . Saya buatkan air untuk ahjumma" Puan Kim tersenyum , Jungshin melebarkan pintu dan membiarkan Puan Kim masuk ke rumahnya . Mata Jungshin sempat melilau ke luar rumah mencari keberadaan Yoongi , namun tidak kelihatan .
"Jungshin-ah" panggil Puan Kim setelah melabuhkan punggung di atas sofa .
"Ye Ahjumma"
"Min Yoongi mana? Tak balik sekolah lagi ?" Jungshin berfikir sebentar untuk menjawab . "sepatutnya masa ni dah balik , tapi tak ada pula . Saya tak tahulah kalau Yoongi keluar ke rumah kawan atau apa . Tapi , kalau Yoongi keluar Yoongi pasti akan tunggu saya pulang sekolah" jelas ku pada Puan Kim , Puan Kim mengangguk tanda faham .
"Tapi dah dua jam dari waktu persekolahan ni . Kata Puan Kim membuatkan Jungshin menoleh ke arah jam yang tergantung indah di dinding . Betul kata Puan Kim , sudah dua jam berlalu dari waktu persekolahan . Yoongi sendiri tak pernah keluar rumah selama ini . Fikir Jungshin .
"Mungkin kalau saya tunggu sekejap lagi dia akan pulang" katanya cuba menyedapkan hati sendiri .
Ting Tong~
Jungshin dan Puan Kim masing-masing serentak memandang ke arah pintu rumah Jungshin . "Saya pergi tengok sekejap Ahjumma" Jungshin menuju ke arah pintu rumah . Pintu dibuka tanpa berharap besar .
Jungshin tersenyum melihat siapa yang datang ke rumahnya , yang disangkakannya hanyalah Jiyeon untuk datang tetapi Taehyung juga turut sertai bersama .
"Aku jemput sekali Taehyung , manalah tahu dia boleh tolong ?" Ujar Jiyeon di sebelah Taehyung . Taehyung hanya tersenyum berharap Jungshin membalas senyumannya . Namun , ini bukan masa terbaik Jungshin untuk membalas senyuman tersebut, maaf .
"Kajja" .
"Shin , kalau macam tu ahjumma balik dulu . Cuba dapatkan bantuan" Puan Kim meminta izin untuk keluar rumah , Jungshin mengangguk . "Terima kasih Kim Ahjumma"
Jiyeon dan Taehyung turut membungkukkan badan mereka ke Puan Kim . Setelahnya , Jungshin menjemput mereka berdua masuk pula "Shin, kau pasti ke abang kau hilang?" taehyung terus bersuara mengajukan soalan pada Jungshin , mereka duduk di sofa berhadapan dengan gadis tersebut .
"Aku tak tahu "
"Kita tunggu sikit lagi , mana tahu abang kau balik ?" Kata Jiyeon yang sudah semestinya turut hairan . "Tapi , waktu aku balik dari sekolah tadi , depan rumah aku ada darah yang hampir kering dan ini keychain Yoongi yang aku jumpa sekali dengan tempat darah tu" Jungshin memperjelaskan segala yang dilalui tadi sambil meletakkan keychain tersebut di atas meja .
"Darah ? Kau serius ? Macam mana bolㅡ"
"Aku serius dan aku tak tahu macam mana boleh ada darah dekat situ" laju Jungshin membalas pertanyaan Jiyeon .
"Yoongi ada bermusuhan dengan sesiapa ke ?" Kali Taehyung yang bertanya . "Setahu aku tak ada"
"Macam inilah , sementara waktu ni kita minta bantuan dari pihak polis ." kata Taehyung menenangkan sedikit hati , perlahan Jungshin mengangguk .
~
Taehyung akhirnya pamit untuk pulang ke rumah , Jiyeon akan menemani Jungshin untuk malam ni selagi Yoongi masih belum pulang . Jungshin sedih mengingatkan Yoongi .
Malamnya Jungshin membuat keputusan untuk keluar rumah , kira-kira 11 malam . Saja sekadar mencari ketenangan . Kamera kesayangan yang dibelikan oleh Yoongi dibawa bersama . Kamera itulah yang terdapat banyak kenangan gambar-gambar dirinya dengan Yoongi .
Jungshin berjalan melalui kawasan yang gelap dan hanya dihiasi dengan lampu yang berkelip-kelip seperti hampir rosak. Kamera ditangan digenggam erat-erat . Perasaan takut pun timbul . Seketika Jungshin merasakan seperti seseorang sedang mengikutinya dari belakang , tetapi tidak dihiraukan . Sesampai sahaja dirinya di tempat yang agak terang , Jungshin berdiri di bawah lampu .
Kepala ditolehkan ke belakang .
Namun nihil , tiada apa-apa . "Kucing agaknya" ujar Jungshin cuba berfikiran positid . Kepala ditolehkan semula ke hadapan bagi meneruskan perjalanan .
"Hai"
"Omo !"
Hampir terjatuh kamera yang berada digenggaman Jungshin apabila ada seseorang yang menegurnya secara tiba-tiba dari hadapan . Kecut perut dibuatnya .
_________
ambik kesempatan untuk publish part 6 ni.. tunggu nk MANSAE lps final exam je.. XD
╰( ̄▽ ̄)╭
YOU ARE READING
[ Stand By Me ] ✔
FanfictionMin Jungshin merupakan seorang gadis yang tinggal bersama abang kandung kesayangannya iaitu Min Yoongi , semuanya berlaku selepas kematian kedua ibu bapa mereka . Namun , itu tidak menghalang kebahagian Jungshin dan Yoongi . Berasa bahagia kera...