#3

8.1K 281 22
                                    

Aku skip sikit. Jauh lagi nak cerita kalau aku tulis detail.

Kes Leman jerit dalam bas tu, ending dia Leman kena marah dengan encik fasilitator tu.

Punca?

Sebab cakap benda lucah, merepek, at the end, dia sendiri malu.

Kahkahkah.

*****

Bas tiba di Janda Baik. Masuk ke dalam perkarangan yang seakan kem tentera, tapi macam chalet percutian.

Ok, aku kasi hint, sekarang tempat ni dah jadi kem bolasepak Frenz United.

Dah tahu?

Ok, aku sambung balik.

Bas tiba, aku masa tu tidur. Aku dengan Marina sama-sama tidur. Sedang elok, Marina landing dekat bahu aku, aku landing dekat kepala Marina.

Sweet kan?

Kepala hotak kau. Nanti aku cerita pasal ni balik.

Aku sambung dulu ok?

Leman kejut aku, suruh turun dari bas. Aku menggeliat, aku kejut Marina.

Terkebil-kebil jugaklah kitorang. Aku menguap 2, 3 kali. Mengantuk. Mungkin sebab aku bangun awal. Lepas tu cikgu pulak lambat. Aku balas dendam tidur dalam bas.

Jam dah pukul 10 pagi masa tu. Aku cepat-cepat ambil beg, dan daftar diri di kaunter depan dewan itu.

Not bad. Facilities dia ok. Nice. Tempat pun best. Masa aku sampai tu, ada dua bas dah tiba.

Satu dari Kelantan, satu lagi dari Melaka.

Aku dengan Leman terpaksa jadi kawan. Yelah, dia je yang aku kenal buat masa ni. So, aku berbual la sekejap dengan dia.

Marina pula terkial-kial seorang diri.

Takkan aku nak sibuk pasal dia.

Dia punya meja daftar dekat tempat lain. Lelaki dekat dewan ni. Maybe terus masuk hostel agaknya.

Sebab sebelah dewan ni ada dorm.

Habis daftar semua tu, aku, Leman dan semua lelaki dari negeri aku, berjalan masuk ke dorm.

Depan aku, ada sorang fasilitator, Melayu, lelaki la of course.

Nama dia, Encik Raof. Tapi sebab dekat sini dorang tekankan kekeluargaan, kitorang disuruh panggil dia sebagai Andak.

Hmm, aku pelik dengan kem kali ni. Tak macam kem yang lain. Biasanya kalau aku join kem lain, awal-awal dah ada spotcheck, rokok, telefon bagai semua dah dirampas.

Kali ni, takde pun.

Abaikanlah. Okay jugak takde spotcheck, boleh aku call mak kejap lagi.

Sedar tak sedar, kitorang dah sampai dekat dorm. Panjang dorm ni aku rasa ada la dekat 500 kaki. Panjang gila. Katil atas bawah. Kiri kanan. Sepanjang-panjang dorm tu, aku cuma nampak katil je. Hujung tu tandas.

Ada juga beberapa lagi orang yang dah sampai. Dari Kelantan dengan Melaka. Masing-masing hanya senyum tengok kitorang masuk.

Aku tertarik dengan sorang mamat ni.

Tertarik maksud aku, sebab badan dia. Sado baik. Tahun 2008 masa tu, yang badan sado ni fighter je. Tak ramai lagi yang rajin nak pergi gym.

Kebetulan la pulak nama aku katil atas dia. So masa aku letak beg baju dalam loker belakang katil, aku borak jugak la dengan dia. Tanya la sekolah mana bagai.

Dia dari SMT Pengkalan Chepa tak silap aku.

Aku tanya jugak, badan macam Hulk nak pergi mana?

Dalam nada gurau.

Kau gila nak serius?

Kalau aku kena tumbuk tu, seminggu tak sedar lagi.

Dia cakap, dia main tinju untuk Sukma.

Wow, ini cool.

Nama dia, Rafik Saari Abdul Manaf.

"Nak panggil kau apa ni?"

"Ikut kau lah, jangan panggil aku dengan nama bapak aku sudah."

Ya, aku panggil dia Fik je. Tak berani nak panggil nama bapak dia. Aku tak cukup kuat nak bergaduh dengan dia.

Berani tu dah ada, kuat je belum tentu.

*****

Kem ni berlangsung selama 7 hari. Kem terpanjang sekali tempoh masa dia yang pernah aku join.

Kalau korang pernah join kem lagi lama dari aku, ikut hal koranglah.

Aku taknak tahu.

Aktiviti dijadualkan bermula lepas makan malam. Sebabnya, yang join kem ni dari seluruh semenanjung. Kena tunggu semua sampai, baru boleh mula. Kecuali Sabah, Sarawak.

Jauh, maybe.

Tapi, ada sebuah lagi bas belum tiba. Fasilitator kat sini cakap, bas tu rosak. Aku dah tarik muka bosan. Aku perasan, Marina juga turut bosan. Takde kawan maybe. Aku untung jugaklah, ada Leman.

Selepas makan malam, solat isyak, barulah bas terakhir itu tiba.

Dari Johor. Kalau diikutkan jarak, takdelah jauh mana cuma punca kelewatan sebab bas rosak dekat Selancar dan bas ganti yang datang pula lewat.

Kesian pulak aku tengok dorang semua. Muka penat gila. Malam ni pulak ada aktiviti.

Dan kami semua, yang mana dah tiba dari awal tadi menunggu sambil berbual dan beraktiviti ringan sementara ketibaan bas yang terakhir itu sebelum kem ini bermula secara rasmi.

Bas itu pun telah tiba. Kami bantu rakan baru yang baru sampai angkat barang mereka menuju ke dorm. Bantu membantu.

Dalam pada aku mengangkat beg sorang peserta kem itu, aku nampak dia.

Di sinilah, pertama kali aku kenal dia.

Ya, dia.

Dia yang mengubah hidup aku.

Dari segi rohani dan fizikal.

DiaWhere stories live. Discover now