Sejak pertemuan pertama Abang Iq dengan Kak Dena, aku kerap menjemput Kak Dena kerumah kami. Yalah, boleh dia kenal kenal dengan keluarga kami. Mana tahu insha Allah, jadi sebahagian dari keluarga Mukhriz. Kalau betul, akulah orang yang paling happy sebab dapat kakak ipar macam Kak Dena. Abang will be happy for the rest of his life kalau dia pilih Kak Dena, seriously.
Kak Dena tu bukan biasa biasa. Dia cantik, putih berseri seri muka dia. Mungkin kesan air wudhuk atau memang dia ada kacukan cina. Kata kata dia lembut dan penuh hikmah. Bila dia nasihat, tak ada langsung niat menyindir atau menjatuh dan merendahkan. Dulu, dia tak kisah pun bila berkawan dengan aku yang tak tentu arah ni haha. And she's smart. Dia tengah tahun pertama Medical course dekat USM. Berdikari. Senang cerita, she's perfect. She's the one.
Aku ada juga cerita dekat umi dengan walid tentang Kak Dena. Mereka cakap, mereka pun suka tengok perwatakan Kak Dena tu. Tapi mereka kata, mereka berserah pada abang Iq. Mereka kena tanya tuan badan, baru boleh terus ke fasa seterusnya. Kalau abang Iq setuju, time tu baru boleh masuk meminang dan lain lain. Pokok pangkalnya, Abang kena setuju dulu.
Bila abang balik rumah tadi, muka dia nampak terkejut sebab Kak Dena ada dekat dapur tolong umi masak sekali. Aku pun hehehe jelah bila tengok dia macam tak tentu arah sikit. Nervous lah tu. Dah suka tu cakap jelah. Ego lagi pasaipa haha.
Dekat meja makan tadi, walid macam faham faham je isyarat mata aku. Terus dia tanya pada abang Iq yang duduk setentang dengan aku soalan maut sampai tersedak abang. Ahahaha merah dah muka dengan telinga.
"Iq, bila Iq nak nikah? Nak walid carikan calon?" Lebih kurang macam tu soalan walid.
"Elok nikah cepat cepat. Bawa terus zaujah duduk sekali dekat Mesir sampai habis belajar. Nanti ada teman disana." Umi pula menambah.
"Hal itu, kita bincang malam ni ya umi, walid. Banyak benda kena fikir tu. Nanti Iq fikir fikirkan."
"Nikahlah cepat abang. Abang tu makin tua. Bukan makin muda hehehe. Nak Wani tolong carikan calon tak?" Aku berseloroh sambil tersengih memandang Kak Dena yang dari tadi tunduk menguis nasi didalam pinggan. Kemudian terasa ada kaki memijak kakiku dibawah meja. Angkat muka, Abang Iq tengah pandang aku sambil tersengih lebar. Ish creppy. Macam sengih orang mental cari mangsa nak bunuh. Aku terus angkat tangan macam orang kalah perang tu. Taknak cari pasal.
*********
Aku pelik dengan sorang mamat ni. Dia satu sekolah, satu class dengan aku. Dah 3 tahun kalau tak silap. Tapi dalam tempoh 3 tahun tu, aku sekali pun tak pernah bercakap dengan dia. Sekali pun tak pernah. Kau orang tak rasa pelik ke? Dan dia pun nampak macam nak mengelak dari aku. Bila terpandang dalam kelas, mata dia terus larikan ke tempat lain. Macam langsung taknak pandang aku. Aku tahu memang kena jaga mata, takut zina mata. Dia pun jenis orang yang alhamdulillah elok je perangai. Selalu nampak dia jadi imam waktu solat zohor dekat surau sekolah kalau ada aktiviti petang. Selalu juga nampak dia dekat padang bola. Dia ketua squad bola sepak. Dan banyak jawatan yang dia pegang dalam sekolah ni. Pengerusi Kelab Pendidikan Islam, naqib kumpulan Usrah Awesome sekolah dan lain lain.Agaknya, aku ada buat silap pada dia ke sampai dia taknak tegur aku walau sekali? Ah biarkan. Benda tu aku akan fikirkan kemudian.
********
Abang ada nyatakan hasrat dia untuk bernikah sebelum dia berangkat kembali ke Mesir. Bila umi dan walid tahu abang tak ada calon, mereka terus cadangkan Kak Dena. Abang cakap, bagi dia masa untuk istikharah. Dan bagi dia masa untuk selidik latar belakang dan keluarga Kak Dena. Tiga hari jugalah abang bangun istikharah. Dia kata, dia tunggu petunjuk Allah. Kalau ya, dia terima. Dan alhamdulillah, lepas tempoh 3 hari tu, abang angguk kepala pada umi dan walid. Bukan main happy lagi umi. Terus dia kata, hantar rombongan meminang lusa. Sebab tak ada masa. Abang Iq akan balik ke Mesir 2 bulan lagi. Persiapan semua umi buat dengan kadar paling segera. Aku inform Kak Dena awal awal tentang perkara ini dan Kak Dena kata, dia akan buat istikharah juga. Dan dia akan beritahu family dia tentang rombongan kami yang akan sampai ke rumahnya tak lama lagi."Alhamdulillah, jadi juga abang dengan kak Dena ya. Wani happy gila ni. Tak tahu nak gambarkan macam mana." Aku goyangkan lengan abang yang sedang duduk diatas sofa itu.
"Tu muka tu dah gambarkan semua. Tengoklah, tersengih macam kerang busuk. Ni mesti Wani yang plan semua ni. Kalau tak, kenapa umi dengan walid tiba tiba cakap nama Kak Dena kesayangan wani tu kan?"
"Tak kisahlah siapa yang plan. Yang penting, Wani nak tengok abang happy. And I can feel that you'll be happy by her side, abang."
"Pandailah dia. Terima kasihlah sebab tolong carikan calon. Kalau tak, abang single je dekat Mesir tu." Hidungku dicubit.
********
Rombongan keluarga kami disambut baik oleh keluarga Kak Dena. Dato Mursyid dan Datin Maisarah menyambut kami dengan tangan terbuka. Setelah dipersetujui, majlis pertunangan dan pernikahan akan dibuat serentak dalam satu hari disebabkan kami tidak cukup masa kerana abang Iq akan pulang ke Mesir tidak lama lagi. Dan majlis akan diadakan 2 minggu dari sekarang. Segalanya dipersetujui oleh kedua dua belah pihak, alhamdulillah.*******
Dena duduk dibirai katil setelah mencuci muka dan menukar ke pakaian tidur. Dia berdebar debar menanti tempoh 2 minggu itu. 2 minggu bukan satu tempoh yang lama. Pejam celik pejam celik, dah bergelar isteri orang.Sebenarnya, dia ada berminat dengan abang kepada Wani itu. Tapi dia tepis perasaannya, fikir itu cuma mainan perasaan. Dan perasaan itu tidak berubah atau hilang buat sekian lama. Solat istikharah terus didirikan. Tup tup, rombongan meminang datang. Mungkinkah petunjuk?
Sedang dia mengelamun, tiba tiba iphone nya bergetar dua kali menandakan whatsapp masuk. Dari satu nombor yang tidak dikenali.
"Kita kenal hati budi masing masing lepas nikah. Kita kenal diri masing masing lepas nikah. Kita bercinta lepas nikah. Semua benda kita buat lepas nikah. Okay Aidena Iris?"
Hati kuat mengatakan, itu adalah Iq. Muhammad Iqbal Rizqi. Bertambah kuat sangkaannya bila melihat default picture nombor itu. Gambar lelaki itu bersama sama keluarganya. Berada disebuah pantai. Tersenyum riang. Dena menutup screen iphone nya. Mata yang tadinya mengantuk, segar kembali. Terima kasih kepada si penghantar mesej. Dia kembali bangkit dari katil dan mengambil wudhuk. Solat istikharah sekali lagi didirikan.
YOU ARE READING
El Naurah
Random"Macam apa yang saya cakap, saya akan belajar cintakan awak sebab awak suami saya. Saya akan belajar sayangkan awak kerana Allah. No worries, saya takkan lari." -Naurah Izwani Sejak hidayah menyapanya, kebaikan mula muncul satu persatu dalam hidupn...