Hijrah itu pasti...

76 0 0
                                    

"Makkkk... cheq dapat qeja kat kelompo nun....!!!"

Senyum memanjang di wajah Wafi. Akhirnya kerja yang dipohon telah melayang datang rezekinya ke tangan.

"Syukur la nak oooiii. Hang pi qeja elok-elok. Kelompo nu banyak dugaan cabaran." Pesan ibunya. Wafi tersenyum lebar

Ada juga sekelumit risau dalam benak hati Kak Siti. Fikirnya, bagus juga anaknya bekerja. Ringan sikit beban Pak Habib, ayah Wafi. Risau tetap ada kerana wafi satu-satunya anak perempuan mereka. Adiknya si wazir masih bersekolah menengah.

Selepas mencium pipi ibunya, wafi berlari-lari anak masuk ke bilik. Akhirnya dia bekerja, bisik hatinya. Menjadi setiausaha adalah cita-citanya sejak dulu. Lagilah menyanyi hatinya sebab dapat pula bekerja di kotaraya indah itu.

Dibukanya almari baju. Dibelek-belek satu persatu baju kurung yang tergantung. Disambar tudung-tudung yang tersepit di penyangkut panjang di dinding. Lenggang lengguk dia menggayakan baju dan tudungnya.

Pakaian kena ada kelas. Tudung kena la yang mahal selepas ini. Kasut perlu cantik dan berkilat. Perlu kenakan stoking kaki. Baru kemas dan segak. Setiausaha kenalah bergaya, segak dan peramah. Hati kecil Wafi tidak habis-habis mengomel sendiri.

Beberapa minit dia menggayakan pelbagai fesyen baju dan tudung, wafi menghempaskan badannya ke katil. Matanya memandang kipas. Fikirannya melayang. Apakah nasibnya di kotaraya terbesar itu.

Tok! Tok! Tok!
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk seseorang.

"Wafi, pak dengaq mak hang habaq, hang dapat qeja kat KL nu. Hang nak pi ka?"

"Betui la pak. Jadi setiausaha dekat syarikat besaq jugak. Pak bagi dak?" Wafi meminta izin ayahnya sambil matanya mengekor pergerakan ayahnya yang masuk dan merebahkan punggung di kerusi kayu.

Pak Habib melihat ke luar tingkap. Wafi satu-satunya anak perempuan mereka. Nak dihalang takut kata mengongkong. Nak dilepas takut pula benda buruk menimpa. Serba salah Pak Habib.

"Pak tak kisah. Tu masa depan hang. Tapi pak qisau jugak hang soqang-soqang nak pi sana. Hang tu soqang ja anak pompuan pak."

Wafi tahu. Ayah dan ibunya agak berat dan risau melepaskan dia mengharung hidup di Kuala Lumpur.

"Pak, jangan  la qisau. Che pi sana nak qeja ja. Cuti-cuti che balik la jenguk pak," janji Wafi.

Ayahnya diam sambil mengurut tangan kanannya yang sedikit sakit selepas menoreh tadi. Dia tahu anaknya berjanji. Namun kerisauan tetap bersarang.

Dia tahu, bila anaknya bekerja, sedikit sebanyak meringankan bebannya. Kalau untung sabut, Wafi pula dapat membantu kehidupan mereka di kampung.

Kesihatan Kak Siti pun tidak menentu. Terkadang semputnya menyerang, habis satu rumah riuh rendah mencari minyak angin dan mengurut Kak Siti.

Minggu lepas Kak Siti sudah pun dimasukkan ke hospital akibat penyakit asma yang makin berat. Serangan asma kerap pula menyerang sejak akhir-akhir ini. Hal ini makin membuat Pak Habib runsing. Belum habis hal kesihatan isteri tercinta, anak kesayangan pula nak berjauhan.

"Boleh noh pak. Che ingat pesan pak dengan mak. Che janji, che akan jaga nama baik mak dengan pak," Wafi seperti mengangkat sumpah. Tangannya diangkat tanda ikrar.

"Ok, pak izin hang pi. Tapi dengan syarat kena ikut pesan mak dengan pak. Jaga solat, pakai sopan, jangan sombong. Pak tak pernah ajaq hang sombong semua."

"Ok, pak. Che janji che tak buat haih cam tu," tangannya diangkat lagi tanda ikrar.

"Pak nak hang duduk dengan Kak Ros tu baik-baik. Ingat tu, tempat tu macam-macam ada. Apa-apa tanya Kak Ros hang."

Pak Habib bangun dan mula melangkah keluar.

"Ha, lagi satu. Duk KL tu kena belajaq pekin. Jangan duk boghoih sangat. Boghoih sangat apa pun tak guna. Amalan setan hang tau."

Wafi mengangguk. Senyum lebar terukir. Terkejut dengan sergahan ayahnya tiba-tiba. Dicapai tangan ayahnya dan diciumnya tanda ucap terima kasih.

Seronok dia kerana mendapat restu ayah dan ibu. Itu yang dididik oleh ayah. Nak periksa, perlu dapat restu. Nak berjalan, perlu dapat restu. Kalau nak membeli, pakai, makan, dan keluar berjalan-jalan dengan kawan pun mesti minta izin dan restu ibu dan ayah. Baru hidup berkat.

Kinah! Aku kena habaq kat Kinah!

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Oct 02, 2015 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Hang Aku PunyaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang