"Kalau ini mimpi, jangan pernah bangunkan aku.
Kalau ini khayalan, jangan pernah biarkan aku tersedar.
Namun Tuhan, terima kasih kerana jadikan ini kenyataan. cukuplah sekadar ini."Jam sedikit lagi menghampiri waktu Subuh. Seisi alam masih sunyi dan sepi. Rania merenung wajah polos di hadapannya. Ayden bila tidur macam bayi. Tak berkutik. Waktu Ayden tidur saja Rania boleh belek belek muka suaminya itu. Kalau tidak, jangan mimpi. Teruk dia kena bahan dengan Ayden nanti. Sudahlah Ayden kuat perasan. Konon dia paling kacak. Tapi memang kacak pon. Tak pernah hati Rania tak cair.
Jari Rania lembut menyentuh bibir suaminya. Bibir yang sentiasa gemar berceloteh dan menghiburkan hatinya. Sentuhan dari Rania sedikit pon tidak mengganggu lena tidur Ayden. Dengan sebelah tangan menompang pipi dan sebelah tangan lagi memegang perut Rania yang sudah membesar, Ayden terus hanyut dibuai mimpi.
Esok genap usia perkahwinan mereka setahun. Setahun yang amat membahagiakan. Setahun yang sempurna. Bukanlah nak cakap dalam setahun tak pernah bertelingkah. Ada. Bergaduh mestilah ada. Ribut taufan petir semua ada. Dua kepala mana mungkin selalu sama pendapatnya. Namun pergaduhan tak pernah dibiar lama.
Rania menyentuh tangan Ayden yang terletak di atas perutnya. Usia kandungannya sudah melepasi enam bulan. Tak lama lagi mereka akan menyambut kehadiran cahaya mata pertama.
Bukan sekadar Rania dan Ayden tak sabar menanti, malah berjuta orang sedang menunggu. Hadiah untuk bayi yang bakal lahir sudah menimbun. Memenuhi hampir separuh ruang bilik yang bakal dijadikan bilik bayi nanti.
Berapa banyak stesyen TV, majalah, surat khabar, blog dan macam macam lagi media yang sudah mula berebut rebut mahu menjadi yang pertama menyiarkan wajah bayi itu nanti. Sejak mereka dapat tahu Rania mengandung, masing masing ingin mencuba nasib. Bukan apa, kerana mahu naikkan rating masing masing. Naik pening Rania tapi Ayden masih buat selamba.
Kerana apa? Kerana ini cahaya mata pertama Ayden. Ya. Ayden. Kim Ayden. Penyanyi berusia 32 tahun kelahiran Korea yang cukup popular di seluruh Asia. Tanya pada sesiapa saja di bumi Korea, semua kenal Kim Ayden.
Kim Ayden yang punya peminat di setiap pelusuk negara Asia. Yang namanya sentiasa di tangga pertama di carian Google.
Kim Ayden yang menggemparkan seluruh Asia bila tiba tiba mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya, bukan dengan si Arabella supermodel terkenal Korea yang kerap digosipkan dengannya, bukan dengan Cassia pelakon wanita terkenal Thailand yang terang terang mengakui menaruh hati padanya sebaliknya Kim Ayden memilih Cahaya Rania, gadis biasa biasa dari Malaysia.
Ini kisah cinta antara cinderella Rania dan putera impian Kim Ayden sebagai bukti dalam cinta tiada yang mustahil. Bagi yang tidak percaya pada aturan takdir dan permainan keajaiban, ini mungkin sekadar kisah dongeng. Namun bagi yang percaya kepada kemampuan takdir, tiada apa yang tidak mungkin.
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romansa"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...