Part 12

169 6 2
                                    

Dingin saja wajah Rossa yang menyambutnya di muka pintu. Seolah-olah tidak mengharapkan kehadirannya ke situ. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari bibir mungil itu, cuma tangannya dicapai dan disalam ala kadar oleh Rossa. Dia juga tidak dipelawa masuk tetapi Jibril tetap membontoti Rossa masuk ke dalam rumah milik mertuanya itu.

Suasana di dalam rumah sunyi. Kedua ibu bapa Rossa tidak kelihatan di mana-mana.

"Mana Mak dengan Ayah?" Jibril memecah sunyi akhirnya.

"Kenduri." Sepatah jawapan Rossa.

Keadaan kembali sunyi. Rossa kelihatan sedang sibuk membelek telefon di tangan.

"Dah makan?" Tanya Rossa tiba-tiba. Suami sampai sini dah pukul 2 petang, entah-entah belum makan.

Jibril menggeleng. Hari ini dia kerja separuh hari, tak sempat makan pun terus dia bergerak ke rumah mertuanya. Mujur tak jauh sangat.

"Kat dapur ada nasi lemak dengan sambal tumis sotong yang pagi tadi, tengah hari ni tak masak sebab ada kenduri kan, jom lah saya hidangkan untuk awak." Balas Rossa. Keduanya bergerak ke dapur.

Nasi disenduk ke dalam pinggan Jibril. Melihat lauk sambal tumis sotong di atas meja makan ini pun sudah cukup membuka selera Jibril. Teringat pula kenangan makan nasi lemak masa bercinta dulu.

"Awak masak?" Soal Jibril sambil memandang wajah isteri.

Rossa sekadar angguk sebagai jawapan.

"Tak makan?" Tanya Jibril apabila melihat Rossa sudah mahu beredar dari kawasan dapur itu.

"Kenyang lagi, breakfast lewat tadi."

"Makan lah sekali dengan saya." Lembut saja nada ajakan Jibril itu. Nada yang dirindui Rossa. Gaya memujuk

"Kenyang lagi lah."

"Rossa." Nada yang digunakan masih lembut, tetapi tegas. Rossa akhirnya akur. Dia turut sama duduk di meja makan.

Kalau Dah SayangWhere stories live. Discover now