part 1

1.9K 29 6
                                    

----AKU, DIA DAN STILETTO ISTIMEWA AIDILFITRI----

Derap kaki yang sedang melangkah ke arahnya membuatkan Ashraff berpaling dan mengukir senyuman manis ke arah isteri tersayang. Perlahan-lahan Aulia meletakkan secawan milo di hadapan Ashraff. "Minum, bang."

"Thank you, sayang."

"Sunyi pulak rumah ni bila Alisya takde, kan?"

Tubuh Aulia yang duduk di sebelahnya dirangkul kemas. "Ala, sekali-sekala Lisya nak bagi can mummy dengan daddy bermesra lebih-lebih sikit.."

"Bagi can memanglah bagi can abang.. Tapi Lia ni rindukan dia."

"Takpe, bagi Lisya duduk lama sikit dengan mama tu. Papa pun sekarang ni asyik busy aje memanjang. Mama pun dah mula cakap bosan seorang diri dekat rumah.."

"Hm, itulah. Lia pun perasan juga yang papa makin busy lately ni. Ingatkan Lia sorang aje yang perasan. Abang rasa papa ada sembunyikan apa-apa ke belakang mama?"

"ish, Lia ni.. janganlah fikir yang bukan-bukan pula. Mama ada cakap apa-apa ke dengan Lia?"

Aulia menggelengkan kepalanya perlahan. Bukan dia mahu menuduh tetapi lelaki ni kalau tiba-tiba sahaja macam berubah pasti ada perkara yang sedang disembunyikan.

"Ha, buat m uka kerut-kerut tu mesti tengah fikirkan hal papa. Jangan nak fikirkan benda buruk sangat. Kalau selalu fikirkan benda negatif, negatiflah jadinya. cuba Lia fikirkan yang papa tu memang tengah sibuk bekerja, kan lagi elok.."

"Eii, abang ni bercakap macam Lia fikirkan benda jahat je tentang papa. Lia cuma harapkan hubungan mama dan papa elok-elok aje."

"Hm, eloklah macam tu. Doakan yang baik-baik aje untuk mama dan papa kita."

"Iyelah abang tu. Ni pukul berapa nak masuk tidur? Lia dah mengantuk ni bang." Sebalang kerepek yang tadinya berada dalam genggaman diletakkan di atas meja kopi di hadapannya. Asyik menguyah aje kerja nya malam-malam sejak dari berbuka puasa..

Berhenti untuk solat terawih kemudian sambung lagi untuk makan sampailah nak masuk tidur.

"Tak sabar nak tidur nampaknya malam ni.. Nak apa-apa ke?"

Bantal berbentu empat segi yang sedia berada di tangan di campak ke arah Ashraff. "Abang jangan nak mengada ye! Esok puasa ke dua puluh lima, malam ni Lia nak bangun awal sikit solat sunat.. So, kena tidur awal."

"Nak tambah pahala lebih?" Mata dikenyit ke arah Aulia.

Spontan isterinya bangkit sambil tergelak besar. "Gatal! Abang tengoklah TV tu sorang-sorang. Lia nak masuk tidur."

"Kerepek ni belum habis lagi Lia makan. Biasanya habis sebalang baru Lia masuk tidur.. Tak nak makan lagi ke?"

"Tak, lia dah kenyang awal pula malam ni."

Ashraff segera mengambil remote televisyen dan memadamkan televisyen. Sekelip mata skirn yang tadinya berwarna-warni bertukar kelam. Kaki melangkah menuju ke bilik tidur utama. Bibir tersenyum mekar. Pasti Aulia mengomel itu dan ini sebentar nanti.


Aulia yang sudah keletihan meliar sahaja memerhati sekeliling bangunan. Kot-kot ada kerusi kosong bolehlah dia melabuhkan punggungnya. Sebaik sahaja matanya menangkap ada satu tempat duduk kosong di hadapan sebuah kedai wangian. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah sana sambil tangannya menarik tangan Ashraff. "Abang jom, ke sana."

Tanpa banyak soal, Ashraff hanya menuruti sahaja langkah Aulia.

"Lia letih ke?" Soal Ashraff sebaik sahaja Aulia melabuhkan punggung di bangku berwarna coklat.

aku dia dan stiletto specialWhere stories live. Discover now