Nurul Akira dan Adam jalan beringin. Kemesraan mereka jelas ternyata. Sesiapa yang tidak mengenali mereka pasti mengatakan mereka pasangan kekasih muda. Sesekali Nurul Akira memaut lengan abangnya. Adam tidak kisah diperlaku sebegitu kerana dia sudah terbiasa.
"Along, nak ais krim." Nurul Akira bermanja dengan abangnya.
"Adik tak kenyang lagi ke? Tadi bukan dah tambah banyak kali kan." Adam kadang - kadang agak takut dengan selera adiknya yang seperti tak pernah kenyang.
"Tu nasi, ni ais krim. Alaa sebagai dessert lah. Lagi pun kita makan sejam yang lalu. Adik penat tadi kena tunggu along pilih baju. Along shopping macam perempuan." Nurul Akira sudah menukar ton suaranya kepada suara sedih.
"Eleh, baru setengah jam adik tunggu dah nak kecoh."
"Along ni nak tak belikan adik ais krim?" Nurul Akira sudah menggoncang lengan abangnya.
"Tak nak." Adam menarik lengannya.
"Ok fine!" Nurul Akira meninggalkan alongnya dibelakang.
Adam segera mengejar adik tunggalnya. Dia terus memeluk bahu adiknya.
"Alaa, baby along ni. Jangan lah merajuk. Nanti along tak ada kawan."
Nurul Akira membisu. Lengannya telah bersilang di dada.
"Okey, kita pergi beli ye?"
Nurul Akira memaling muka.
"Adik nak tak? Kalau nak senyum, kalau tak nak hmm along makan seorang dirilah." Adam cuba memujuk adiknya.
Nurul Akira mula senyum sedikit demi sedikit. Adam membalas senyuman Nurul Akira.
Adam masih tidak melepaskan pelukannya. Dia memeluk Nurul Akira sehingga di hadapan Baskin Robbins. Adam memesan ais krim manakala Nurul Akira duduk di kerusi yang disediakan.
"This is for you." Adam menghulurkan ais krim tersebut.
"Eh? Satu aje? Along tak nak?"
Nurul Akira dan Adam bersama sama meninggalkan kedai itu. Nurul Akira menyuap ais krim itu ke dalam mulutnya.
"Tak naklah. Along kenyang." Adam menggeleng kepalanya.
"Along nak ke tandas sekejap aje. Adik tunggu di sini ye."
"Cepat sikit." Nurul Akira kembali menikmati ais krimnya.
Adam segera menuju ke tandas. Sepantas kilat dia hilang daripada pandangan Nurul Akira. Tak tahan sangat kot.
Nurul Akira benar - benar keseronokkan menikmati ais krim yang baru dibelinya. Meskipun ada kerusi kosong beberapa langkah daripada tempatnya, dia langsung tak tergerak ke arah kerusi itu. Dia betul - betul tak sedar. Dia di dalam dunia dia sendiri.
Nurul Akira yang sedang menikmati ais krim tidak sedar ke hadiran seseorang daripada belakang. Tak di sengajakan, bahu mereka berlaga dan menyebabkan ais krim Nurul Akira terjatuh. Lelaki tadi tidak pun meminta maaf. Sebaliknya terus leka berbual dengan seorang gadis di sampingnya.
Nurul Akira segera menarik lengan lelaki tadi.
"Hello, sir. You dah langgar wa, you tak minta maaf pun. Ais krim wa dah jatuh dah pun. You boleh main bla aje?" Nurul Akira terus menghembur kata - katanya dengan marah.
Lelaki bermata sepet itu kebingungan. Dia terkaku sebentar.
"Excuse me, what are you talking about?" Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aigoo. Benda simple pun tak faham ke?"
Lelaki itu terus membisik sesuatu ke arah gadis yang di sampingnya itu. Gadis yang putih kulitnya, rambutnya perang dan berbaju dress biru ketat paras lutut.
"Benda tak sengaja kan." Kedengaran sedikit angkuh gadis itu.
"Hek eleh, belagak gila!" Nurul Akira mengerutkan dahinya.
Gadis itu tidak membidas kata - kata Nurul Akira, sebaliknya dia terus membisik ke arah lelaki tadi.
"Woi, wa masih disini. Tak payah nak bisik bagai."
Lelaki tersebut mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan not rm 50 sebanyak 2 keping. Tangan Nurul Akira diambil dan diletakkan wang tadi di atas tangannya.
"Apa ni?" Nurul Akira tidak mengerti.
"Supaya mulut you macam longkang tu senyap! Dahlah darling, lets go." Gadis itu terus menarik lengan darlingnya.
Nurul Akira tidak sempat berkata apa - apa. Hatinya terlalu panas saat ini. Bukan wang yang dia minta tetapi hanyalah permohonan maaf.
Adam yang baru keluar dari bilik air memeluk leher adiknya. Nurul Akira terkejut dengan tindakan abangnya.
"Along ni. Terkejut adik." Suara Nurul Akira agak tinggi.
"Alah. Tu pun nak marah. Ais krim mana?"
"Tu..,. Jatuh." Nurul Akira menunjukkan dimana tempat ais krimnya dijatuhkan.
"Laa. Macam mana boleh jatuh ni?"
"Tadilah ada couple ni, tak tau lah cina ke melayu. Nak kata melayu, yang lelakinya tu mata sepet tapi tak pula putih macam cina. Yang perempuannya pula baju tak cukup kain. Dah lah tu, perangai macam ergh!!! Kurang ajar sangat! Bukan nak minta maaf ke. Sombong gila! Dah lah tu dia boleh bagi adik Rm 100. Ingat adik ni nak sangat duit. Adik pun ada maruah. Adik minta diaorang minta maaf aje." Fuh! Lega dah lepaskan segalanya pada alongnya.
"Okey. Relax. Jangan marah - marah. Kita main bowling ye?" Adam cuba meredakan kemarahan Nurul Akira.
Nurul Akira tidak menjawab, dia hanya mengangguk kepalanya. Adam tahu Nurul Akira suka bermain bowling. Dan sukan ini seperti terapi bagi Nurul Akira.
YOU ARE READING
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Teen Fiction"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...