Mr.Annoying Romantik Sebenarnya

1.5K 45 34
                                    

Penulis :

Nur Adjrini Fasya Binti Muhamad Nazri . (Therealfasya)

BAB 1

Suasana di pesta sangat meriah. Ratusan tetamu dan VVIP yang berkenaan dijemput untuk menghadiri pesta jamuan tersebut sempena ulang tahun Syarikat Holdings Prima Gold milik Tengku Dato Rasidi yang ke 13 . Jamuan diadakan di sebuah dewan yang berdekatan dengan pantai. Semua tetamu yang menghadiri pesta jamuan tersebut sedang menjamu selera dengan pelbagai jenis juadah makanan yang telah dihidangkan. Alunan muzik klasik yang merdu sedang diputarkan bagi memecahkan kesepian di dalam dewan semasa para tetamu menikmati hidangan yang disediakan. Keluarga Tengku Dato Rasidi juga turut menikmati hidangan yang disediakan di atas meja mereka. Setelah para tetamu habis mengisikan perut mereka dengan makanan yang enak-enak belaka,mereka hanya berborak sesama sendiri tentang pelbagai perkara sementara menunggu ucapan daripada pemilik Syarikat Holdings Prima Gold .

Tengku Dato Rasidi bersama-sama isterinya yang tercinta iaitu Datin Shuhani sedang melayani para tetamu terutama sekali clients mereka. Puteri tunggal mereka iaitu Tengku Armel Dahlia sedang berada di luar dewan yang leka memandang permandangan laut yang diterangi oleh bulan purnama sambil memegang segelas kaca yang dipenuhi oleh air fresh oren.

"That's beautiful scenery! I really like it " bisik hati Tengku Armel Dahlia lalu meminum sedikit air yang dipegang olehnya.

Badrul iaitu pembantu peribadi kepada Tengku Dato Rasidi berdiri di atas pentas untuk meneruskan kembali majlis yang terhenti sebentar tadi.

"Assalamualaikum and very good evening kepada semua para tetamu yang hadir sempena ulang tahun Company's Tengku Dato Rasidi yang berada di barisan meja VVIP pada malam ini, betul tak Dato? maaf Dato , saya hanya bergurau " . Kata-kata Badrol membuat Dato tersengih sendirian.

Badrol meneruskan ucapanya kembali

"Terima kasih kepada para tetamu sekalian kerana sudi menghadiri majlis kita orang malam ini, so untuk meneruskan ucapan ini, saya menjemput tuan punya badan majlis company ini untuk memberi sepatah dua kata dipersilakan Dato".

Tengku Dato Rasidi segera bangun dari tempat duduknya dan menuju naik ke atas pentas. Tepukan gemuruh oleh para tetamu kepada pemilik syarikat itu.

"Assalamualaikum kepada para tetamu dan rakan-rakan saya yang turut hadir pada malam ini. I just want to say thank you so much to all of you sebab sudi datang dari jauh untuk meraikan majlis ini. Thank you juga kepada my love family . Please come to me and standing beside me ".

Datin Shuhani memakai baju kurung moden dan anak perempuan mereka, Tengku Armel Dahlia memakai dress moden berwarna merah berlengan pendek dan disaluti oleh manik-manik. Menyerlah lagi kulit gebunya itu. Lampu spotlight menyuluh pergerakan mereka sampai mereka naik ke atas pentas. Tepukan gemuruh diberikan oleh para tetamu.

Dato meneruskan ucapannya.

"Alright this is my love wife, Datin Shuhani and this is cute daughter, Tengku Armel Dahlia. They're always support me. Maybe my daughter akan ambil alih company ini, isn't right Dahlia? " Tengku Armel Dahlia hanya memberi senyuman kepada papanya.

Mr.Annoying Romantik SebenarnyaWhere stories live. Discover now