Resepi 7 : Kek Pisang Wayang

167 2 0
                                    

*8 biji pisang emas
*1 cawan minyak masak/jagung
*3/4 cawan gula pasir
*1/4 cawan gula perang
*3 biji telur gred A
(kalau B 4 biji)
*300 gram tepung gandum
*1 sudu kecil sodium bikarbonat
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil esen vanilla(optional)

Cara-cara:
-Paling senang ambil blender(mesin pengisar) masukkan pisang, gula pasir, gula perang, minyak masak dan telur.Kisar sampai lumat pun boleh.
-Ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder sekali gus.
-Dah siap kisar boleh gaul dengan bahan ayak di atas sehingga sebati.
-Didihkan air pengukus bersama sehelai daun pandan. Kukus selama 30-45 minit.
-Sejukkan selama 30 minit.
-Boleh dimakan begitu sahaja.

p/s:Jika pisang macam tak cukup, boleh tambah jem yang dah nak sampai tarikh luput. Tak membazir kena buang. Mesti pernah beli jem murah dan tak sedap dan tak mau makan dah. Rasa memang sedap. Enjoy.:)

Gambar macam gelap bukan hangit sebab efek pisang yang ranum.

RESEPIWhere stories live. Discover now