part 2

1.5K 20 8
                                    

----AKU, DIA DAN STILETTO ISTIMEWA AIDILFITRI----

"Abang maafkan semua dosa-dosa Lia pada abang.. Abang pun harap Lia maafkan semua dosa-dosa abang terhadap Lia. Abang hanya nak Lia tahu yang Lia adalah isteri yang paling sempurna untuk abang. Isteri yang terbaik pernah abang ada. Abang bersyukur kepada Allah swt kerana memanjangkan jodoh antara kita. Abang janji abang akan sentiasa bahagiakan Lia sampai akhir hayat abang." Dahi Aulia dikucup lama.

Entah kenapa sejak beberapa hari yang lalu Aulia terlalu beremosi. Wanita kesayangannya itu acapkali meminta maaf dan terlalu mudah terusik. Hai, apa yang tidak kena dengan Aulia.

"Terima kasih abang." Ujar Aulia apabila dihulurkan sampul duit raya oleh Ashraff. "lia pun ada duit raya untuk abang." Sengih.

"Eh, abang pun dapat duit raya jugak ke?"

"Alhamdulillah, rezeki." Balas Aulia.

Selepas bersalaman dengan Ashraff, Aulia duduk di sebelah Ashraff. Giliran Alisya pula bersalaman dengan mereka semua. Bermula dengan mama dan papa Ashraff kemudian mummy dan daddy Aulia. Semua orang berkumpul di rumah keluarga Ashraff. Iyelah dia bukannya ada ada adik-beradik yang lain begitu juga dengan Ashraff. Mak Biah pula pulang beraya di kampung dengan saudara maranya yang lain.

Bukan main seronok lagi Alisya apabila dihulurkan sampul duit raya. Semasa anak kecil itu di UK dia juga menerima duit raya. Jadi Alisya mungkin memahami bahawa dia sedang menerima duit.

Apabila sampai giliran Tok Mama bukan main lagilah Alisya digomol-gomol geram. "Comelnya cucu tok mama pakai baju peplum macam ni. Geramnya tok mama tengok."

Hah, budak kecil kalau dah pakai comel-comel memanglah geram. Dulu dia pun geram juga kalau tengok anak orang pakai peplum atau berbaju kurung. Memang comel sangat!

"Sini, Lisya salam and kiss daddy."

"Love you daddy." Alahai, cairnya hati dengan tingkah Alisya. Memang comel sangat-sangat. Aulia tidak pernah membayangkan bahawa dirinya akan mempunyai anak secomel Alisya dan dirinya sendiri akan jatuh sayang yang teramat sangat kepada Alisya. Mengenangkan sikapnya yang keras kepala dan sangat-sangat degil suatu ketika dahulu, dia tidak pernah membayangkan hatinya akan mencintai Alisya dan Asharff sedalam ini.

Dulu dia tidak faham bila mommy cakap 'nanti Lia ada anak Lia tahulah macam mana perasaan mommy bimbangkan Lia.'

Sekarang ni dia faham sangat-sangat.

Faham sangat!

Alisya baru sahaja memanjat sofa dia sudah terasa mahu melayang jantungnya. Alisya terjatuh dan luka di telapak tangan, rasa kering air matanya menangis. Sungguh, itulah kasih seorang ibu. Melihat anak sakit, rasa tak keruan dirinya.

Tubuh Alisya dirangkul erat. "Love you, mommy."

"I love you more, sweetheart." Kedua-dua belah pipi Alisya dikucup geram. "Sayang sangat anak mommy ni. Semoga menjadi anak yang baik."

Selesai berhari raya sesama keluarga, rumah Puan Sri Lydia dan Tan Sri Ahmad mula menerima kehadiran tetamu. Menurut Puan Sri Lydia suasana hari raya dalam keluarga mereka memang seperti ini. Sana-saudara memang akan berkunjung ke rumah mereka pada hari raya pertama dan hari raya yang seterusnya.

Aulia agak sibuk dalam membantu Puan Sri Lydia menyediakan juadaha untuk berhari raya. Nak mengharapkan Mak Kiah seorang diri memang boleh pengsan orang tua itu. Nasib baiklah hidangan untuk hari raya semuanya ditempah oleh Puan Sri Lydia. Aulia dan Mak Som hanya perlu menceduk lauk-pauk untuk dihidangkan sahaja.

Ada nasi dagang special resepi dari Terengganu, ada nasi arab, laksa johor dan pelbagai kuih muih.

"Rumah mama macam inilah Lia. Memang tak perlu nak buat open house sebab hari raya pertama kawan-kawan mama, kawan-kawan papa akan datang berhari raya di sini. Memang tak menanti dijemput, dah tahu dah. Ha, tahun inilah yang ramai sedikit sebab ada kawan-kawan Ash sekali."

aku dia dan stiletto specialWhere stories live. Discover now