Chapter 5

45 7 0
                                    

Pada pagi keesokkannya , mayat keluarga En William di kebumikan.Minhyun,Jun,Raina,Joshua dan Jeonghan turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir. Sebelum tanah di timbus Minhyun meletakkan pendant yang diberi oleh Pn William di atas keranda pemiliknya. "Sape pembunuh Kelaurga En William?" Soal Jeonghan sebaik sahaja mereka hendak bertolak ke hospital dengan menaiki kereta kepunyaan Jun. "Geng RapMon" jawab Jun. "Ah,senior kite yang dulu kan?" Jeonghan terkejut apabila Jun menyebut nama yang agak di kenalinya itu. Jun mengangguk "Pihak polis dah tangkap dia malam semalam, kebetulan dia ada dekat club". "Lega semua dah berakhir " Jeonghan tersandar lega. Jun tersenyum dan terus memandu ke  hospital.

"Oh ye~ Jeonghan macam mana kau jumpe Ren" Minhyun menyoal Jeonghan. Jeonghan memandang Ren yang sedang terbaring di atas katil. "Bilik bawah tanah. Mimpi aku yang aku pernah cerita tu,merupakan mesej daripada Ren" Jeonghan tersenyum. "Ah,dah agak dah.Mesti ade something pasal mimpi tu" Minhyun memandang ke arah Ren. "Jeonghan" lemah sahaja suara Ren memanggil Jeonghan. Jeonghan bingkas bangun dari duduknya dan pergi ke arah Ren. "Ren kau sedar" Jeonghan memeluk Ren "syukur kau selamat. Aku risau sangat apa-apa terjadi dekat kau". "Wey jangan peluk kuat sangat,sakit" Ren menahan sakit kerana di peluk Jeonghan. "Hahaha sorry sorry. Tak sengaja" Jeonghan ketawa. Minhyun,Jun dan Joshua turut tergelak dengan kelakuan pasangan kembar itu. Raina memasuki wad Ren dan memanggil Jeonghan "Jeonghan ,hmm Lizzy nak jumpe kau". "Aku?" Jeonghan terkejut seakan-akan baru sahaja buat salah. "Ye la, cepat" marah Raina . "Oh ya,aku lupa nak cakap terima kasih.Aku terhutang nyawa dekat dia. Aku pergi dulu" Jeonghan terus beredar ke wad Lizzy. Jeonghan melangkah masuk, di dalam wad itu hanya ada Lizzy seorang. Kelibat Raina langsung tidak di lihatnya. "Lizzy?" Jeonghan memanggil. "Jeonghan" Lizzy tertunduk. Jeonghan menghampiri Lizzy "Lizzy aku minta maaf,sebab aku kau jadi macam ni ". "Ah,tak ape sikit je. Lagi pun kalau aku tak halang kau pula akan jadi macam ni atau mati" balas Lizzy.  "Sikit? Lizzy luka kau besar. Bukan terkena pisau tapi pedang" Jeonghan cuba untuk mengatakan yang dia tetap bersalah dalam hal ini. Tiba-tiba air mata Lizzy mengalir. "Kenape awak nangis?" Jeonghan panik. Tangisan Lizzy semakin kuat. Jeonghan sudah tidak tentu arah dan akhirnya dia memeluk Lizzy untuk tenangkannya. Lizzy membalas pelukan Jeonghan. "Saya suka awak Jeonghan" Jeonghan terkejut dengan pengakuan Lizzy. Jeonghan melepaskan pelukan. "Betul ke? Saya sangka cinta saya bertepuk sebelah tangan. Rupanya cinta saya terbalas". "Ape maksud awak?" Lizzy bingung dengan kata-kata Jeonghan. "Saya pun suka awak.Cuma saya malu nak mengaku" akhirnya Jeonghan mengaku. Lizzy tertunduk malu,muka nya kemerahan.

Setahun sudah berlalu. Tiba hari graduasi di sekolah. "Ren cepat la!!" Jerit Jeonghan yang sudah berada di luar rumah. "Kejap la tengah cari stoking ni" Ren memunggah segala pakaian yang ada di dalam almarinya dan akhirnya dia jumpa juga. Ren terus berlari ke muka pintu untuk menyarung kasut. "Okay,dah jom.Aku drive" Ren merampas kunci kereta yang dipegang oleh Jeonghan. Kereta tersebut dihadiahi oleh ibu bapa meraka 2 bulan lepas. Selepas kejadian Ren hilang di rumah banglo itu ibu bapanya terus pulang ke Korea.Kini Ren sudah sihat seperti biasa. Ibu bapa mereka tidak dapat hadir untuk graduasi mereka kerana terpaksa pulang bekerja. Ren menghidupkan enjin kereta manakala Jeonghan masuk dibahagian penumpang sebelah Ren. "Oh ya,Joshua nak tumpang" Jeonghan mengingati Ren. Ren memandu ke rumah Joshua. "Waa ingatkan tak datang ambil aku tadi" Joshua masuk ke dalam kereta. "Hahaha mane boleh lupa, ade orang tu lambat sangat" Jeonghan memerli Ren. Ren menghiraukan kata-kata Jeonghan dan terus pandu ke sekolah. Setibanya mereka disekolah Minhyun,Jun,Raina dan Lizzy sudah menunggu mereka. "Jeonghan !!" Lizzy terus berlari ke arah Jeonghan. "Awak pakai tie senget la" Lizzy membetulkan Tie Jeonghan. Semenjak kejadian itu,Lizzy dan Jeonghan sudah menjadi pasangan kekasih begitu juga Jun dan Raina. "Jom tangkap gambar" Minhyun memberi kameranya kepada salah seorang pelajar yang lalu disitu untuk menolong menangkap gambar. 'Cheese!!' . Jun mengeluarkan telefonnya untuk berselca dengan Raina manakala Ren bergambar dengan Joshua dan Minhyun. Jeonghan dan Lizzy sudah hilang entah kemana. "Malam ni berkumpul dekat Sungai Han tau" Jun mengajak rakan-rakannya untuk berkumpul ditempat mereka selalu lepak  "Okay!!" Jawab mereka serentak.

"Ahh aku lega semua dah kembali seperti biasa" Jeonghan meneguk air jusnya. "Aku dengar banglo tu akan dirobohkan minggu depan" kata Joshua. "Ah betul ke? Kalau macam tu kita pergi nak" Minhyun tiba-tiba sahaja membuat cadangan sedemikian. Jun , Raina ,Jeonghan ,Ren,Lizzy dan Joshua terkejut mendengar cadangan Minhyun dan memandang dia dengan muka yang serius. Tiba-tiba sahaja Ren rebah. "Ren? Ren?" Jeonghan terus meluru ke arah Ren. Mereka yang lain mengelilingi Ren. "Bu!" Ren menyergah mereka berenam dan ketawa sekuat hati. "Ya ! Ren. Kau ni kan" Jeonghan geram dengan tindakan Ren. "Baik aku lari" Ren bangun dari duduknya dan terus berlari pantas. "Hey tunggu!!" Jeonghan mengejar Ren. Mereka berlima tergelak melihat gelagat pasangan kembar itu.

Tamat !

Bungalow In The Silent StreetWhere stories live. Discover now