Ditenung Pocong

535 33 11
                                    

Tinggal bersendirian dirumah tidak menjadi masalah bagi Nana kerana sudah hampir dua tahun lebih tinggal berseorangan. Pangsapurinya agak suram, tidak ramai yang duduk di situ lagi kerana ramai penduduk flat itu ternampak jelmaan pocong merayau rayau di flat itu. Tapi itu tidak menjadi masalah kepada Nana, Nana sedikit pun tidak percaya tentang mahluk halus ini.

Nana pulang dari kerja agak lewat malam itu, dia ingin siapkan kerja kerana esok ada meeting. Sampai saja di bawah block seorang pak guard tegur. "Lambatnya balik?" Tanya seorang pak guard. "Ha'ah, hari ini lambat sikit sebab banyak kerja. Ni pun balik rumah terus nak sambung kerja balik" Nana menjawab dengan keadaan yang penat kerana kerjanya bertimbul timbul. "Berani eh kamu balik rumah time tengah malam macam ni" tanya pak guard itu lagi. "Tak ada apa la pak cik, tak ada apa yang perlu di takutnya." Jawab si Nana. Ting tong bunyi lift dan pintu lift terbuka "Pak cik, saya naik dulu ye." Lalu Nana masuk kedalam lift dan tekan tingkat 21. Nana menunggu dan tiba tiba kata kata pak guard tadi bermain difikiran. Ting tong bunyi lift yang sudah sampai di tingkat 21, pintu lift sudah di buka dan Nana terkejut kerana agak gelap dan bau agak busuk. Nana hairan hanya tingkat dia saja yang gelap. Seram sejuk dibuatnya tapi dia cuba fikir positive. Lampu gelap mungkin rosak. Bau busuk itu mungkin datang dari tong sampah. Nana terus berjalan ke rumahnya, Rumahnya agak jauh dari lift tengah jalan jalan tiba tiba terdengar bunyi lompatan makin lama makin dekat Nana cuba toleh ke belakang tapi tiada sesiapa pun hanya dia seorang sahaja. Nana mula seram dan percepatkan langkahnya sampai saja di depan rumah Nana membuka gate dan pintu. Nana segera menutup gatenya tiba tiba tercium bau yang agak wangi, wangiannya menusuk masuk ke hidung. Bulu romanya mula naik dan terasa agak seram. Ini kali pertama dia merasa seram sejak di tinggal di flat ini. Nana terus masuk ke biliknya tanpa membasuh kaki terus meniarap di atas katil, Nana keluarkan laptopnya kerana kerjanya masih lagi menimbul. Nana tengah buat fokus buat kerja tiba tiba terdengar ketukan yang amat kuat. Nana terkejut dan terus ke pintu. Dia mengintai tapi tidak nampak kerana gelap di luar rumah. Dia beranikan diri untuk membuka pintu ini. Hati berdebar debar kerana ketakutan tapi masih lagi mahu membuka pintu. Nana membuka pintu dan lihat tiada sesiapa pun diluar, di cepat cepat menutup pintu. Mukannya agak pucat kerana ketakutan Nana berlari ke bilik dan terus sambung kerjanya. Setelah hampir sejam dia membuat kerja, tekaknya haus dan dia pergi ke dapur untuk membuat air milo. Sampai saja di dapur dia terdengar bunyi air yang dipasang di bilik air, Nana pun menuju ke bilik air tapi tiada paip air pun yang terbuka. Nana rasa seram semacam tapi dia masih lagi fikir positive mungkin kerana dia kepenatan sebab itu jadi macam itu. Nana kembali ke dapur dan bancuh air milo selepas selasai dia kembali kebiliknya. Dia hairan kerana ada satu bau yang tidak menyenangkan tapi dia abaikan, Dia sambung kerjanya yang hampir siap. Jam telah menunjukkan hampir pukul dua pagi dan selasai sudah kerja Nana. Dia tutup lampu dan terus baring dengan tidak mandinya. Dia memejamkan matanya tapi tidak selesa. Guling ke kiri guling ke kenan tapi masih tidak menutupkan matanya. Dia berasa tidak selesa seperti ada sesuatu di bawah katilnya. Nana beranikan diri, dia menongeng ke bawah dan terus selak cadarnya. Seperti yang disangkanya tiada apa apa hanya dia keletihan. Dia bangun tari tongengnya itu tiba tiba dia ternama lembaga pocong yang berdiri di penjuru katilnya. Pocong itu tinggi mukanya hitam seperti daging bakar yang hangus. Baunya busuk seperti bau bangkai yang terbiar. Nana terkejut dan terkaku melihat lembaga itu. Dia ingin membaca ayat kursi tapi tidak keluar bunyi dari mulutnya. Satu bunyi pun tidak kedengaran walaupun Nana menjerit sekuat hatinya. Nana ingin lari tapi tubuhnya seperti melekat dikatil dia hanya memejamkan mata kerana ketakutan. Pocong yang tadi berdiri di penjuru katil itu tiba tiba lompat betul betul disebelah katil Nana. Nana sedaya upaya ingin pensankan dirinya sendiri tapi tidal juga pengsan, dia menutup mata dan hanya membaca ayat ayat suci di dalam hatinya. Tanpa Nana sedari dia telah membaca doa makan, masuk tandas, naik kenderaan segalanya doa dia baca yang peliknya sebelum ini dia tidak pernah hafal langsung doa doa itu. Nana membuka mata dan berharap pocong itu pergi selepas dia membaca pelbagai doa dan Aliff ba ta pun sudah dibacanya. Tapi harapan Nana hanya tinggal harapan seperti seseorang yang berharap pada crushnya tiba tiba crush dia dah ada gf/bf. Pocong itu tidak melarikan diri, Dia masih lagi berdiri tepi katil Nana. Dia melompat semakin lama semakin dekat dan merenung tajam ke arah Nana. Nana berasa semakin seram dan mukanya pucat lesi seperti mayat hidup. Jika letak Nana di sebelah mayat pasti tiada bezanya. Bau busuk itu semakin kuat, Sama macam bila naik train yang dipenuhi bangla. Pocong itu merenung dan merenung tiba tiba azan subuh berkumandang Nana membuka matanya dan pocong itu tidak kelihatan lagi di mana mana penjuru biliknya. TAMAT.

Ditenung PocongWhere stories live. Discover now