diari seorang niqabis

673 46 3
                                    

Dulu, saya tak tutup aurat. saya tidak lah cantik sebagaimana yang digembar-gemburkan jiran jiran saya. sengaja saya selfie ikut sudut yang nampak cantik dan muat naik di instagram atau facebook . kadang, ambil gambar dari sudut atas bagi nampak kurus . kadang , ambil gambar cuping telinga saja sebab hanya itulah bahagian yang cantik pada saya . permainan crop gambar semata . dapat 3 ribu heart okay satu cuping .suatu hari, ada seorang jejaka handsome memginbox saya . saya teruja sangat.

beliau berkata " pakai tudunglah , serabut ak tengok " saya hampir pengsan mencair membaca ayat beliau itu . lelaki - lelaki bermuka hodoh , saya block terus tak perlulah memandai nak nasihati saya . hati saya berdebar-debar . maka saya buat keputusan hari itu , saya nak bertudung . saya terus tempah online tudung yang berkilat satin tu . saya belajar pakai kat youtube . akhirnya , saya pun upload gambar bertudung . saya berdebar menantikan respon .

sekali lagi , jejaka tu inbox . "tu tudung ke sapu tangan ? pendek nak mampos . labuh la sikit " saya teruja sangat -sangat membaca respon beliau . gembira pun ada , sebak pun ada . terus saya tempah lagi tudung lain . kali ini , bidang 180 .saya main hentam saja . muat naik gambar dan tungu respon . sekali lagi jejaka itu inbox . " tudung ke langsir tu? aduhai labuh pun agak agaklah "

saya hampir saja menagis kegembiraan . cepat cepat saya tempah tudung lain . kali ini , purda. saya muat naik . dalam masa sepuluh minit , saya dapat beribu likes . terkejut saya . malahan , bukan seorang jejaka handsome inbox saya . lima belas jejaka handsome !

setiap dari mereka mesej ayat ayat manis super islamik . tapi , point mereka satu sahaja . nak melihat wajah di sebalik tabir hitam ini . empat belas dari mereka nak tengok sebab mereka kata nak buat isteri . tapi lepas tengok mereka cakap .
" bukan lawa sangat pun nak pakai purda bagai " akhirnya keempat- empat belas jejaka itu mediamka diri . hindari saya . siap block lagi saya . saya sedih . jejaka pertama tadi tiba tiba inbox saya

" aku suruh kau tutup aurat untuk hijabkan diri kau dari benda tak elok , bukan tutup untuk memikat . kau sepatutnya cuba raih perhatian Allah . bukan perhatian orang Allah bagi otak , fikir . bukan surih gedik ngek ".

saya terus menagis bederaian air mata berhamburan ke cermin laptop saya . tapi tiba tiba masuk mesej lagi di inbox.

"sebab kau ni jenis lurus sangat . bagi alamat rumah , aku datang minang kau . dah kau tak reti jaga diri sendiri . biar aku jagakan "

Diari Seorang NiqabisWhere stories live. Discover now