Kosong

131 5 3
                                    

"Feeqi! Bahayalah!" Jeritku apabila ternampak kawan 'gila' aku berada di bahagia teratas pokok rambutan belakang rumah aku.

"Eh, Ros! Jom la join sekali." Balas Rafeeqi dengan ceria apabila melihat aku berada di bawah.

"Gila! Tinggi tu! Turun la! Nanti jatuh!" Tolakku mentah-mentah lalu memujuk Rafeeqi untuk turun.

Budak 'gila' itu hanya gelak lalu memanjat ke dahan yang lebih tinggi.

"Feeqi! Jangan la buat kerja gila! Turun la! Kalau kau jatuh lepas tu kau tinggalkan aku macam mana! Kau tak sayang aku ke?!" Jeritku sekuat hati dengan mata yang bergenang dengan air mata.

Zushhh! Tap... Tap... Tap!

Dalam sekelip mata Rafeeqi sudah berada di hadapan aku.

"Aku ke penyebab air mata kau?" Tanya Rafeeqi dengan senyuman secarik sambil merenung mata aku.

Aku hanya merenung kembali ke dalam mata coklatnya.

Tiba-tiba aku termalu sendiri apabila pipi aku mula terasa panas dan jantung aku berdegup kencang seperti selepas berlari satu kampung.

"Bodoh! Boleh pulak kau tanya." Kataku lalu menumbuk lembut dada Rafeeqi sambil menangis.

"Aku risau la, bodoh." Rintihku.

Kemudian, aku merasakan sepasang bibir Rafeeqi mendarat ke atas bibir aku. Aku kaku.

Aku ingin menolak tubuh Rafeeqi dan belasah dia cukup-cukup tapi,...

Aku tak tahu kenapa aku suka situasi ni. Jadi, aku hanya bertindak mengikut gerak hati aku iaitu membalas ciumannya.

Dahi Rafeeqi bersandar pada dahi aku. Kami hanya merenung ke dalam mata antara satu sama lain tanpa berkata apa-apa.

"Aku tak akan pernah tinggalkan kau. Itu janji aku sampai aku mati. Sebab, aku sayang kau, Rosliana Batrisya."

IllusiWhere stories live. Discover now