Setiap rindu dan kasih ini
Aku pulun ketat jadi manik
Aku simpul erat bersama benang setia.Aku jahit halus
Satu persatu dengan teliti
Membentuk sebuah sulaman cinta
Walau cantik tak seberapa
Tapi puas dimata aku.Cukuplah hanya cantik untuk kita berdua.
Semoga ia tetap kekal terjahit disitu
Semoga yang lain dapat lihat
Bahawa dibadanmu terjahit cinta milik seseorang.Tapi, penat aku sia-sia.
Kau rentap setiap manik-manik
Kau putuskan setiap jahitan
Kau bilang sulaman itu jelik
Kau kata jahitan aku hodoh.Mengertilah aku
Yang kau cari bukan si penjahit
Tapi jahitan cantik untuk dipertonton.Aku kutip setiap manik hancur
Aku simpan baik-baik
Harap nanti, ada yang sudi
Guna kembali manik dan benang ini.