SBM - 10

193 30 2
                                    

Min Jungshin Side

Setelah memakai kasut sekolah aku segera mengunci pintu rumah dan berlari menuju ke sekolah .

DAH LAMBAT !

tak , tak , takkk ! Aku tak boleh datang lambat sekolah .  Aku berhenti di hadapan pintu pagar sekolah sebaik sahaja tiba .

"Hai Pak Cik Kang ! hihi , berseri-seri hari ni !" aku cuba untuk memancing pengawal sekolah aku yang bernama Kang Gary xD

"datang sekolah lambat lagi ye?" pak cik Kang mengangkat berkali-kali keningnya .

Aish , aku membuang muka sambil berfikir cara untuk masuk ke dalam sekolah .

"Ehh, mak Cik Jihyo lah!" kata ku sambil menuding jari ke arah Mak Cik JiHyo yang sedang menyiram pokok bunga. Pak Cik Kang memang sukakan dekat Mak Cik Jihyo maka dengan itu Pak Cik Kang pun segera berlari ke arah Mak Cik JiHyo. Aku pula mengambil kesempatan ini untuk

CABUT !

= Stand By Me =

Huh nasib baik sempat. Sewaktu aku ingin memasuki kelas aku perasan hampir semua murid memandang ke arah ku . Ada yang berbisik dan memandang ku dengan riak yang menjengkelkan .

Aku pula tersenyum sumbing , laju aku berjalan ke arah meja aku , aku menegur Jiyeon yang sudah terduduk manis di atas kerusinya .

"Jiyeon-ah ? kenapa dengan semua orang ? pandang aku semacam aje?" tanya ku pada Jiyeon yang langsung tidak melihat ke arah ku .

"ah ? Aㅡaku tak tㅡtahu " jawab Kei gagap tanpa memandang aku . Aku hanya memandang Jiyeon pelik .

"Dia dah tak waras , betulkan ?" bisik seseorang

"Ahh , betul . Ada yang kata dia cuba bunuh abang dia sendiri ?" balas seseorang yg menjadi pendengarnya itu

"entah ? aku dapat maklumat ni pun dari Jiyeon. Lagi , Jiyeon kata Taehyung yang bagi tahu dia yang Shin ni hampir bunuh abang dia sendiri sebab dia mabuk" kata orang itu

"Mungkin sampai sekarang , abang dia Yoongi tak kelihatan sampai sekarang"

Terkejut .

Mereka berbisikkan tentang aku . Aku yang dituduh bukan-bukan dan yang lebih mengejutkan aku apabila nama Jiyeon dan Taehyung diseru sekali .

Aku menoleh ke arah mereka yang sedang berbisik tentang aku itu ?

"korang cakap apa ? Aku pembunuh ?" aku cuba untuk mendapat lebih maklumat apa yang tentang mereka bisikkan itu .

serentak itu juga semua budak memandang ku. "Iye lah , kau tu pembunuh. Kau da bunuh abang kau sendiri kan !" kata seorang murid perempuan .

"aku bunuh ?! eh kau gila ke? aku nak bunuh abang aku sendiri? kau jangan ingat dia hilang sebab aku yang bunuh!" balasku dan berdiri dari kerusi yang aku duduki tadi .

"Iye lah dalam keadaan mabuk siapa sedar kan?" Balasnya dengan lagak gedik . "Mengarut ! Apa buktinya ?" tanya ku geram .

"Sebelah kau"

Jiyeon ? Jiyeon yang sebar semua ni ?

Aku kembali duduk untuk bertanya pada Jiyeon dengan lembut , mungkin aku salah dengar  "Jiyeon , cuba kau bagi tahu aku , apa semua ni ?" tanya ku dengan lembut .

"akㅡaku , aku tak tahu apa-apalah" Kei tiba-tiba sahaja bangun dari kerusi dan berlalu pergi meninggalkan kelas .

"Jiyeon !"

[ Stand By Me ] ✔Where stories live. Discover now