Bab 3

190 12 0
                                    

Selepas mengemas katil, Sofea bergerak keluar dari hospital itu. Sedang dia bergerak keluar dari situ, dia terdengar seseorang menjerit memanggil namanya. Sofea memusingkan badannya untuk mencari gerangan yang memanggilnya.

"Sofea, kan saya suruh awak tunggu saya. Kenapa awak tak tunggu saya dulu? Hmm.. tak apalah, alang-alang dah jumpa. Jom lah kita gerak". Kata Aiman dalam keadaan yang termengah-mengah akibat berlari sebentar tadi.

"Maafkan saya, saya fikirkan Aiman main-main. Kesian awak, nak ambil ni. Lap peluh tu.", Sofea berasa kesian lalu mengambil sapu tangannya dan menghulurkan kepada Aiman untuk mengelap peluh yang mengalir di dahinya.

"Ah, cair hati aku macam ni", Bisik hati kecil Aiman sambil tangan menyambut sapu tangan yang dihulurkan kepadanya.

Mereka pun mula bergerak ke arah kereta yang telah terparking elok di suatu sudut tepi hospital itu. Aiman mengeluarkan kunci keretanya dan menekan butang di kunci itu lalu membuka pintu untuk Sofea.

"Masuklah, kita pergi ke kafe dekat Damansara boleh?" Tanya Aiman meminta izin ketika Sofea mula masuk ke dalam perut kereta.

"Saya ikut aja, jangan jauh-jauh sudah. Nanti takut pula saya, haha", gurau Sofea sambil menutup pintu kereta itu.

Aiman yang baru masuk di tempat bahagian pemandu ikut ketawa juga lantas berkata

"Haha, janganlah Sofea risau. Saya akan jaga awak dengan sepenuh hati saya, saya akan belasah siapa-siapa yang berani kacau awak".

Tertunduk dan terdiam Sofea mendengar kata-kata Aiman. Dia berasa dirinya dilindungi tatkala Aiman berkata-kata sedemikian.

Aiman yang perasaan akan perubahan Sofea yang tiba-tiba diam mula berdehem.

Kereta mula meluncur keluar dari kawasan hospital dan bergerak menuju ke kafe yang dimaksudkan oleh Aiman.

Suasana di dalam kereta agak sunyi dan ini membuatkan mereka berasa janggal dan kekok. Jari Aiman mula menyentuh butang-butang radio di dalam kereta itu untuk menghilangkan kejanggalan diantara mereka.

Sesampai sahaja mereka di kafe, mereka pun mencari tempat lalu memesan minuman.

Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, Aiman mula membuka mulut untuk memulakan perbualan.

"Awak ni asal dari mana? Awak ni dah berpunya ke? Saya tanya aja sebab kalau awak ni dah berpunya, saya tak nak la kacau hak orang lain. Hahahaha".

"Hahahaha, saya asal dari LA tapi saya duduk Malaysia masa umur saya 6 tahun. Tentang berpunya tu, awak jangan risau la. Hahahahaha. Saya masih belum jumpa jodoh sendiri. "

Aiman berasa lega sedikit kerana peluang untuk dia memperisterikan Sofea sebagai pemaisuri hidupnya masih terbentang luas.

"Saya nak tanya sikit boleh tak?", tanya Aiman.

"Apa yang awak nak tanya?"

"A.. a.. sa.. saya sebenarnya nak.."

Belum sempat Aiman menghabiskan ayatnya, minuman yang dipesan oleh mereka sampai.

"Ni minumannya bang, kak", kata pelayan tersebut lalu meletakkan minuman dari dulang ke atas meja. Selepas itu dia pun berlalu pergi.

"Awak nak apa tadi ye?", tanya Sofea kepada Aiman yang tergantung sebentar ayatnya tadi.

"Ah~ tak ada apalah", balas Aiman sambil menyedut minuman kegemarannya.

"Aku rasa belum masanya lagi, terlalu awal sangat sebab aku baru aja kenal dia", Aiman bermonolog di dalam hati.

Selepas agak lama mereka duduk di situ, Sofea mula meminta izin untuk pulang. Aiman berat hati untuk meninggalkan buah hatinya tapi apakan daya. Mereka belum ada apa-apa ikatan untuk bersama.
Aiman menawarkan diri untuk menghantar tetapi di larang keras oleh Sofea.

Sofea tidak mahu rahsia diketahui oleh Aiman bahawa dia tidak mempunyai rumah. Dia berhasrat untuk pulang ke rumah lamanya untuk mengambil beg pakaiannya. Dia baru sahaja di halau keluar tempoh hari akibat hutang yang tertangguh tidak dibayar.

Sofea akhirnya keluar selepas berterima kasih kepada Aiman kerana sudi membelanja dia minum. Sekali lagi, Aiman menghantar Sofea dengan ekoran mata sambil mengeluh.

"Memang tak kahwin la aku macam ni, Sofea agak susah sikit la pulak. Hmmm, eh kejap! Aku nak tahu juga rumah dia kat mana, kalau dah tahu senanglah juga aku nak pergi tengok-tengok dia walaupun dari jarak jauh. Hahahaha.", kata Aiman perlahan lalu bangun dan berlari ke menuju ke arah kereta setelah membayar minuman mereka tadi.

"Mana Sofea ni? Aduh, aku dah hilang jejak dia la pulak. Ah! Tu pun dia", sedang dia mencari-cari Sofea, dia terlihat sesusuk tubuh yang dikenalinya.

Setelah agak lama Aiman mengekori Sofea dari arah belakang. Dia sampai di suatu tempat yang sedikit asing baginya. Dia memarkingkan keretanya dan keluar dari perut kereta itu. Dia mula mengekori Sofea tanpa disedari oleh Sofea.

Aiman terlihat Sofea sedang mengetuk pintu di sebuah rumah, setelah agak lama diketuk maka keluarlah seorang perempuan yang agak tua dengan muka yang bengis.

"Kau nak apa lagi ha bodoh!!, berambus dari sini kalau kau tak mampu nak bayar!!, tengking perempuan itu yang dikenali sebagai tuan punya rumah di situ.

"Maafkan saya puan, saya tidak ada duit. Saya harap puan dapat tangguhkan lama sikit kerana buat masa sekarang saya tidak ada duit. Saya datang mahu ambil beg saya dan saya akan bayarnya nanti.", balas Sofea dalam keadaan tersedu-sedu akibat tengkingan dari tuan rumah itu.

"Tak payah buat drama air mata la sangat, nah ambik ni. Kau dah boleh berambus dari sini, jangan kau jejak kaki kat sini lagi. Dah blah!!!. Hutang aku kau tetap kena bayar, kalau tak siap kau aku kerjakan. Sampai ke lubang cacing aku akan cari. Faham!!", kata perempuan tua itu sambil membaling beg pakaian Sofea ke tanah.

"Berapa Sofea hutang puan?!", tanya Aiman kepada wanita tua itu secara tiba-tiba membuatkan Sofea dan wanita tua itu terkejut.

"RM500, kenapa? Kau nak tolong bayar dekat perempuan miskin ni ke?, sinis wanita tua itu sambil menunjal-nunjal kepala Sofea.

Aiman berasa berang kerana gadis idamannya diperlakukan seperti itu. Lantas dia membantu Sofea mengangkat beg lalu menghulurkan duit kepada wanita tua itu.

"Nah ambil ni, aku rasa lebih dari cukup. Duit yang selebihnya, puan buatlah rawatan mulut biar mulut puan tu baik sikit bila bercakap.", sinis juga kata-kata Aiman membuatkan wanita tua itu tercengang. Tercengang bukan disebabkan kata-kata Aiman tapi melihat jumlah wang yang diberi oleh Aiman.

"Banyaknya, aku kaya. Wohoo", kata wanita tua itu lalu masuk semula kedalam rumahnya dan pintu ditutup.

Kebahagiaan Di PenghujungnyaWhere stories live. Discover now