"Bukan senang nak berlakon bagus depan orang. Jadi, baik jadi diri sendiri, biar orang mencaci tapi kita happy."
******
TIGA sepasang kaki melangkah dengan penuh diva. Aura yang begitu kronik menular ke udara menarik semua pandangan-pandangan pelajar lelaki yang kebetulan berada berdekatan. Berdegup jantung mereka, jatuh cinta berkali-kali terhadap kumpulan gadis yang melepasi garisan standard hot yang tak asing-asing lagi di SMK Tepi Jalan Ada Parit atau singkatannya SMKTJAP. PussyCatz nama kumpulan mereka.
Fiona atau nama sebenarnya Rafeah melambai-lambai ala-ala ratu ke peminat-peminat mereka. Manakala, Miyako atau nama sebenarnya Minah binti Mamat, bajet J-pop sikit hanya buat tak pedulik dan mula membasahkan bibir dengan pengilat bibir berwarna pink perisa ceri. Ketua mereka, Syasha hanya memasang muka diva. Jalan dengan langkah seiring dan penuh dengan keyakinan tahap maut.
Mereka sampai ke kelas 4-AB, mencari mangsa yang dikehendaki. Sekilas, pandangan mereka terlekat ke arah pelajar perempuan bercelak tebal, bergincu hitam, bersubang tengkorak, dan bersubang cincin di bibir. Pelajar yang berketrampilan lain daripada yang lain itu sedang membaca buku, 'Cara Menyeksa Orang Menggunakan Sihir Purba'.
"Oii! Pompuan sihir!" jerit Miyako. Syasha hanya melihat kuku pinknya manakala Fiona bercekak pinggang.
Adriana hanya membatukan diri. Dia sudah tahu akan kehadiran kumpulan gedik nak mampus tu. Kumpulan yang digelar dengan berani mati olehnya sebagai, 'Pepekkucing'. Sakinah yang informed padanya tadi. Sakinah yang duduk di sebelahnya menayangkan jari tengah dua-dua belah tangan sambil pasang muka brutal. Padahal bukan geng tu nampak pun.
Adriana meletakkan jari telunjuknya di lidah lalu menyelak muka surat yang seterusnya. Berdrama bagai tidak peduli akan kehadiran mereka. Pelajar-pelajar kelas itu sudah tidak sabar hendak menyaksikan perang dunia itu.
Belum sempat Miyako hendak membuka mulut, suara lelaki yang tiba-tiba muncul di depan pintu kelas menjengah.
"Hold your horses! Sebelum nak start gaduh antara hoes, aku dah siap sedia bawak kerepek kentang dan pop corn. Siapa nak cepat beli. Rugi kalau tengok show menarik takde kudap-kudap, bhaii," kata mamat yang membawa bakul itu. Dalamnya berisi kudapan yang diperkatakan. Dia tersenggih.
"Aku nak! Aku nak!" Kecoh betul suara pelajar 4-AB ketika itu. Dah macam kat jomheboh.
Geng PussyCatz hanya menggelengkan kepala. Entah apa-apa.
Selepas beberapa minit, keadaan kembali aman damai. Semua pelajar sudah kembali ke tempat masing-masing. Giliran Fiona pula nak bukak mulut namun terbantut lagi sekali apabila suara Adriana meningkah.
"Bhaii, aku nak jugak." Adriana berkata lalu mula berdiri. Dia jalan melepasi geng itu dengan selamba malah sempat melanggar bahu Syasha. Terkejut geng itu dibuatnya.
Adriana sudah berada di depan mamat peniaga tak bertauliah itu. "Kau ada apa je?" tanya Adriana.
"Macam-macam ada. Kau usha la sendiri," balas mamat itu.
Selepas mengambil beberapa kudapan yang dia nak, Adriana mendonggak memandang mamat itu.
"Kau jual makanan je ke, bhaii. Air pepsi, milo takde ke?" tanya Adriana.
YOU ARE READING
Bad Witch's Love Story
DiversosAmaran : Cerita ini mengandungi penggunaan bahasa kesat yang terlampau. Maafkanlah Adriana. :')