Bab 4

157 11 0
                                    

Di dalam kereta

"Kenapa awak tolong saya?! Saya tahu selesaikan masalah saya sendiri, jangan sibuk hal oranglah!", bentak Sofea secara tiba-tiba memecah kesunyian di dalam kereta.

"Awak patut bersyukur sebab saya dah tolong awak, ini tiba-tiba marah kenapa? Awak ada masalah ke? Cubalah cerita, mungkin saya boleh tolong mana yang terdaya", lembut Aiman berkata walaupun dia agak terguris sedikit dengan kata-kata Sofea.

Sofea tiba-tiba tersedar bahawa dia tidak sepatutnya memarahi pemuda itu sebaliknya berterima kasih kerana telah membantunya. Sofea terus sahaja menangis kerana insaf dan marah terhadap dirinya kerana sikapnya yang tidak mengerti akan kesyukuran di atas pertolongan orang lain.

"Maafkan saya, saya tak patut. Ya Allah, ampunkan dosa hambamu yang zalim ini. Maafkan saya Aiman, saya patut bersyukur kerana awak dah tolong saya. Maafkan saya. Terima kasih lagi sekali sebab awak dah tolong saya dan terima kasih juga sebab sudah insafkan saya. Hanya doa dari saya boleh membalas segala kebaikan yang telah awak beri dekat saya." Luah Sofea.

"Tak apa, saya tahu awak tengah stress. Jangan risau.", balas Aiman yang mengerti perasaan gadis yang sedang dilanda kesusahan itu.

Lama juga mereka di dalam kereta itu, hala tuju kereta itu tidak diketahui oleh Sofea sehingga sesampai mereka di suatu tempat. Sofea berasa pelik kerana semasa kejadian di hadapan rumah tuan rumah lamanya, Aiman mengajaknya menaiki kereta. Dia pun mengekori sahaja tanpa membantah. Sekarang baru dia perasan, lalu dia bertanya kepada Aiman sebaik sahaja mereka sampai di sebuah rumah agam yang sungguh indah di matanya.

"Err, Aiman. Awak bawa saya kemana ni? Saya ni perempuan, awak nak buat apa ni?" Takut Sofea kerana lelaki disebelahnya itu tiba-tiba membawa dia ke tempat yang tidak sepatutnya dia pergi.

"Awak jangan takut, ini rumah saya. Saya tinggal dengan umi, abah dan adik saya. Cuma umi saja yang ada dekat rumah, abah dan adik saya sekarang tengah kerja.", keluar Aiman dari kereta itu menuju ke pintu sebelah lalu membuka pintu untuk Sofea keluar.

"Ahh, bukan apa. Tak manis kalau orang nampak, tapi tak apalah kalau umi awak ada dekat rumah", lega hati Sofea menjawabnya.

Mereka pun menuju ke pintu rumah agam dan memberi salam setelah pintu rumah agam itu dibuka dari dalam rumah.

"Waalaikumussalam, eh dah balik pun kamu Aiman. Ni ke menantu umi Aiman?", salam di jawab oleh Datin Alia dengan nada terkejut bercampur gembira.

Aiman hanya tersengih malu lalu matanya cuba mengintai reaksi muka Sofea. Dia tersengih lagi kerana reaksi muka Sofea tidak menampakkan bahawa dia tidak suka mendengarnya.

"Tak adalah Datin, haha. Saya Sofea kawan Aiman."

Kata Sofea yang terkejut mendengar kata-kata umi Aiman lalu menghulurkan tangan untuk mencium tangan umi Aiman. Tangannya disambut oleh Datin Alia dan dia dipeluk seerat-erat oleh Datin Alia. Mata Sofea mula berair kerana sudah lama dia tidak merasa kehangatan pelukan dari seorang ibu semenjak ibunya meninggal. Dia pun membalas pelukan itu seeratnya seperti tidak mahu dilepaskan.

Datin Alia yang berasa dirinya dibalas pelukan oleh Sofea mula mengurut belakang Sofea untuk melegakan Sofea. Tiba-tiba Datin Alia berasa baju sudah basah dek terkena sesuatu air lantas dia meleraikan pelukan itu untuk melihat sesuatu.

"Ya Allah, kenapa Sofea menangis ni? Jom masuk, cerita dekat umi.", kata Datin Alia sambil menggenggam tangan Sofea lalu menariknya kedalam.

Aiman yang berada di samping Sofea juga terkejut kerana gadis itu menangis secara tiba-tiba lalu dia mengekori uminya dan Sofea ke ruang tamu.

"Kamu Aiman, pergi naik atas mandi. Umi bau kamu ni busuk betul", arah Datin Alia kepada anak sulungnya itu berharap anaknya itu faham bahawa uminya suruh beredar supaya Sofea boleh menceritakan segalanya tanpa ada sedikit gangguan.

"Sampainya hatimu umi memanggil anakmu ini busuk, yelaa sayangku. Hahaha", gurau Aiman yang mengerti akan kemahuan uminya lalu bangun dan mula mendaki tangga untuk ke biliknya.

Sesampainya dia di atas, dia mula berbongkok dan berbaring di hujung tangga. Dia berbuat sedemikian kerana ingin mencuri perbualan di antara buah hatinya dengan umi.

"Macam-macamlah budak ni, Sofea kena tahan sikit manja si Aiman tu haa", kata Datin sambil mengurut belakang Sofea cuba untuk melepaskan sedu akibat menangis.

"Hahaha. Patutlah Aiman nampak macam manja rupanya Datin ni ambil berat hal anak-anak. Apa-apa pun, saya minta maaf dekat Datin, saya tak patut menangis depan Datin cuma saya rindu. Itu yang saya tiba-tiba nangis. Hahahaha", kata Sofea sambil ketawa hakikatnya dia teramat sedih kerana rindu terhadap arwah ibu, ayah dan adiknya.

"Jangan panggil umi ni Datin, panggil je umi. Sofea rindu? Rindukan siapa?", tanya Datin Alia.

"Ahhh, a.. a.. Sofea sebenarnya rindukan ibu, ayah dengan adik", jawab Sofea sambil menahan sendu di hatinya.

"Mana mereka? Mereka tinggal dekat mana?"

"Mereka sebenarnya dah tak ada, ibu meninggal sewaktu umur saya 17 tahun. Ayah pula meninggal sewaktu saya berusia 2 bulan dan adik meninggal seminggu yang lepas", jujur Sofea tanpa meninggalkan satu pun ceritanya.

"Innalillahiwainnaillaihirojiun, mereka meninggal sebab apa dan kamu tinggal dimana sekarang?" Tanya Datin Alia tambahan simpati terhadap Sofea tentang perkara yang berlaku ke atas Sofea.

"Ibu meninggal sebab kanser payudara yang sudah tahap 4, ayah meninggal kerana kencing manis dan adik meninggal sebab dilangar oleh sebuah kereta sewaktu melintas jalan. Sofea sebenarnya baru diusir dari rumah kerana hutang yang tidak terbayar. Aiman dah tolong Sofea bayar hutang tu jadi Sofea berterima kasih sangat-sangat dekat Aiman. Hanya doa Sofea dapat membalas kebaikan Aiman."
Panjang lebar Sofea menjawab pertanyaan Datin Alia.

"Alhamdulillah, umi dah didik anak umi dengan betul. Kita kenalah bantu juga orang yang sedang mengalami kesusahan. Umi nak Sofea tinggal dekat sini tau." Gesa Datin Alia.

"Tapi saya tak boleh Datin, saya dengan Aiman bukan mahram. Berdosa kalau orang yang tidak sah tinggal serumah. Saya akan cari tempat tinggal dekat mana-mana, Datin jangan risau.", Sofea menolak dengan lembut dan tanpa dia sengaja, dia telah memanggil Datin dan bukannya umi.

"Pandai Aiman cari, tahu mana yang baik dan buruk.", bisik hati Datin Alia

"Umi la, bukan Datin. Tak apalah, Sofea belum biasa lagi. Tapi nanti panggil umi ye, jangan salah lagi. Duduk sini kejap, umi nak pergi buat air.", kata Datin Alia lalu bangun menuju ke dapur.

Kebahagiaan Di PenghujungnyaWhere stories live. Discover now