Bab 5

161 10 0
                                    

Sofea berasa tidak selesa lalu bangun dan menuju ke dapur di mana Datin Alia berada. Dia cuba untuk membantu Datin Alia tetapi dilarang kerana Sofea adalah tetamu pada hari ini. Sofea berkeras juga dan Datin Alia akhirnya mengalah seraya tersenyum kepada anak gadis itu.

"Sofea tinggal dengan umi ye, Sofea jangan risau. Aiman tidak tinggal dekat sini, dia tinggal dekat rumah di Damansara. Katanya nak berdikari tu yang pindah dari sini, hahahaha.", pujuk Datin Alia lagi.

"Kalau macam tu, Sofea akan tinggal dekat sini tapi Sofea akan jadi pembantu rumah ni", pinta Sofea kepada Datin.

"Umi tak setuju atau pun Sofea kahwin sajalah dengan anak manja umi tu si Aiman. Macam mana, nak tak?", Datin tidak bersetuju dengan pendapat Sofea lantas dia cuba untuk memancing Sofea agar dapat menerima anak sulungnya itu.

"Tapi Datin..", Sofea cuba untuk bercakap tapi dipotong oleh Aiman secara tiba-tiba yang entah dari mana dia muncul.

"Kenapa Sofea tak nak kahwin dengan Aiman? Aiman ni jahat ke? Umi, Aiman nak pinjam Sofea kejap boleh?", tanya Aiman sambil meminta izin kepada uminya untuk membawa Sofea ke kolam ikan di halaman rumah agamnya itu.

"Baiklah tapi nanti masuk balik jangan kamu merayap ke mana-mana. Umi dah siapkan minum petang ni, tunggu abah kamu balik saja ni baru kita makan", jawab Datin Alia lalu menyambung semula kerjanya.

Aiman mula keluar diikuti Sofea dari belakang. Sesampai saja mereka di kolam itu, Sofea mula menjawab kembali pertanyaan Aiman.

"Aiman tak jahat tapi Sofea ni yang tak sesuai dengan Aiman. Aiman berhak dapat yang lebih baik berbanding Sofea."

"Bagi Aiman, Sofea lah gadis idaman Aiman. Aiman nak memperisterikan Sofea untuk dijadikan permaisuri hidup bukannya untuk tatapan saja.

Sofea mula berdiam diri lalu berkata

"Tapi Sofea tak cinta malah sayangkan Aiman, takkan Aiman nak kahwin dengan orang yang tak sayangkan Aiman?"

"Sofea, cinta dan sayang boleh dipupuk selepas nikah.", jawab Aiman.

Setelah itu Sofea hanya mengangguk sambil berkata

"Kalau macam yang Aiman nak untuk Sofea membalas segala kebaikan Aiman, Sofea sudi.", jawab Sofea dengan senyuman yang cuba dipaksa.

"Aiman tak minta Sofea untuk balas budi Aiman, Aiman buat semua tu ikhlas kerana Allah. Kalau Sofea tak sudi terima Aiman, tak apalah mungkin Sofea bukan jodoh Aiman", Kata Aiman seperti berjauh hati dengan kata-kata Sofea lantas bangun dari situ untuk masuk semula kedalam rumah agam itu.

Sofea terkejut dengan kata-kata Aiman lalu membiarkan saja Aiman berlalu pergi. Sofea mula memikirkan kembali kata-kata yang Aiman tujukan kepadanya.

"Aku kena terima ke? Mungkin Aiman yang terbaik untukku tapi layakkah aku? Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku. Berilah hambamu ini petunjuk untuk menentukan segalanya.", kata Sofea di dalam hati.

Ketika dia mula bangun dari situ, dia terlihat seseorang yang agak berumur baru sahaja keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam rumah. Dia pun segera masuk lalu memberi salam.

"Assalamualaikum", kata Sofea.

"Waalaikumussalam", jawab ketiga-tiga orang yang ada sudah duduk di ruang tamu di dalam rumah agam itu.

"Duduklah sini Sofea, ini umi nak kenalkan. Ini abah Aiman dan suami kepada umi, Dato' Ayyan namanya dan kamu panggil saja abah.", kata Datin Alia mengundang ketawa Dato' Ayyan.

"Duduklah Sofea, abah nak kenal-kenal juga dengan kamu ni", pinta Dato' Ayyan.

"Baiklah Dato'", kata Sofea.

"Abang jangan risau, nanti biasalah Sofea. Dia belum biasa panggil kita. Makanlah Sofea, umi dah sediakan ni haa", Kata Datin Alia lalu memperlawa Sofea untuk makan.

Sofea mengangguk lalu cuba untuk berkata

"Sofea ada benda nak cakap, ehem. Sofea terima lamaran u.. umi untuk satukan Sofea dengan Aiman.", kata Sofea dengan nada di tahan-tahan.

"Tapi Aiman tak nak paksa Sofea kalau Sofea buat keputusan ni sebab terpaksa membalas budi Aiman. Aiman tak nak semua tu.", jawab Aiman sambil berharap bahawa Sofea terima dia bukan kerana ingin membalas budinya.

"Tak Aiman. Macam Aiman katakan, cinta dan sayang boleh dipupuk mungkin ini masanya.", kata Sofea kembali.

Dato' Ayyan yang tidak mengerti akan perbincangan tersebut mula bersuara.

"Kenapa ni? Ada apa-apa yang abah tak tahu ke? Sayang, kenapa ni?, tanya Dato' Ayyan lantas berpaling menghadap isterinya.

Datin Alia mula menceritakan segalanya di depan anak beranak itu setelah Sofea membenarkan Datin Alia untuk membongkar rahsia tentang perihal hidupnya dan juga tentang dirinya untuk disatukan dengan Aiman.

"Ya Allah, abah simpati terhadap kamu Sofea. Abah pun berkenan sangat dengan kamu. Kalau macam tu, kita jangan tangguh-tangguhkan lagi. Sabtu depan tarikh nikah akan dilangsungkan serta merta." Kata Dato' tanpa menunggu cadangan dari sesiapa pun.

"Cepatnya abah, kenapa awal sangat? Tunang dulu tak boleh ke?", tanya Aiman walau pun hatinya sudah berbunga-bunga kerana bakal menjadikan Sofea sebagai suri rumahnya.

"Buat apa nak tunang-tunang, benda baik tak boleh ditangguh-tangguhkan. Cepatlah juga abah dengan umi ni nak timang cucu", kata Dato' Ayyan mengundang ketawa uminya.

"Haa, betul kata abah kamu tu Aiman. Kami nak juga merasa ada cucu. Pasal adik kamu, nanti umi ceritakan. Eh dah balik dah kamu Aisyah? Awalnya. Bagi salam pun tidak?", kata-kata umi terhenti tatkala terlihat Aisyah yang baru masuk ke dalam rumah.

"Eh? Lupa. Hahaha. Assalamualaikum umi, abah, abang, Kak Sofea.", kata Aisyah lalu duduk bersebelahan dengan Sofea.

"Eh Aisyah? Aisyah ni adik Aiman ke?", tanya Sofea.

"Ha, kamu ni kenal Sofea ye Aisyah. Baguslah kalau macam tu.", kata Datin Alia lalu tersenyum.

"Hihi, surprise! Aisyah saja je tak nak kasi tahu akak. Sebenarnya dah lama Aisyah balik, Aisyah dah dengar dari luar semuanya. Hahaha", kata Aisyah lalu mengambil sedikit kuih yang uminya buat itu.

"Lagi senang kalau macam tu, tak adalah umi nak repeat balik", jawab umi diikuti ketawa Sofea.

Satu keluarga itu menikmati minuman petang itu dengan borak-borak kosong. Sofea mula berasa sedikit gembira kerana berjumpa dengan keluarga yang amat baik hati. Hatinya berasa aman ketika itu.

Kebahagiaan Di PenghujungnyaWhere stories live. Discover now