"Hidup ini adil sebenarnya. Senang kata, apa yang kau buat hari ni, itulah yang kau dapat pada masa hadapan."
******
"ARGHH!!" Fafa memekik nyaring di dalam biliknya sebelum dia menolak semua barangan di atas meja soleknya sehingga jatuh berterabur di atas lantai.
Nafasnya turun naik. Berombak kencang dadanya dilambung amarah menggila. Hidungnya kembang kempis laksana buffalo yang dipacu rasa marah. Meroyan sial minah ni kali ni.
Mundar-mandir Fafa di dalam biliknya. Rasa sakit yang menjalar di dasar hatinya hanya iblis yang tahu. Kalau dia boleh menyembur api, sudah terbakar hangus rumahnya!
Tiba-tiba dia teringatkan panggilan daripada spy yang diupahnya di sekolah sebentar tadi.
"Aku nampak minah skema tu bercakap bukan main baik lagi dengan Cikgu Kamal!" Suara di talian mula memasuk jarum.
Fafa terdiam. Hatinya dijentik rasa dangkal. Dia menarik nafas, tangan digenggam sebelum perlahan-lahan menjatuhkan setengah badannya ke katil manakala sepasang kakinya terjuntaian di birai katil.
"Maksud kau apa, Nal?"
Nal ketawa kecil dalam talian.
"Aku dengar... minah tu cakap macam ni, 'Cikgu! Cikgu kata nak bawak Kinah gii fun fair kalau Kinah score subjek cikgu. Cikgu jangan mungkir janji, nanti Kinah merajuk, cikgu kena pujuk Kinah setiap hari! Uhuk! Uhuk!'" Nal sengaja menggedikkan suara secara berlebihan apabila menyampaikan dialog Sakinah. Masalahnya, apa yang diperkatakan itu, palsu belaka. Nal hanya mempersembahkan cerita yang sebaliknya.
Fafa mengetap bibir. "Betul ke apa yang kau cakap ni, Nal. Setahu aku, minah tuh pendiam tahap mati. Reti ke dia bercakap macam tu ngan Cikgu Kamal?" soal Fafa, susah untuk dia percaya cerita Nal kerana dia tahu personaliti Sakinah itu bagaimana.
Nal ketawa sinis.
"Pendiam tahap babun sekalipun, kau fikir dia tak reti bercakap. Kau jangan tak tau. Minah tuh cuma berlakon pendiam je depan kita. Apabila mereka berdua-duaan bersama, perghhh aku tengok cam gatal puki je minah tuh bercakap! Habislah Cikgu Kamal kau, Fafa!" ujar Nal lalu ketawa berdekah-dekah cam bapak rimau. Jap, bapak rimau reti ketawa ke?
Fafa mula dilambung rasa amarah setinggi langit ke tujuh. Dia rasa terbakar satu badan. Hatinya dimamah cuka. Seraut wajah bernama Sakinah menjelma di ingatan menerbitkan rasa benci yang teramat!
"Hmmm... okeylah Fafa. Aku ada kerja ni. Aku tamatkan panggilan dulu. Buh-bye," ucap Nal lalu talian diputuskan. Nal yang turut berada dalam biliknya tersenyum sinis. Puas hatinya! Habislah Sakinah nanti dikerjakan Fafa. Sekali Fafa benci seseorang, ke lubang neraka sekalipun Fafa tidak akan lepaskan.
Nal melabuhkan punggung di birai katilnya. Sengaja dia mereka-reka cerita tentang Sakinah walaupun apa yang dia lihat di bilik guru sebentar tadi adalah sebaliknya. Sakinah memang tak guna! Getus hati Nal. Sebelum Sakinah datang, akulah pelajar terbaik sekolah tu. Bila minah tu datang je, terus dia rembat semua nama cemerlang aku. Dia jadi nombor satu, aku pula nombor dua sampai sekarang! Dan sekarang aku nak kau rasa penderitaan paling dalam. Kahkahkah! Nal ketawa dalam hati, dia membetulkan cermin mata tebalnya sebelum mencapai buku pelajaran tebal nak mampus dan mula mengulangkaji.
YOU ARE READING
Bad Witch's Love Story
RandomAmaran : Cerita ini mengandungi penggunaan bahasa kesat yang terlampau. Maafkanlah Adriana. :')