Hari di mana Sofea dan Aiman bakal diijabkabulkan sudah tiba. Sofea masih berada di dalam bilik menunggu masa untuk keluar sambil itu mukanya tak henti-henti di tepek-tepek bedak oleh Aisyah.
"Sudah la tu Aisyah, akak dah rimas ni. Kenapa kena pakai benda-benda ni semua, tak payah pun tak apa", kata Sofea yang sudah mula rimas dengan perkara yang dilakukan oleh Aisyah.
"Eh akak, mana ada pengantin tak makeup time hari bahagia dia. Akak ni pelik ar, lagi pun sikit je Aisyah buat ni haa. Kalau akak nak tahu, cantik gila akak. Mesti mata lelaki kat luar sana nanti terpegun sebab tengok akak tapi akak dah jadi milik abang Aiman so kena jaga-jaga. Hahahaha", balas Aisyah dengan nada bergurau.
"Ada-ada jelah kamu ni Aisyah, akak biasa-biasa je.", jujur Sofea yang menganggap bahawa kata-kata Aisyah hanya gurauan.
"Biasa apanya akak. Itulah, Aisyah suruh tengok cermin, akak tak nak. Akak, jom kita selfie sikit buat kenangan.".
Aisyah mengeluarkan iPhone nya lalu merapatkan diri dengan Sofea lalu beberapa gambar di ambil. Mereka lihat kembali gambar melalui iPhone Aisyah lalu masing-masing ketawa kerana pelbagai memek wajah mereka telah buat. Semuanya pelik tapi masih menampakkan kecantikan mereka.
"Eh umi! Jom la join kitorang selfie", kata Aisyah apabila uminya tiba-tiba muncul dari celah pintu.
"Ya Allah budak-budak ni. selfie ke, wefie ke, itu nanti-nantilah. Ni kenapa tak turun lagi? Cepat! Tok kadi dah sampai, semua dah sedia dekat bawah. Tunggu kamu berdua saja yang turun tapi batang hidung pun tak nampak-nampak, itu yang umi naik", tegur Datin Alia kepada dua orang gadis di dalam bilik itu.
"Eh yeke? Jom akak", bangun Aisyah lalu menghulurkan tangan untuk menyambut Sofea untuk mengajak berdiri.
"Err, Aisyah! Akak nak pakai purdah boleh tak? Tiba-tiba akak rasa nak pakai la. Umi boleh tak?", pinta Sofea kepada Aisyah dan umi.
"Ya Allah, lagi manis Sofea. Kejap umi cari, tak silap umi ada lagi purdah lama arwah nenek Aisyah dulu", terus umi mencari purdah yang dimaksudkannya di dalam laci almari bilil itu.
Selepas menjumpainya, dia terus memakaikan purdah itu untuk bakal menantunya. Mereka pun turun sambil berdoa di dalam hati semoga majlis ini berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, selepas melalui beberapa soalan dan diikuti beberapa nasihat tok kadi. Lalu tok kadi berjabat tangan dengan Aiman,
"Muhammad Aiman Iskandar bin Ayyan Sufian, aku nikahkan akan dikau dengan Katrina Sofea binti Johan dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai".
"Aku terima nikahnya Katrina Sofea binti Johan dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai", jawab Aiman sedikit gugup tapi mampu mengucapnya dengan lancar.
"Sah?", kata tok kadi.
"Sah sah", jawab semua orang yang berada di majlis itu serentak.
"Alhamdulillah", kata mereka lalu menadahkan tangan untuk berdoa. Majlis yang diadakan di rumah agam itu berjalan dengan lancar dan Sofea sah bergelar isteri kepada Aiman.
Usai doa, Aiman bangun menuju ke arah Sofea iaitu isterinya bagi melaksanakan sesi pembatalan air wuduk.
Aiman memandang Sofea lalu duduk berhadapan dengannya. Aiman langsung tidak dapat melepaskan matanya dari memandang mata Sofea yang nampak indah itu.
"Berapa lama lagi abang nak pandang aja akak Sofea? Cepatlah ambil cincin ni pastu sarungkan dekat jari manis akak Sofea", kata Aisyah yang duduk bersebelahan dengan Sofea tanpa berselindung.
Kata-kata Aisyah mengundang ketawa di dalam rumah agam itu dan ini membuatkan Aiman diserbu rasa malu lalu dia mengambil kotak cincin dari tangan Aisyah sambil membuang jelingan kepada Aisyah. Aisyah hanya tersengih dan mula mengambil gambar abang dengan kakak iparnya.
Aiman berasa gugup kerana Sofea menghulurkan tangannya untuk disarungkan cincin itu dan bersalam dengannya. Aiman menyarungkan cincin itu di jari Sofea lalu tangannya dicium lembut oleh bibir manis Sofea. Saat itu jugalah dia mencium dahi licin Sofea dengan penuh kasih sayang. Kesempatan itu telah memberi peluang kepada jurugambar yang berdaftar dan tidak berdaftar mengambil peluang untuk merakam saat bahagian bagi dua mempelai ini.
Majlis itu berjalan dengan lancar sekali dan umi memperlawa semua hadirin bagi menjamu sedikit makanan yang telah disediakan oleh pihak catering. Tetamu tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Aiman dan Sofea kerana telah sah menjadi suami isteri.
Selepas semua tetamu pulang dari majlis itu, Dato' Ayyan dan Datin Alia terus duduk di ruang tamu. Wajah mereka menggambarkan bahawa mereka sangat letih. Semua kerja mengemas rumah itu semula telah di upah oleh Dato' Ayyan. Dia tidak mahu keluarganya berpenat lelah mengemas pada hari yang berbahagia ini.
Pada malam usai solat maghrib dan isyak secara berjemaah yang diimamkan Dato' Ayyan, mereka semua berkumpul di ruang tamu bersama saudara mara yang datang jauh dari luar negeri. Tidak sangka bahawa suaminya mempunyai keluarga yang besar.
"Aiman, kamu ajaklah isteri kamu tu berehat dalam bilik sana. Mak Long tengok dah terlentok-lentok dia dekat sofa tu", arah Mak Long kepada Aiman.
Semua mata memandang Aiman dan Sofea bergilir-gilir dan itu menyebabkan Sofea tiba-tiba tersedar dari ngantuknya setelah terdengar namanya disebut.
"Sofea, jom masuk bilik. Tidur dalam bilik ye, Sofea penat ni. Jom Aiman teman", kata Aiman dengan lembut supaya dapat mengajak Sofea tidur di bilik.
"Ah, a.. Sofea tak ngantuk lagi la Aiman. Lagi pun, tak sopan la kalau tidur tapi keluarga Aiman masih kat sini", kata Sofea menahan malu kerana mata-mata di situ memandangnya sambil tersengih-sengih.
"Alaa, jangan risaulah. Kami ni dah biasa macam ni, Sofea kan penat. Pergi naik tidur ye sayang. Lagi satu, cubalah panggil panggilan yang sedap didengar. Sayang ke, honey ke, bi ke, abang ke. Ikutlah apa-apa pun, janganlah panggil nama. Kamu berdua tu dah jadi suami isteri.", kata umi.
"Is nak kawan abang Aiman, abang buat adik untuk Is boleh?", pinta si kecil Iskandar tiba-tiba.
"Bab panggilan tu boleh tapi bab yang Iskandar mintak tu ah.. a.. abang..", Aiman gagap disoal seperti itu.
Riuh terus suasana disaat si kecil itu bersuara.
"Belum boleh lagi la Is, Is nak adik ke? Nanti papa bagi ye sayang", kata Jefri iaitu Pak Su Aiman sambil menjeling ke arah isterinya.
"Ish abang ni, apa cakap macam tu dekat sini. Malu la saya.", Mak Su memukul manja suaminya sambil menyorokkan mukanya.
"Macam-macamlah kamu ni Jefri. Hahahaha .. ha Aiman? Sofea?, apa yang tercegat lagi? Pergi masuk sana, malam pertama la suami isteri kena bersama-sama", kata Hajjah Maimunah iaitu Opah kepada Aiman.
"Baiklah Opah, jom sayang. Kita borak-borak dalam bilik, baru privacy sikit.", kata Aiman dengan nada mengoda. Mata-mata di situ hanya tersengih dan menggeleng sahaja dengan perangai Aiman yang tak habis-habis nak menyakat orang saja kerjanya.
"Ish apa ni a.. a.. abang, malu la Sofea", kata Sofea lalu bangun beriringan dengan Aiman naik ke bilik.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Di Penghujungnya
AcakMengisahkan tentang seorang gadis kacukan yang bernama Katrina Sofea dan seorang pemuda iaitu Aiman Iskandar. Pertama kali Aiman melihat Sofea, hatinya seperti sudah terpaut. Dan Sofea, gadis yang ikut sahaja mana yang baiknya. Mereka disatukan sele...