Di dalam bilik
"Ah, penatnya.", kata Sofea lalu merebahkan badannya sebaik sahaja masuk di bilik mereka yang dihiasa warna putih bercampur perang keemasan.
Sofea terus terbangun dari baringannya lalu duduk. Dia berbuat demikian kerana dia baru sahaja tersedar bahawa dia bersama suaminya.
"Eh? Kenapa ni? Kata sayang mengantuk? Tidur la, ke nak abang dodoi kan?, kata Aiman mengusik.
"Ish apa ni Aiman, janganlah. Hahaha", jawab Sofea malu dan tanpa dia sedar dia telah pun memanggil suaminya dengan panggilan nama.
"Tengok tu, kan Opah suruh jangan panggil nama. Panggil la abang, kan sedap didengar. Sayang tak suka ke?", duga Aiman sambil duduk di berhadapan dengan isterinya.
"A.. a.. abang, Sofea minta maaf. Tak sengaja. Hihi", kata Sofea lalu tersenyum.
Aiman terpegun seketika dengan senyuman isterinya lalu automatik tangannya bergerak ke arah kepala isterinya sambil membuat isyarat mata kepada isterinya agar tudung dikepala isterinya dapat dia buka.
Sofea faham dan mengerti kehendak Aiman lalu hanya tersenyum tanda mengizinkannya. Selama ini, dia tidak pernah memberi mahkotanya dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya dan mahkota ini hanya boleh dilihat kepada suaminya yang sah dan suami itu ialah Aiman.
Dengan gemuruh, Aiman membuka perlahan-lahan tudung Sofea sambil dibantu oleh Sofea. Akhirnya, Aiman lagi sekali terpegun setelah tudung isterinya itu tercabut dari kepala. Hatinya telah cair entah keberapa termasuk kali ini. Rambut yang panjang dan kehitaman, lembut sungguh disaat Aiman menyentuhnya. Aiman seperti terpukau dengan kecantikan asli milik isterinya. Mata yang jernih, kulit yang putih mulus, hidung yang agak mancung dan bibirnya yang comel tapi masih sexy di mata Aiman.
Darah merah menyerbu wajah Sofea tatkala Aiman merenung matanya dan dia tahu bahawa Aiman juga merenung bibirnya.
Nafsu Aiman tiba-tiba sahaja datang sebaik sahaja merenung bibir pink milik Sofea. Dia teringin sekali ingin mengucup bibir lembut itu.
Aiman mula mendekatkan wajahnya dengan wajah Sofea. Makin lama makin hampir dan kedudukan wajah mereka hanyalah 2cm.
Jantung Sofea bagaikan mahu meletup kerana kedudukan wajah mereka sangatlah dekat. Tanpa dia sedari, dia telah pun menutup mata seperti tahu-tahu sahaja apa yang bakal terjadi.
Aiman tersenyum tatkala melihat Sofea menutup mata. Aiman mula mendekatkan lagi dan CUP!! Aiman mengucup lembut lama di bibir Sofea dan di akhiri dengan kucupan di dahi Sofea.
"Terima kasih sebab benarkan abang cium sayang. Sayang pakai lips balm perisa strawberi eh? Hahaha. Dan terima kasih juga sebab sudi terima abang. Dan kalau sayang nak tahu, abang dah lama jatuh hati dekat sayang sewaktu sayang tengah tidur dekat kotak-kotak bawah rumah abang", kata Aiman sebaik sahaj melepaskan bibirnya dari dahi Sofea.
"Abang ni kan tapi be.. be.. betul ke bang sukakan Sofea masa tu? Terima kasih bang sebab sudi terima Sofea. Sofea doakan agar rumah tangga kita ni kekal hingga ke akhirat nanti", balas Sofea sambil tunduk kerana malu.
"Betullah tu, dah la. Sayang mesti penat sebab kena layan tetamu yang datang hari ni, dah jom tidur.", kata Aiman lantas menarik Sofea untuk berbaring di sebelahnya.
Sofea hanya menurut lalu berbaring menghadap suaminya itu. Terkejut dan hampir gugur jantungnya kerana suaminya menariknya agar tidur sambil berpeluk.
Aiman memandang lama isterinya itu lalu menarik isterinya agar tidur di dalam dakapannya. Aiman memeluknya lalu mencium ubun-ubun isterinya dan akhirnya mereka tidur dalam keadaan yang sangat lena.
Kringgggg!!!
Aiman tersedar dari tidurnya kerana bungi jam loceng yang bising itu. Dia melihat jam yang telah menunjukkan pukul 6 pagi. Dia memandang ke sebelah dan terlihat isterinya itu sedang nyenyak tidur berbantalkan lengannya.
"Sayang, bangun sayang. Kita solat subuh ye", lembut sahaja Aiman mengejutkan isterinya lalu dia mengucup dahi Sofea.
"Sekarang pukul berapa bang?", kata Sofea dalam keadaan mamai lalu memeluk lengan suami yang difikirnya ialah bantal peluk.
Aiman hanya tersenyum lalu berkata
"Dah pukul 6 sayang, kalau tak nak bangun nanti siap abang kerjakan sayang", gurau Aiman tiba-tiba dan menyebabkan Sofea terus tersedar dari tidurnya.
"Abang ni, malulah Sofea. Abang pergi la bersihkan diri dulu, biar Sofea sediakan baju dan bentangkan sejadah", arah Sofea lalu Aiman bangkit mengambil tuala dan terus ke bilik air seperti yang diarahkan Sofea.
"Alhamdulillah, rajin isteri aku ni.", kata Aiman ketika berjala ke arah bilik air.
Usai mandi, Aiman hanya keluar dari bilik air hanya bertuala paras lututnya dan ini menampakkan badannya yang sedikit sasa. Mungkin ini hasil bagi dia yang selalu ke gym ketika dia mempunyai masa lapang.
Sofea terus menutup matanya dengan baju kerana malu setelah terlihat Aiman yang tidak berbaju.
"A.. abang ni kan, kenapa tak pakai baju masa dalam bilik air tadi?", tanya Sofea sedikit gagap.
"Kenapa kena pakai dalam bilik air? Sofea tak suruh abang pakai baju dalam bilik air tadi pun. Malu eh? tengok badan abang yang sexy ni?", gurau Aiman lalu mula mendekatkan dirinya ke arah Sofea.
"A.. apa.. abang ni, pergilah sana pakai baju.", Sofea gemuruh kerana Aiman yang sudah pun berada dekat dengannya.
Tangan Aiman mula bergerak dan sedikit dekat dengannya.
"Haha. Tahu takut, abang nak ambik ni je. Sayang jangan risau, nanti dah selesai semua kenduri kendara baru sayang kena rasa takut. Hahaha. Dah pergi sana mandi, buchuk la sayang ni. Cepat sikit abang tunggu.", kata Aiman lalu mengambil bajunya yang berada di tangan Sofea.
"Ish buat malu aku je, baik aku cepat takut tertinggal solat pula kejap lagi", kata Sofea di dalam hati lalu bangun dan mengambil tuala terus ke bilik air.
Sofea mandi begitu cepat. Usai mandi dia terus menjengukkan kepalanya keluar.
"A.. a.. abang, boleh tak ambilkan pakaian Sofea dekat situ", tunding Sofea ke arah pakaiannya dengan sedikit malu kerana dia lupa sebentar tadi untuk membawa sekali pakaiannya ke dalam bilik air. Dia belum bersedia untuk mengenakan pakaiannya dihadapan suaminya yang sah itu.
"Kenapa tak pakai je dekat sini? Bukan ada siapa-siapa nampak melainkan abang? Hihi.", gurau Aiman lalu mencapai pakaian Sofea.
"So.. Sofea belum bersedia lagi, cepatlah bang", gesa Sofea lalu memasukkan lagi mukanya dan hanya menampakkan mata sahaja setelah Aiman berada betul dihadapan pintu bilik air itu.
"Nah, woaw.. warna biru laut. Cantik, pandai sayang pilih. Hihihi", miang suaminya datang mungkin telah melihat pakaian dalamnya sebentar tadi.
Sofea membuntangkan matanya lalu terus menutup pintu setelah pakaiannya dia ambil. Dia terus menyarungkan pakaiannya dan keluar dari situ.
Dia mendapati Aiman sedang membaca al-quran di atas sejadah mungkin ketika menunggunya siap mandi. Sofea terus berdiri di belakang Aiman sambil memakai telekung yang dihadiahkan oleh uminya. Mereka berdua pun mula solat subuh berjemaah yang diimamkan Aiman.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Di Penghujungnya
عشوائيMengisahkan tentang seorang gadis kacukan yang bernama Katrina Sofea dan seorang pemuda iaitu Aiman Iskandar. Pertama kali Aiman melihat Sofea, hatinya seperti sudah terpaut. Dan Sofea, gadis yang ikut sahaja mana yang baiknya. Mereka disatukan sele...