#13

5K 157 23
                                    

2008

"Hey Madi. Can I have your phone number?"

Humaira menegur aku pada hari terakhir kem di Janda Baik.

Aku sebenarnya malas nak bagi. Aku malas nak layan orang gila macam dia ni.

Kalau orang gila jumpa dia ni pun, aku rasa boleh jadi waras balik orang gila tu.

"Nak buat amenda? Nak kacau saya dengan hantar gambar porno pulak?"

Keras betul sindiran aku. Ego dan aku berpisah tiada. Marah aku belum habis.

"Janganlah cakap macam tu. Saya nak simpan sebab saja je. At least saya ada save nombor orang yang pernah selamatkan saya untuk terus hidup sampai sekarang."

Bagai termakan dengan pujiannya, aku tulis juga nombor telefon aku di atas kertas. Lalu aku serahkan pada dia.

"Tak payah bagi nombor awak. Saya taknak nanti saya jadi gila sama."

Humaira mencebikkan bibir. Aku mengangkat beg baju aku untuk menuju ke bas.

"Madi?"

"Apa lagi?"

"Kita akan jumpa lagi?"

"Tak hingin la saya nak jumpa dengan orang gila."

Aku mengatur langkah menuju ke arah bas.

Setapak.

Dua tapak.

Aku berhenti. Aku toleh ke belakang. Dia masih di situ. Aku patah balik.

"Maira, saya mintak maaf banyak-banyak andai kata selama kita dekat sini, saya lukakan hati awak ke apa ke, saya minta maaf. Dan terima kasih kerana percaya pada saya semasa dan ketika kita sesat dulu. Saya berterima kasih juga kerana jadi satu-satunya kawan perempuan saya dekat sini."

"Saya dah terluka dah pun.."

Babi.

Tu sebab aku malas beralah dengan dia ni!

"Sure ke satu-satunya kawan perempuan awak? What about her?"

Humaira menjuihkan bibirnya ke arah Marina yang sedang memandang ke arah kami, dengan pandangan yang sangat cemburu.

"Let her be."

"Btw, gambar tadi sweet. Hahaha!"

Okay, kita throwback sikit ke beberapa episod lepas. Ingat lagi tak scene aku dengan Marina tidur dalam bas dengan terlentok di bahu satu sama lain?

Gambar tu muncul di slide show penutup kem tu.

Kerja siapa lagi kalau bukan si Leman babi?

2009

Aku tiba di kampung halaman aku. Udara di kampung yang segar, aku tarik dalam-dalam. Rumah nenek aku tak jauh dari Gunung Ledang. Udara yang baik, yang aku takkan dapat di bumi Kuantan.

TET TET! TET TET!

Bunyi klasik Nokia tanda satu pesanan ringkas masuk ke dalam inbox aku.

"Hey. Ad mne?"

Aku dengan confident membalas mesej tu dengan tenang.

"Kg bro. Nx lpk mggu dpnlah."

Telefon itu aku masukkan semula ke dalam poket. Aku bersiar-siar di sekitar rumah nenek aku.

Pokok rambutan dah mula berbuah. Aku fikir, petang nanti best kalau aku dapat petik, makan sampai suara aku serak.

Indah beb. Untuk budak bandar seperti aku, bukan selalu dapat tengok pokok rambutan.

DiaWhere stories live. Discover now