Cerita ini hanya rekayasa sahaja, tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada, jika ada persamaan ianya hanyalah sebuah kebetulan.
Sengaja Sara Diana pergi ke lunch agak awal, hanya untuk melihat wajah seorang promoter Singtel yang bernama Danial Martin. Sungguh dia ketagih melihat wajah tampan itu bersemangat untuk menyampaikan promosi yang berlangsung, walhal pemuda itu berkerusi roda. Ada sesuatu yang menarik perhatian wanita itu. Senyumanya..ya…sekuntum senyuman milik Danial Martin. Pernah beberapa kali lelaki itu menegurnya untuk mendapatkan package ‘Fibre BroadBand Bundle’. Mungkin lelaki itu tidak perasan bahawa dia pernah ditawarkan package yang sama berberapa kali dan tiap kali ditanya pasti ditolaknya ataupun lelaki itu jenis yang pantang menyerah. Bukan kah ada yang berkata. “If they aren’t your customer today, they might be next time.” Petang Khamis Danial Martin tiada kelihatan, Sara Diana jadi tertanya-tanya, maka lunch time pada hari itu sangat menghampakan. Jam sudah menunjukkan jam enam petang. Sara Diana memadamkan computer ribanya lalu dia meninggalkan pejabat. Untuk menuju ke MRT, terpaksalah dia berjalan kaki dan kemudian melintas jalan. Ketika melintas jalan, dia tidak perasan akan kereta Honda City yang berwarna hitam menyuru ke arahnya, namun tubuhnya terasa di tolak dan dia menyedari bahawa yang menyelamatkannya malah promoter Singtel itu. Danial Martin sudah berbaring di lantai, dahinya kelihatan berdarah, mungkin sebab bergesel dengan permukaan jalan raya yang agak kasar. Kerusi rodanya pula sudah tercampak di pinggir jalan raya kereta itu pula sudah meninggalkan tempat kejadian. Sara Diana menarik Danial Martin ke tepi jalan raya. Lelaki itu kelihatan cuba menahan kesakitan. Sara Diana menjadi tidak tentu arah. Dia mengeluarkan sepaket tisu lalu sehelai demi sehelai tisu itu di gunakan untuk mengelap darah yang mengalir.
“You ok ke tidak ni? Kenapa nekad tadi?” Nada Sara Diana khuatir.
“Ok, I OK..” Danial Martin masih dengan senyumannya yang cukup memikat.
Dia masih menekap darah yang mengalir. Tidak tentu arah Sara Diana melihat wajah yang putih itu di comoti darah pekat.
“Betul ke ni?” Sara Diana cuba memastikan keadaan Danial Martin.
Perlahan lelaki itu mengangguk, bahkan sempat menguntum senyuman.
“Cuma…boleh tak you tolong ambilkan kerusi roda I?” pinta pemuda itu.
Lekas-lekas Sara Diana mengambil kerusi roda yang terletak hanya dua meter darinya lalu menyorongnya kearah Danial Martin. Danial Martin mencapai kerusi rodanya lalu senarik badannya naik kerusi roda itu, sementara Sara Diana hanya memandangnya sahaja, tidak tahu dengan cara apa yang harus dia bantu. Kejadian itu berlaku terlalu pantas sehinggakan Sara Diana tidak tahu bagaimana untuk beriaksi ataupun mungkin dia masih terpaku kerana orang yang menyelamatkannya adalah orang yang dia simpan hati terhadap. Setelah Sara Diana mengucapkan terima kasih, Danial Martin memutar kerusi rodanya melalui arah bertentangan. Dia melihat ke kiri dan kanan, wanita itu tiada lagi pada pandangan, langsung dia masuk ke dalam sebuah kereta Toyota Alphard berwarna hitam.
“Task 1 success,” ringkas Danial Martin.Danial Martin, hanya menyamar sebagai promoter Singtel untuk beberapa minggu berhampiran dengan bangunan di mana Sara Diana bekerja. Sebenarnya dia seorang mata gelap bagi pihak kerajaan Singapura. Kini yang mereka syaki adalah adik kepada Sara Diana, Adam. Adam telah merancanakan sebuah plan yang sangat berbahaya. Tepatnya dia akan menanamkan sebuah mikrocip di sebuah kawasan Singapura, lalu mikrocip itu akan menyebabkan tanah di singapura bergegar. Gegaran yang agak kuat sehingga ia memberi kesan kepada dunia bahawa, kota Singapura yang aman juga sebenarnya sama bahayanya dengan Negara lain. Adam telah di bayar oleh pihak yang cemburu melihat kemajuan kota Singa yang semakin pesat membangun dan setiap tahun ramai yang ingin berhijrah ke sana disebabkan keamannya. Jadi untuk mendapatkan Adam, dia haruslah terlebih dahulu mendapatkan kakaknya, Sara Diana.
YOU ARE READING
Rahsianya
Short StoryDanial Martin, yang identitinya dikenali sebagai seorang promoter Singtel berkerusi roda oleh wanita bernama Sara Diana sebenarnya merupakan seorang ketua mata gelap. Yang di kehendakinya adalah Adam, adik kepada Sara Diana. Untuk menemui jejak Adam...