•Chapter 02•

166 15 0
                                    

Si Young mengambil tempat untuk duduk di sebelah Jota. Ketika itu, cahaya matahari tepat memancar ke arah mereka. Si Young berasa sangat panas dan tekaknya juga dahagakan air.

Jota: Cuaca sekarang panas bukan?
Si Young: Hmm... ya.
Jota: Nak air tak? Biar oppa yang pergi belikan.
Si Young: Boleh juga.
Jota: Tunggu di sini sekejap ya.

Jota melangkah terus ke kedai yang terletak jauh juga daripada tempat duduk Si Young. Dia membelikan Si Young setin air Cola sejuk kegemaran Si Young. Setelah dia kembali semula ke tempat Si Young, dia mendapati Si Young ditarik oleh 2 orang lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

Si Young: Oppa, tolong!

Tanpa banyak cakap, Jota terus memukul mereka berdua sehingga lembik. Badan Jota yang sasa itu memang dibinanya untuk melindungi orang yang dia sayangi. Lintang pukang 2 orang lelaki tersebut lari. Oleh kerana Si Young terlalu takut, dia terus memeluk Jota dengan erat.

Si Young: Oppa, terima kasih.
Jota: Saya dilahirkan untuk melindungi awak Si Young.
Si Young: Selama-lamanya?
Jota: Ya, selama-lamanya.
Si Young: Oppa janji?
Jota: Oppa janji.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Min Gyu pulang ke rumah dengan serabutnya. Dia melonggarkan tie yang dipakainya di lehernya. Diletaknya beg laptop miliknya di atas meja. Matanya tertarik pada sekeping gambar yang terletak di atas meja itu. Ditenung lama gambar kenangannya bersama Si Young dan pelajar-pelajar yang lain.

Min Gyu: Mana kau Si Young? Dah lama aku cari kau.

Dia melemparkan gambar itu di atas lantai lalu pecah berderai.

Min Gyu: Kalau aku dapat kau ni Si Young, aku akan culik kau dan paksa kau kahwin dengan aku.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Jota keluar sendirian ke sebuah kedai yang ada menyediakan coffee kegemaran Si Young pada malam itu. Dia berjalan dengan cepat tanpa melihat hadapan. Tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki yang tingginya lebih kurang 185 cm. Lelaki itu adalah Min Gyu yang juga sibuk melalui jalan tersebut untuk menghirup udara segar di luar.

Jota: Maaf.
Min Gyu: It's okay. Selamat malam.

Jota senyum dan terus masuk ke dalam kedai tersebut. Min Gyu tunduk ke bawah sebaik dia melihat identity card milik Jota terjatuh. Min Gyu segera mengambilnya. Dia memegang identity card milik Jota dan terus pulang ke rumah setelah dia tidak dapat mencari kelibat Jota.

Min Gyu: Lee Jong Hwa...

Esoknya, Min Gyu berniat untuk memulangkan balik identity card milik Jota pada tuannya semula. Dia keluar dari pejabatnya dan mencari alamat rumah Jota seperti yang tertulis pada identity card tersebut.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Si Young menunggu Jota di hadapan pagar pintu rumah Jota. Niatnya ingin mengajak Jota keluar bersama memandangkan hari ini Jota mempunyai peluang cuti.

Sebuah kereta mewah milik Min Gyu tiba-tiba berhenti di hadapan rumah Jota. Min Gyu keluar daripada keretanya itu dan berdiri di hadapan pintu rumah Jota. Dia menjeling ke arah Si Young.

Min Gyu: Lama tak jumpa... Si Young.

Si Young tidak membalas kata-kata Min Gyu. Dia menoleh ke arah lain.

Min Gyu: Tunggu Lee Jong Hwa juga ke?

Si Young masih lagi membatukan diri. Tidak lama itu, Jota membuka pintu rumahnya. Dia mempelawa Si Young dan Min Gyu masuk ke dalam rumahnya.

Jota: Ohh, kau yang semalam itukan?
Min Gyu: Ya, Nama aku Kim Min Gyu.
Jota: Min Gyu, Jemputlah minum teh ni dulu.
Min Gyu: Tak apalah. Aku datang ni sekejap je. Aku mahu pulangkan identiti card yang kau cicirkan semalam.
Jota: Terima kasih kerana kau jumpa. Puas aku cari satu rumah tak ada.

Mata Min Gyu tidak lepas memandang Si Young yang duduk diam bersebelahan dengan Jota. Dia bangkot dari kerusinya dan meminta diri untuk pulang. Min Gyu tersenyum misteri di sebalik pintu keluar rumah Jota.

"Akhirnya, aku jumpa kau Si Young... Aku nak nasihatkan kau, lari daripada aku sebelum aku ternampak kau. Aku dah ada plan untuk kau. Bersiap sedialah..." bisik hati Min Gyu sambil mengeluarkan senyumannya yang lebih menjengkelkan.

MARRIED TO THE CRUEL GUYWhere stories live. Discover now