Usai solat subuh, jam menunjukkan pukul 6.30 pagi dan mereka turun ke bawah untuk bersarapan. Suasana di bawah agak riuh kerana sanak-saudara yang datang dari jauh telah pun bangun dari tidurnya untuk menyiapkan segala kelengkapan bagi majlis perkahwinan Sofea dan Aiman yang akan berlangsung pada pukul 10 pagi.
Usai sarapan, mereka naik semula ke bilik untuk bersiap. Baju telah pun tersedia dan disangkut ke dalam almari. Seperti biasa, jurumekap yang berpengalaman telah pun berada di muka pintu. Hanya tunggu pintu dibuka dan dia akan memulakan tugasnya itu.
"Awal betul kamu nak makeup kak Sofea?", tanya Aiman kepada Aisyah sebaik sahaja pintu bilik mereka dibuka untuk membenarkan Aisyah masuk.
"Makeup lambat lagi, Aisyah ada benda nak cakap dekat akak ni haa", kata Aisyah lalu mengeyitkan matanya ke arah Sofea yang berada di sebelah Aiman.
"Apa yang kamu nak bagi tahu? Abang kena tahu tau kalau apa-apa yang berkaitan dengan Kak Sofea sebab dia isteri abang", gesa Aiman lalu memegang lengan adiknya itu.
"Abang ni, leceh la. Ini hal perempuan, abang perempuan ke?", tanya Aisyah lalu menolak tangan abangnya dari memengangnya.
"Eleh, dah la. Makeup kak Sofea tu jangan tebal-tebal sangat, kamu tu kalau makeup tak ingat dunia.", perli Aiman lalu keluar dari bilik untuk ke bilik sebelah. Dia juga perlu berdandan untuk nampak kacak di mata orang lain.
"Sedap je perli orang, dah la kak. Jom Sofea nak bagi tahu sesuatu", Aisyah mencebik lalu menarik tangan Sofea untuk duduk di katil selepas menutup pintu.
"Apa yang kamu nak bagi tahu akak ni Sofea?", tanya Sofea.
"Mm.. sebenarnya Aisyah ada suka dekat sorang lelaki ni. Dia boleh dikatakan perfect sebagai seorang lelaki tapi", kata Aisyah malu-malu.
"Wahh, adik akak ni dah besar. Hahahaha. Siapa orangnya? Duduk mana?", tanya Sofea lantas memeluk Aisyah.
"Dia orang sini jugak akak. Nama dia Syafiq Asyraf. Eh akak, jom la siap cepat nanti marah pulak abang dekat Aisyah sebab isteri dia belum siap", jawab Aisyah dengan senyuman yang tidak pernah hilang dibibirnya.
"Hahaha ada-ada saja kamu ni Aisyah, kejap akak pakai baju dulu", bangun Sofea lalu mencapai dress pengantinnya yang tersangkut di almari. Dia menuju ke bilik air untuk memakainya.
"Akak!!! Kenapa lama sangat tu?", jerit Aisyah dari luar sehingga menyedarkan Sofea dari dalam bilik air.
"Akak malu la nak keluar, dress ni cantik sangat sampai akak malu nak tunjuk dekat semua orang", jerit Sofea dari dalam.
"Apa yang nak dimalukannya tu, keluarlah dulu. Aisyah nak tengok, dah pukul berapa ni. Makeup pun belum lagi. Kejap lagi kita nak bertolak dah pergi dewan.", kata Aisyah untuk mengingatkan Sofea.
"Eh! Akak lupa la. Ye la, akak keluar", kata Sofea lalu dia membuka perlahan-lahan pintu dan menapak keluar sambil memegang dress nya yang labuh.
Rahang Aisyah bagaikan tercabut dari tempat asalnya tatkala melihat kakak iparnya mengenakan dress itu.
"Aisyah! Tutup mulut tu, masuk lalat nanti akak tak tahu", kata Sofea lalu menutup mulut adik iparnya.
"Ya Allah, indahnya ciptaan Allah. Aka dah macam bidadari tahu tak. Kulit yang putih mulus, tinggi, ramping, rambut panjang tapi akak pakai tudung lagi nampak manis.", puji Aisyah berlebihan membuatkan Sofea termalu-malu.
"Apa yang kamu merepek ni Aisyah, haha. Makhluk Allah semuanya indah-indah, dah-dah melalut tu. Cepat makeup akak sekarang, hari ni akak jadi raja sehari. Hahahahaha", gurau Sofea lalu menarik tangan Aisyah.
"Ahahhaha, baiklah tuan puteri. Saya akan laksanakan tugas saya seperti biasa. Sila duduk tuan puteri." Kata Aisyah lalu mereka berdua ketawa berdekah-dekah di bilik itu.
Selepas beberapa jam Aisyah menconteng muka Sofea dengan makeup nya supaya nampak cantik di mata orang-orang yang melihatnya, dia pun membantu Sofea memakaikan tudung. Aisyh tidak makeup Sofea seperti pengantin-pengantin yang lain, Aisyah hanya makeup simple kerana dia tidak mahu kecantikan asli Sofea hilang dengan makeup tebalnya.
"Wahhh, cantik hasil tangan kamu Aisyah. Akak suka, tak tebal. Nipis dan simple. I like it, thank you so much my dear", puji Sofea lalu mencium pipi Aisyah.
"Hihi.. well, ni Aisyah la. Hahahhaa. Jom la turun, nasib baik kita sempat akak sebab lagi 10 minit kita nak bertolak dah .. hahahaha ..", kata Aisyah lalu menunjukkan jam tangannya kepada Sofea.
"Ya Allah, lamanya kita dalam bilik ni. Jom la kalau macam tu.", kata Sofea lalu bangun bersama Aisyah dan keluar dari bilik itu.
Mereka berdua sudah pun siap dan turun ke bawah untuk ke dewan. Sebaik sampai di bawah, mata-mata di situ semuanya seperti Aisyah ketika pertama kali melihat Sofea berpakaian itu.
"Cantik anak umi, macam bidadari. Semua dah siapkan? Eh mana Aiman?", puji Datin Alia sambil tercari-cari anak lelakinya itu.
"Aiman kat sinilah umi, tu lah. Busy sangat pandang isteri Aiman sampai Aiman datang pun tak perasan.", kata Aiman yang baru sahaja turun dengan bergayanya sambil tersenyum.
"Mana umi nak perasan kalau isteri orang tu cantik sangat macam bidadari", kata uminya mengundang tawa di ruangan itu.
"Apa ni umi, malulah Sofea.", Sofea menutup mukanya dengan telapak tangan.
"Wahhh, cantik isteri abang. Lagi susahlah lepas ni abang nak keluar, tak boleh kalau tak menghadap muka isteri abang ni", kata Aiman lalu memeluk pinggang isterinya.
"A.. apa abang buat ni. Malulah", kata Sofea tergagap-gagap.
"Ish apa kamu ni Aiman, malu si Sofea ni. Tunggulah lepas balik dari kenduri pun kalau nak manja-manja. Jom la kita bertolak, semuanya dah siap.", kata Datin Alia lalu semua dia situ ikut sahaja tanpa membantah.
Kompang di kawasan dewan itu mula bergema tatkala kedua-dua pengantin itu keluar dari kereta. Majlis itu semakin meriah apabila Aisyah menyanyikan lagu untuk kedua-dua mempelai itu.
Tepat pukul 4 petang, semua tetamu yang hadir sudah pun pulang. Pekerja-pekerja yang kerjanya mengemas dewan itu sudah pun memulakan kerjanya. Keluarga baru Sofea dan Sofea mula keluar dari dewan untuk pulang setelah majlis itu tamat.
Ketika di dalam kereta, Sofea melihat sekilas suaminya yang sedang termenung. Dia cuba memulakan perbualan di antara mereka.
"Abang, kenapa termenung ni?", kata Sofea lembut.
"Ahh, eh tak adalah sayang. Abang cuma penat je, sayang rehatlah dulu. Malam nanti kita borak-borak, tak adalah penat malam nanti kalau sayang berehat awal.", usik Aiman.
Ish, apa la abang ni.", kata Sofea lalu mencubit lengan Aiman dan bersandar di bahu Aiman. Dia cuba untuk melelapkan matanya sekejap tapi tidak boleh kerana bahu Aiman sungguh keras.
"Kesian isteri abang ni, baring sini ye.", kata Aiman lalu mengalihkan kepala Sofea ke pahanya.
Sofea hanya menurut, selepas itu dia tertidur sambil tersenyum kerana kepenatan dan kebahagiaan yang baru diperolehnya.
Aiman kembali termenung mengenangkan apa yang dilihatnya ketika majlis perkahwinannya sedang berlangsung hari ini. Dia terlihat seorang gadis yang sedang tersenyum ke arahnya. Hatinya bagai terbelah dua ketika itu. Tanpa dia sedar, Aiman mengalihkan wajahnya ke arah Sofea dan gadis itu bergilir-gilir.
Tingkap diketuk dari luar, Aiman yang sedang termenung terperanjat kecil.
"Dah sampai ni, keluarlah.", kata uminya.
"Sayang, dah sampai ni bangunlah", angguk Aiman lalu mengejutkan isterinya yang sedang berbaring di pahanya.
Aiman melihat isterinya yang kepenatan lalu di berhenti mengejut dan membuka pintu. Dia mengangkat tubuh isterinya lalu masuk kedalam rumah.
"Eh? Kenapa tu?", tanya uminya yang risau tatkala melihat Aiman mendukung isterinya.
"Aiman kesian tengok Sofea, penat rasanya. Aiman naik dulu umi, nak baringkan Sofea", kata Aiman selepas berlalu naik ke bilik selepas uminya mengangguk.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Di Penghujungnya
Ngẫu nhiênMengisahkan tentang seorang gadis kacukan yang bernama Katrina Sofea dan seorang pemuda iaitu Aiman Iskandar. Pertama kali Aiman melihat Sofea, hatinya seperti sudah terpaut. Dan Sofea, gadis yang ikut sahaja mana yang baiknya. Mereka disatukan sele...