Ken terkedu. Bunyi apa tadi tu? Macam bunyi orang sedang menembak. Dia sudah mengerutkan dahi. Pelik. Takkan ada orang main tembak-tembak pulak. Pistol betul ke?
Tapi dekat sini tak ada orang pun. Puas dia mencari jika ada sesiapa yang boleh membantunya namun seorang pun dia tak jumpa.
Ketika dia ingin berdiri bagi melihat apa yang telah terjadi,seseorang sudah menekup mulutnya dari belakang dan memeluknya dengan erat.
Ah,sudah! Siapa pulak ni?!
Ken yang terkejut besar terus meronta untuk melepaskan diri tetapi kudrat orang di belakangnya cukup kuat sehingga menyebabkan dia semakin menggelabah.
Tiba-tiba.....
"Syhhhh... Baik kau senyap kalau kau rasa nak hidup dengan lebih lama. Kalau kau berhenti meronta aku lepaskan kau." ujar orang dibelakangnya.
Ken yang sudah tidak mampu berfikir kerana terlalu letih dan takut hanya mengangguk. Aduh,apa yang berlaku sebenarnya ni? Dalam fikirannya ketika ini hanya terbayang seraut wajah.
Wajah yang sentiasa mampu membuatkan dia merasa damai apabila di samping insan tersebut.Ibuuuuuu!!! Ken takut!!!!
------------------------------------------------------
Dapat dirasakan yang pelukan di tubuhnya semakin longgar. Perlahan-lahan Ken menoleh ke belakang. Kelihatan seorang remaja lelaki yang lebih kurang sebayanya sedang bertinggung dengan wajah yang tenang.
Remaja lelaki tersebut melekapkan jari telunjuknya di mulut dan dengan menggunakan isyarat tangan,lelaki itu mengajak Ken mengikutinya.
'Err,aku kena ikut dia ni ke? Buatnya orang jahat,aku jugak yang naya. Huh!' bisik Ken dalam hati.
Seperti sudah tahu tentang perkara yang bermain dalam fikiran Ken,remaja lelaki itu merapatinya dan berbisik.
"Aku Abid. Jangan risau,aku bukan orang jahat. Kalau kau rasa nak selamat,jom ikut aku."
Tanpa menunggu jawapan daripada Ken,remaja lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Abid itu terus beredar.
Ken hanya menurut. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia mengikut sahaja langkah Abid padahal ini merupakan pertemuan pertama antara mereka. Mungkin disebabkan wajah Abid yang tenang dan dia juga kelihatan seperti orang baik-baik membuatkan Ken sedikit mempercayai Abid. Lagi pula,dia juga tidak mengenali siapa-siapa di sini. Ken mengeluh. Hmm.
Perlahan-lahan mereka bergerak keluar dari bangunan yang telah roboh itu. Langkah mereka diatur kemas dan berhati-hati. Akhirnya,setelah mereka berjaya menjauhi bangunan tersebut dengan jarak yang agak jauh,Abid mula bersuara.