Sebaik sahaja sampai di bilik, Aiman meletakkan Sofea dengan berhati-hati di atas katil lalu berbaring menghadap isterinya.
"Ya Allah, aku bingung. Apa yang harus aku lakukan Kenapa dia kembali semula setelah aku sudah berumah tangga? Aku tak sanggup hendak kecilkan hati Sofea. Dia terlalu lemah untuk menerima semua ini. Eh??! Dah pukul berapa ni? Eh zohor lagi setengah jam nak habis. Sayang bangun sayang, kita solat dulu. Nak habis waktu dah ni.", Aiman bingung kerana gadis itu telah kembali ke Malaysia. Selepas itu, Aiman kejut Sofea perlahan untuk bangun solat.
"Mm.. ", kata Sofea lalu bangun menarik tangan Aiman sekali masuk kebilik air dalam keadaan mamai.
"Eh? Hehehe. Kenapa tarik abang ni? Nak ajak mandi sama ehhh?? Jom la, abang tak sabar ni.", kata Aiman lalu membuka bajunya.
"Mandi sama?!! Eh? Apa ni? Abang ambik wuduk dulu. Cepat sikit", Sofea terus tersedar dari mamainya sebaik terdengar ayat-ayat yang Aiman tuturkan tadi.
"Alaaa.. ambik wuduk je pun, boleh eh?", pinta Aiman.
"Yela2, dah cepat.", Sofea masuk semula la dengan Aiman.
Usai wuduk mereka terus solat berjemaah tanpa berkata apa-apa. Selepas habis solat, Sofea berganjak ke hadapan untuk bersalam dengan suaminya. Mereka berpandang seketika.
"Seronok tak tadi? Hihihi.", usik Aiman. Ketika mereka cuba mengambil wuduk tadi, Aiman tiba-tiba menjiruskan air ke kepala Sofea. Akhirnya, mereka mandi bersama selepas terdiam sesama sendiri ketika itu.
"Apa abang ni, malulah", kata Sofea malu-malu.
"Apa jua keadaan yang akan berlaku lepas ni, abang akan sedaya upaya takkan tinggalkan Sofea.", kata Aiman dengan nada yang bergetar lalu tersenyum ke arah isterinya.
"Sofea doakan semoga kita akan kekal bersama dan bahagia hingga ke akhir hayat", doa Sofea dalam hati lalu tersenyum ke arah suaminya.
Aiman bangun lalu menuju ke arah katil, dia ingat melepaskan penatnya disitu. Sofea memerhati suaminya lalu bangun dan mengemas sejadah dan telekungnya.
"Abang penat, maaf ye Sofea abang tak tolong kemas. Lepas kemas tu, baring sini sebelah abang", kata Aiman lalu menepuk-nepuk tilam.
"Tak apa, Sofea faham", kata Sofea. Dia menuju ke arah suaminya lalu baring sebelahnya.
Aiman terus peluk isterinya yang baru sahaja baring disebelahnya. Sofea hanya kaku dan tidak pula menolaknya seperti biasa. Mungkin dia sudah biasa dengan tingkah laku Aiman.
"Aii? Tak tolak pula abang? Selalunya kata malu. Hihihi", usik Aiman membuatkan badannya kesakitan akibat cubitan sayang dari Sofea.
"Mana ada. Lagi pun, dosa kalah tolak pelawaan suami", kata Sofea malu-malu.
"Kalau macam tu, abang nak..", kata Aiman dengan menggodanya lalu menghempap isterinya dan ditongkatkan dengan tangannya supaya dapat melihat wajah isterinya.
"A.. apa.. yang a.. abang nak.. So.. Sofea be.. belum sedia lagi", kata Sofea gagap lepas Aiman menujukkan sifatnya yang sebenar.
"Yeke? Abang nak..", kata Aiman sambil membuat mata yang menggoda lalu mendekatkan wajahnya ke wajah Sofea.
Sofea tahu apa yang akan terjadi dan dia telah pun menutup matanya. Aiman tergelak kecil melihat tingkah laku Sofea lalu dia cuma menguncup lembut pipi Sofea. Dia tidak akan melalukannya kalau Sofea tidak izinkannya. lagi pun, masih terlalu awal untuk semua ni.
Sofea membuka mata dan membuat muka pelik.
"Kenapa sayang?", kata Aiman sambil tersengih-sengih.
"Abang kata na.. nak..", malu Sofea mempersoalkannya.
"Abang tak nak buat lagi la sayang sebab sayang tak izinkan lagi. Lagi pun, awal sangat. Kalau Sofea mengandung nanti, apa kata yang lain-lain? Sofea juga malu. Hihihi", kata Aiman.
"Abang tak perlukan izin Sofea, Sofea dah jadi hak abang seratus peratus. Tapi betul juga, awal lagi la..", kata Sofea lalu tiba-tiba dia memeluk Aiman. Dia menguatkan diri dan berkata
"Abang, semenjak abang melafaz akad semalam. Hati Sofea bagai dah terpaut dekat abang. Sofea dah mula sayang dan cintakan abang. Sofea dah tak ada siapa-siapa dekat dunia ni. Hanya abang saja yang Sofea ada. Sofea harap abang tak tinggalkan Sofea. So.. Sofea sayangkan abang.", ucap Sofea tersedu-sedu. Entah bila isterinya menangis, dia tidak sedar.
"Eh, apa yang Sofea cakapkan ni. Abang takkan tinggal isteri kesayangan abang. Abang janji abang takkan tinggalkan Sofea. Sofea jangan nangis ye, hati abang sedih kalau Sofea sedih.", pujuk Aiman. Dia juga rasa keliru disaat ini dengan apa yang menimpa dia.
Pintu bilik mereka diketuk dari luar.
"Abang! Kak Sofea! Minum petang dah siap. Turunlah! Sorry ganggu! Hihi", jerit Aisyah dari luar lalu pergi.
"Ish budak ni, tak boleh tengok orang senang. Hahaha. Dah la sayang, hari bahagia kita takkan nak sedih. Tak mau nangis eh", ucap Aiman perlahan lalu mengucup lembut dahi dan ubun-ubun isterinya. Aiman menarik Sofea lalu mereka berpegangan tangan turun ke bawah.
"Pengantin baru ni, kalau dah berdua memang tak nak berpisah", usik Aisyah kepada abang dan kakak iparnya yang baru sahaja turun.
"Macamlah kamu tak tahu, haha. Tu la, kahwin lain kali. Ni, asyik nak tolak aja", ejek Aiman lalu menjelirkan lidah ke arah adiknya.
"Umiiii, tengok abang. Dia ejek Aisyah", adu Aisyah kepada uminya. Saudara-saudara di situ semuanya tersenyum melihat telatah dua beradik itu.
"Apa ni Aiman? Aisyah? Dah besar masih nak gaduh lagi ke! Kamu ni Aiman, sudah sudah la tu sakat adik kamu ni. Dah beristeri masih perangai macam budak-budak", mrah Datin Alia kepada anak-anaknya.
"Uwekkk, hahaha. Padan muka abang", kata Aisyah.
"Kamu pun sama Aisyah, ada orang datang minang ditolaknya", marah Datin Alia kepada anak daranya pula.
"Alaa umi, umi kena faham. Jiwa muda, nak bebas. Hihi", kata Aisyah sambil tersengih menampakkan giginya.
"Muda la sangat, dah umur 23 tau tak. Dah boleh ada 2 orang anak sekarang ni", kata Datin Alia lalu menggelengkan kepala.
"Angah jangan pening-pening, Aisyah tu dah berpunya tahu tak. Saya nampak dia berborak-borak dengan budak muda masa dekat kenduri tadi. Masa Aisyah bangun nak pergi bergambar dengan kawan-kawan dia, say pergi dekat budak muda tu. Saya tanya macam-macam. Dia kata namanya Syafiq, orang sini katanya lagi. Elok sangatlah tu", kata Mak Long Aisyah.
Aisyah sudah tak dapat berbuat apa-apa. Mukanya bagai udang terbakar. Malu kerana rahsia sudah diketahui semua orang tatkala Mak Longnya membuka mulut bercerita mengenai lelaki yang disukainya.
"Habis la Aisyah, akak tak dapat tolong dah", usik Sofea.
"Sayang tahu?", tanya Aiman.
"Tahu, ni lah hal perempuan yang Aisyah nak bagi tahu pagi tadi", kata Sofea membocorkan rahsia Aisyah.
"A.. Aisyah, Aisyah suka dia tapi dia tak tahu", kata Aisyah malu-malu.
"Aisyah jangan risau, dia suka Aisyah la. Dia bagi tahu Mak Long tadi dia suka Aisyah tapi dia kata jangan bagi tahu Aisyah. Dia takut dia bertepuk sebelah tangan. Tapi nampaknya tak bertepuk sebelah tangan. Hahaha", kata Mak Long.
"A.. apa!!! Betul ke Mak Long?! Argghhh", jerit Aisyah bagai terkena histeria lalu pengsan dalam keadaan tersenyum.
"Ya Allah anakku!!", jerit uminya lalu menepuk-nepuk pipi Aisyah.
"Budak ni, tabiat dia dah keluar", kata Aiman selamba.
"Tabiat apa abang?", tanya Sofea yang binggung tapi takut juga melihat Aisyah yang pengsan di tepinya.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Di Penghujungnya
RandomMengisahkan tentang seorang gadis kacukan yang bernama Katrina Sofea dan seorang pemuda iaitu Aiman Iskandar. Pertama kali Aiman melihat Sofea, hatinya seperti sudah terpaut. Dan Sofea, gadis yang ikut sahaja mana yang baiknya. Mereka disatukan sele...