Aiman masuk kerumah semula selepas melepaskan amarahnya kepada Erlina.
"Opah tak suka la si Erlina tu Aiman, macam biadap aja. Baru jumpa Opah, dah panggil Opah.", luah Opah.
"Tahu tak apa, eh mana Aisyah dengan Sofea umi?", kata Aiman sambil tercari-cari isteri dan adiknya.
"Tadi lepas kamu keluar dengan si Erlina tu, diorang naik atas", kata Datin Alia.
Aiman tanpa membuang masa terus menapak naik ke atas. Sedang dia naik atas, dia bertembung dengan Aisyah di tangga.
"Mana kak Sofea?", tanya Aiman kepada adiknya itu.
"Carilah sendiri dekat atas", jawab Aisyah acuh tak acuh.
"Kenapa pulak ni nak bad mood? Period kot?", kata Aiman perlahan lalu menyambung perjalanannya ke atas untuk kebiliknya.
Aiman masuk ke biliknya lalu menutup pintu dan kelihatan isterinya tiada di bilik itu. Dia berfikir mungkin isterinya berada di bilik Aisyah. Dia mula menapak semula keluar dari bilik. Sesampai dipintu, dia terdengar bunyi orang yang sedang menjiruskan air di bilik air. Aiman mula tersenyum dan menyembunyikan dirinya disebalik katil.
Selepas 10 minit dia menyorok, Sofea keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Hati Aiman bagai nak tercabut melihat bentuk tubuh yang langsing milik Sofea.
Sofea masih tidak perasan bahawa suaminya ada dibilik itu. Dia menuju ke almari dan memilih baju untuk dipakai. Aiman seperti tidak tertahan-tahan terus keluar dari persembunyiaannya dan terus memeluk Sofea dari belakang sambil berbisik sesuatu dengan menggoda.
"Sayang~ sayang sexy la. Abang tak tahan", kata Aiman lalu memusingkan badan Sofea supaya menghadap dirinya.
Sofea terkejut kerana tiba-tiba seseorang memeluknya dari belakang. Badannya dipusingkan lalu dia menatap wajah orang yang memusingkan badannya.
Sofea diserbu rasa malu lalu automatik tangannya menutup dadanya. Walaupun Aiman halal baginya, dia masih malu untuk menunjukkan segalanya.
"Kenapa tutup, biarlah macam tu. Baru sexy. Hahahaha.", usik Aiman lalu menolah tubuh isterinya supaya jatuh di atas katil.
Mulut Sofea bagai terkunci kerana malu yang teramat. Aiman merenung satu persatu pada diri Sofea lalu dia merenung ke arah bibir Sofea dan beralih ke mata Sofea. Sudah lama dia ingin mengucup bibir lembap itu.
"A.. abang.. air wuduk Sofea dah batal sebab abang. Sofea nak solat dulu boleh?", pinta Sofea gagap.
"Ya Allah, sorry sayang. Abang tak tahu. Jom masuk balik, kita ambik wuduk semula.", kata Aiman lalu mendukung Sofea masuk ke bilik air.
Sofea terpaksa mengambil air wuduk semula kerana Aiman. Usai ambil wuduk, mereka solat asar berjemaah.
"Abang, Sofea nak tanya boleh?", pinta Sofea.
"Tanya ajalah, tak payah minta izin.", jawab Aiman.
"Siapa perempuan tadi? Tengok cara macam ge.. girlfriend a.. abang.. maaf kalau Sofea tanya bang, Sofea cuma nak tahu.", tanya Sofea menahan sedu.
Aiman tak dapat berbuat apa kerana Sofea sudah mula mencurigai dia.
"I.. itu kawan abang. Sofea jangan pening-pening fikirkan benda tak penting tu. Abang bukan boyfriend dia.", tipu Aiman.
"Tapi Sofea..", kata-kata Sofea terhenti.
"Kenapa sayang?", tanya Aiman yang sudah mula risau dengan isterinya.
"Sofea rasa macam tak sedap hati masa tengok muka dia. Sofea rasa macam tak lama dah", ucap Sofea yang sukar Aiman fahami.
"Maksud sayang apa? Abang tak faham", tanya Aiman.
"Tak ada apalah abang, jom turun bawah. Sofea nak buat sesuatu untuk abang", Sofea menukar topik agar suaminya tidak bertanyakan lagi.
Aiman tersenyum sebaik sahaja mendengar isterinya mahu membuat sesuatu untuknya. Mereka pun turun ke bawah menuju ke dapur.
"Eh umi? Umi buat apa ni? Siapa yang masak semua ni?", tanya Sofea sebaik sahaja bertemu dengan Datin Alia di dapur.
"Tadi Jiran sebelah bagi, katanya masak lebih sebab ada orang nak datang rumahnya last-last tak jadi.", kata Datin Alia.
"Macam tu, kalau macam tu. Maaflah bang, lain kali je la Sofea buat sesuatu untuk abang. Rezeki dah ada ni, tak baik membazir", kata Sofea kepada suaminya.
"Apa boleh buat. Hahaha", balas Aiman.
Akhirnya, malam pun melabuhkan tirainya. Di bilik atas, Aiman dan Sofea sedang berehat selepas sehari suntuk berpenat lelah dengan kenduri kahwinnya.
"Abang.. Sofea nak cakap sesuatu boleh?", tanya Sofea.
"Apa dia sayang?"
"Abang.."
It's been a long day
Without you, my friend
And I'll tell you all about it
When I see you again
We've come a long way
Oh, I'll tell you all about it
(When I see you again 2x)
Ohhh~Lagu See You Again dari Wiz Khalifa & Charlie Puth berdering di telefon Aiman lalu Aiman mengambil dan menjawabnya. Kata-kata Sofea berhenti begitu sahaja tatkala Aiman menjauhkan diri darinya untuk menjawab panggilan itu di balkoni bilik mereka.
"Hello, apa? Tapi saya tengah cuti. Mmm, kalau macam tu tak apalah. Esok saya masuk. Assalamualaikum.", tamat sahaja panggilan dari tempat kerjanya satu lagi panggilan masuk ke telefon Aiman.
"Hello? Siapa ni?", kata Aiman.
"Ni I la sayang, Erlina. Sampai hati you tak kenal I, ni mesti you buang contact I kan?", kata Erlina di penghujung panggilan dengan nada menggedik.
"Jangan ganggu I, I nak tidur.", kata Aiman lantas hujung jarinya cuba menyentuh skrin telefon tapi dia sempat mendengar Erlina menjerit dari celah telefonnya.
"Apa lagi yang you nak?! I kata jangan ganggu I lagi!", jerit Aiman sehingga Sofea yang baring di dalam bilik terkejut. Dia pantas menekan butang tamat end call di telefonnya.
"Siapa tu bang?", tanya Sofea.
"Jangan sibuk la!! Aku nak tidur!", jerit Aiman dekat Sofea menyebabkan Sofea tersentap lalu berdiam diri dan berpaling dari melihat Aiman.
"Aduh, apa yang kau dah buat ni Aiman. Kau sedar tak kau baru tinggikan suara dekat buah hati kau yang tak tahu apa-apa.", marah Aiman kepada dirinya di dalam hati.
"Err.. sayang. Abang minta maaf, abang stress. Maaf ye sayang", pujuk Aiman lalu baring dan memeluk isterinya dari belakang
"Mmm.. tak apa. Sofea faham", kata Sofea lalu menyembunyikan air mata yang sudah gugur dari dilihat Aiman. Dia membiarkan saja Aiman memeluknya supaya tekanan yang dihadapi oleh Aiman reda.
"Mehh sini pandang abang, tak baik tau kebelakangkan abang.", tegur Aiman kepada isterinya.
Sofea memusingkan badannya menghadap Aiman sambil memejam mata. Aiman pelik kenapa isterinya memejamkan mata lalu di terlihat pipi Sofea yang sudah basah akibat dihujani air mata.
"Maafkan abang sayang, abang tak sanggup lihat Sofea menangis sebab abang. Maafkan abang", pujuk Aiman lalu dia pun menangis sama. Dia tidak pernah menangis selama ini kecuali ketika dia masih kecil.
"Eh? Siapa yang patut menangis sekarang ni?", bisik hati Sofea.
Lantas Sofea memeluk badan Aiman untuk meredakan tangisan Aiman. Walaupun dia tidak mengerti akan semua ni, sebagai seorang isteri adalah satu tanggungjawabnya untuk berkongsi perasaan dengan suami.
Akhirnya, mereka berdua tertidur didalam keadaan berpelukan dan kesedihan. Mereka tidur dengan lena sekali sampaikan pintu bilik mereka diketuk oleh Aisyah tidak membuatkan mereka terjaga.
YOU ARE READING
Kebahagiaan Di Penghujungnya
RandomMengisahkan tentang seorang gadis kacukan yang bernama Katrina Sofea dan seorang pemuda iaitu Aiman Iskandar. Pertama kali Aiman melihat Sofea, hatinya seperti sudah terpaut. Dan Sofea, gadis yang ikut sahaja mana yang baiknya. Mereka disatukan sele...