satu untuk semua

53 2 0
                                    

Ceritanya berkisar seorang pemuda berumur dua puluhan. Muda, dan matanya masih lagi rabun. Terlalu mudah untuk sesat dan disesatkan. Walaupun dizaman ini dia sebagai seorang pemuda genY yang mampu menyentuh dunia dengan hujung jarinya, dengan gadjet mudah alih pintar yang dilengkapi dengan aplikasi google dan waze. Dia masih lagi seorang pemuda yang ceria tetapi mendiami jasad yang kosong. Dia juga seorang siswa di sebuah institusi pengajian awam yang terdapat di sebuah ibu negeri Yang Lucu Lucu. Sebagai seorang penagih nikotin yang teruk sebahagian dari harinya akan disertai asap tembakau murah dari rokok buatan entah mana-mana yang diseludup masuk oleh kerana pihak penguatkuasa terlalu sibuk mengawal harga barang dipasaran. Walaupun hakikatnya harga barang terus naik dan tembakau murah buatan entah mana-mana terus mendapat perhatian. Sebagai seorang siswa dalam jurusan kejuruteraan dia sangat pandai. Pandai berkhayal tentang perkara yang langsung tidak membantunya mengekalkan perutnya dari dipenuhi angin. Dia tahu yang dunia ini bukan tempat untuk dia berfikir tentang kejadian masa depan. Dunia adalah tempat dimana masa depan adalah diluar kotak fikir. Persetan, padanya semua ini adalah ilusi. Jadilah apa pun didunia dan semuanya akan musnah bila tiba masa nya nanti. Cuma jangan pernah pura-pura tentang cinta dan kebaikan.

Kecintaan nya pada dunia sukar diramal, entah cinta entah tidak. Dunia nya juga terlalu banyak "entah". Entah bermaksud tidak tahu. Apa yang dia tahu hatinya bagai mentol. Kejak nyala, kejak padam. Mungkin ada tikus yang memakan wayar pendawaian hati nya tu. Biasanya hati nya akan bernyala bila hari siang. Tak kisah siang terik, hujan atau mendung. Tapi selalunya hatinya akan bernyala seiring suasana siang yang terang. Segalanya cantik. Bila malam pula tiba, sudah pasti dia akan membawa gelap sekali. Begitu jugalah hatinya, mentol akan padam dan segalanya kelam. Malamnya akan jadi panjang, walaupun tak banyak yang dapat dilihat pada waktu malam. Tapi lena adalah liar dengan kehidupan nya dibelah malam. Apa yang dia buat selain menonton filem yang berulang-ulang dari pelakon kegemaran nya dia membaca, melukis, berteriak di dalam hati ataupun memerhati kelkatu yang kehilangan kepak dibawah lampu menanti mati. Oh ya, hatinya jarang sekali bernyala diwaktu malam. Kebanyakan malam akan gelap, kalau menyala pun cuma di awal malam. Selebihnya gelap gelap gelap dan gelap.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

undoWhere stories live. Discover now