"... In a world that's changing I'm a stranger in a strange land, there's a contradiction and I'm stuck here in between..."
"Nik Kamarulzaman bin Nik Khairudin."
"Saya."
"Aku nikah akan dikau dengan Khatijah Choo Mei Fiet berwalikan wali hakim dengan mas kahwinnya senaskhah tafsir al-Quran."
"Aku terima nikahnya Khatijah Choo Mei Fiet berwalikan wali hakim dengan mas kahwinnya senaskhah tafsir ai-Quran."
Aku hela nafas. Masih jelas di mata aku walaupun dah setahun benda tu berlaku. Dalam keadaan aku tengah lemah, sangkut dalam wad kelas satu di hospital. Aku masih ingat ada enam orang lelaki termasuk Tok Kadi dan dua orang perempuan yang Nik kenalkan pada aku sebagai sepupunya. Hm, aku tak akan cakap yang aku tak tahu apa yang dah jadi, sebab aku memang tahu apa yang dah jadi dan berlaku.
Aku setuju dengan semua cadangan, permintaan dan kehendak Nik, walaupun ini bukan kemahuan aku. Aku sedar yang perbuatan ini gila, tapi aku tak pernah rasa perkahwinan ini gila sekalipun aku tetap akan dilabel sebagai perempuan gila sampai bila-bila.
"Ja, aku harap kau faham. Tujuan aku kahwin dengan kau ada banyak sebab. Aku kena sembunyikan kau dari saki-baki Tiger Gang. Kematian kau dah dipalsukan supaya diorang betul-betul sangka yang kau dah mati. Tapi rancangan ni semua bukan senang, sebab aku kena jaga kau Ja. Dengan cara ini sajalah aku boleh jaga kau dan sekaligus buat kita jadi mahram sesama sendiri."
Itu ayat-ayat yang pernah keluar dari mulut Nik sehari sebelum aku bersetuju untuk bernikah dengan dia sebagai isteri nombor dua. Ya, Nik sudah berkahwin dan sudah ada tiga orang anak. Kalaulah ada di kalangan kawan-kawan aku tau pasal benda ni, memang diorang semua akan cakap aku ni perampas laki orang.
Chill beb, cerita aku aku bukan pasal perempuan malang yang berkahwin dengan jantan can do macam cerita Ombak Rindu nu; jauh panggang dari api!
Isteri atau bini pertama Nik si laki aku tu, tau pasal perkahwinan kami; dialah yang tandatangan surat kebenaran untuk Nik kahwin lagi satu. Kalau dia tak setuju, tak mungkinlah Nik jadi laki aku kan? Dahlah aku kahwin stail koboi (dalam hospital pulak tu, pada saat dan ketika aku masih terlantar atas katil lagi kau!). Nak menyain surat kahwin pun aku aku rasa azab nak gerak tangan pegang pen, tulis signature aku.
Just bayangkanlah kalau Akak Saripah tu tak setuju, agaknya aku kena bawak lari dengan Nik kot pergi Thailand kahwin kat sana pulak, huhu!
Okay, berbalik pada cerita kenapa aku kahwin dengan Nik. Hm... Panjang sebenarnya cerita dia ni. Tapi kalau korang sudi nak membaca cerita aku ni, aku on je untuk terus merepek meraban. Aku ni sebenarnya penjenayah. Ye, diulangi penjenayah. Aku ni pernah bunuh orang dan orang yang aku bunuh ni pulak bukan calang-calang orang, sebab dia tu bapak segala mafia kat KL ni dan nama dia Lou Foo.
Tapi bukan dia sorang je yang aku dah bunuh. Aku ada bunuh empat orang lagi kuli batak dia dan salah seorang dari kuli batak dia tu, tu adalah kawan baik aku sendiri.
Gelaklah kalau korang nak gelak dengan cerita aku ni. Tapi kenyataan dan hakikatnya, aku ni memang pembunuh dan korang kena berhati-hati dengan aku, sebab aku bukan perempuan gila sembarangan, huhu!
Kalaulah hidup aku ni senang dan kalaulah aku boleh berfikiran liberal yang ikut suka hati macam stail mat saleh tu, aku rasa macam nak cerita kat satu dunia dengan apa yang aku dah buat. tapi aku tak boleh. Nombor satu, sebab Nik suruh, nombor dua, sebab aku tak nak membabitkan lagi kawan-kawan aku (sebab bila aku dah bercerita nanti, diorang pun akan susah) dan ketiga, aku tak ada rasa bangga pun dengan apa yang aku dah buat.
Aku bunuh orang ( si Lou Foo nu) sebab dia bunuh kesemua ahli keluarga aku; aku dendam dengan dia sebab membuatkan aku hidup dalam derita sejak aku kecik lagi. Dia musnahkan hidup aku dan aku tak dapat pembelaan. Dia senang hidup bertahun-tahun sebagai gangster taik yang jual dadah. And for the record, Lou Foo bukan setakat bunuh mak bapak dengan adik-beradik aku. Si binatang tu pun pernah bunuh ramai orang sebelum ni. Reputasi dia yang kononnya senantiasa invincible tu, akan sentiasa meloloskan dia dari keadilan yang sepatutnya. I mean, kalau hukum dunia dia boleh lepas, tapi dengan hukum Tuhan, dia tak akan boleh lari; jadi aku percepatkan 'tarikh luput' si Lou Foo tu.
Dan disebabkan kes bunuh ni semualah, aku kena bersembunyi. Berkahwin dengan Nik adalah sebagai satu alasan supaya aku dapat disorokkan dari Tiger Gang yang menjadi legasi buat Lou Foo selama dia hidup. Nik pernah ceritakan aku yang kumpulan samseng tu tak akan tumbang sekalipun kalau orang kuatnya dijatuhkan. Tiger Gang ni diibaratkan seperti sebuah 'kingdom'.
Dalam 'kingdom', selepas raja, ada permaisuri, ada kerabat-kerabat lain seperti putera puteri, kekanda dan adinda raja; macam itu jugaklah kalau Tiger Gang ni diibaratkan kononnya. Nik ada ceritakan aku yang anak tunggal Lou Foo (yang aku kenali dengan hanya nama Kitty) masih hidup dan dia juga bukan calang-calang gangster. Aku pernah tengok minah celaka nu. Dia macam bapaknya jugak, cuma mungkin bijak sikit (sebab belajar oversea), bermuka cantik, berbadan seksi dan sedikit pun tak menampakkan dia sebagai seorang mafia).
Nik yakin yang Kitty akan cuba hidupkan balik legasi bapak dia tu. Huh, kalau ikutkan hati aku, pergi mampuslah dengan si Kitty tu. Apa yang dia nak buat, gasak dialah. Hal dia, bukan hal aku. Urusan seri paduka baginda aku dengan arwah bapak dia, bukan dia. Dan niat aku bunuh Lou Foo dulu pun, semata-mata nak balas dendam, bukannya nak memusnahkan Tiger Gang. Memusnahkan Tiger Gang tu adalah visi Nik.
You see beb, Nik sebenarnya Inspektor Polis dari Bahagian Narkotik yang sedang berada dalam misi undercover untuk memusnahkan Tiger Gang. Dahsyat kan laki aku? Weyh, tengok bini dialah beb. Aku ni pun dulu selain dicop perempuan gila, adalah femme fatale oooh...
Kejadian aku sebagai femme fatale yang bermain dengan pistol revolver tu dah setahun lebih dah berlaku. Panjang sungguh cerita dia kalau nak aku ungkapkan sekali harung pada pembukaan cerita ni.
Sejak dari hari aku bersetuju untuk jadi isteri kedua Nik, dia dah ingatkan aku banyak kali akan hal Lou Foo dan timbulnya Tiger gang sekali lagi. Aku tak akan lupa benda yang dia cakap tu semua. Walaupun aku dah berjaya lunaskan dendam aku untuk keluarga aku, aku masih tak dapat ubah apa-apa keadaan. Dan harga yang aku harus bayar untuk jenayah yang aku dah lakukan ialah hidup dalam identiti lain dengan memberi justifikasi yang Fiet ataupun Jaja dah lama mati pada kawan-kawan aku. Nik meyakinkan aku yang mereka semua akan dapat susah kalau aku tak nak buat yang diorang percaya yang aku ni dah 'mati', diorang semua pulak yang akan betul-betul mati nanti.
Kalau diri aku seorang, aku memang tak kisah, tapi kawan-kawan aku tu semua ada family. Kalau family dioranglah dibabit-babitkan sekali nanti macam mana? Benda ni jugaklah di antara sebabnya aku banyak dengar cakap Nik selama ni.
Tapi berita baiknya, Nik cakap dengan aku yang aku boleh 'hidup' balik. Dia nak kumpulkan aku dengan kawan-kawan baik aku; Cloud dan Leman.
Siot betullah. Aku rindu dengan dua best friends aku tu weyh! Tak sabar nak jumpa diorang balik!
YOU ARE READING
AMULET
ActionSatu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi k...