First kita sediakan bahan.. Ehh salah mula² baca bismillah dulu ok :D
Bahan²
4 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan susu pekat
2 cawan air panas
2 cawan buttercup
4 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
8 biji telur
beberapa titik esen vanillaCara penyediaan
i. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder n baking soda. Asingkan.
ii. Pukul telur dan gula sehingga kembang and make sure gula tu betul² hancur. Gunakan mixer ye sayangku sekalian jangan buat jenayah dengan memukul telur tersebut menggunakan tangan *haa ok tk lawak* (-_-)
Ok dah? Seterusnya... :)
iii. Masukkan bahan yg telah diayak td sedikit demi sedikit. Jangan terus masukkan semua. Selang-selikan dengan air panas.
iv. Masukkan esen vanilla *guna je penutul botol esen vanilla tu*
v. Campurkan susu pekat then masukkan buttercup *yg telah dicairkan*
vi. Masukkan dalam bekas/loyang
vii. Kalau awak guna loyang/bekas yg besar, kukus selama lebih kurang 2 jam 30 minit. But if awak guna bekas plastik kecik yg comey² tu, kukus selama 25-30 minit shj.
Ok? Now let's make the topping!! Ojyeah!! Coklat leleh ermm..dap! ^_^