Kini sudah 2 bulan aku bergelar isterinya. Hari-hari yang aku lalui terisi dengan kehadiranya. Layanan yang diberikan Ammar kepada aku tidak kurang sedikit pun. Cuma aku sahaja yang belum bersedia meluahkan perasaan cintaku kepadanya. Kata Ammar, dia faham dengan situasi aku sekarang. Dia tidak memaksa malah memberikan aku waktu untuk berfikir tetapi aku tahu kesabarannya juga ada had. Suatu hari nanti, pasti dia akan menuntut haknya. Aku harus bersedia!
Kini kami tinggal di rumah ummi, ibu mertua aku. Ummi melayan aku dengan baik sekali sama seperti aku belum menjadi menantunya. Seminggu sekali aku akan ke rumah keluargaku bersama Ammar untuk melepaskan kerinduan. Ammar nyata tidak kekok dan boleh masuk dengan adik-beradikku yang agak gila-gila. Aku rasa bahagia dengan kehidupan ku sekarang.
"Jauh termenung nampak?" Soalnya yang memecahkan khayalanku.
"Sorry abang. Shah tak perasan pun yang abang dah balik." Aku kini membahasakan diriku Shah kepadanya kerana hanya dia satu-satunya yang memanggil aku Aishah. Aku menyalamnya dan mengambil briefcase serta kot hitam dari tangannya.
"Menungkan apa tu sayang? Ralit benar abang tengok." Katanya sambil mengambil tempat di sebelahku.
"Shah mengenangkan hidup Shah yang sekarang."
"Kenapa menyesal kahwin dengan abang?" Katanya dengan nada merajuk.
"Hish...ke situ pulak abang ni. Shah tak pernah menyesal kahwin dengan abang. Malah Shah bersyukur sangat sebab dapat.hubby yang memahami macam abang." Aku melentokkan kepala ku ke bahunya. Ini je cara untuk aku bermanja. Aku tak mampu nak manja lebih-lebih nanti aku juga yang susah.
"Yelah tu. Orang tu kan sampai mogok-mogok dulu sebab tak nak kahwin dengan abang kan. Manalah tau tiba-tiba dia rasa menyesal ke." Usiknya sambil mencuit hidungku.
"Itu cerita lama okey En Ammar Firdaus." Aku ketam perutnya, dia terjerit perlahan.
"Abang, I have something to ask you."
"Apa dia sayang?"
"Erm, what makes you marry me?"
"Kenapa nak tahu?" Usiknya.
"I am just curious. Come on abang ceritalah." Rengekku manja.
"Okey, fine. Abang akan cerita. Once upon a time...." Arghh, jeritnya. Aku ketam lagi perutnya. Main-main pulak, aku baru nak.khusyuk.
"Sakitlah sayang! Okey, abang akan cerita betul-betul. Sebenarnya abang jumpa sayang kali pertama dekat restoran mama dan papa. Masa tu, sayang yang amik order dekat meja yang abang duduk and you know what? I fall in love with you.on the first sight. Esoknya, abang datang lagi dan lagi dan lagi untuk tengok sayang. I am addicted to your face. Abang rasa macam dah gila bayang. One day tu abang datang lagi untuk lunch dekat situ tapi abang kecewa sangat."
"Kecewa kenapa?" Soalku ingin tahu.
"Because you was not there during that time. Abang tanya salah seorang waiter dekat situ and dia cakap sayang dah sambung belajar. How disappointed I am at that time. So since that day, abang dah tak datang ke restoran tu lagi. Okeylah sayang, end of part 1 of my story. Abang belum asar lagi ni nanti kita sambung lagi." Katanya dan bangun. Aku melepaskanya pergi dan dia masih lagi berhutang 'cerita' nya dengan aku.
*****************************************
Selesai makan malam, aku dan Ammar merehatkan diri di gazebo berdekatan kebun sayur ummi. Itulah rutin kami setiap malam, lepak-lepak sambil mengira bintang di langit. Kadang-kala kami akan berbual mengenai isu semasa dan kisah-kisah kami semasa study dulu.
Aku menghidangkan Ammar secawan nescafe panas dan blueberry cheesecake yang aku buat bersama ummi petang tadi. Ammar sangat suka minum nescafe jadi aku berusaha sebaik mungkin untuk membancuh nescafe yang enak buat nya supaya dia tidak mencari nescafe buatan orang lain.