Part 3

20 0 0
                                    

"Buat pengetahuan kau,bangunan tu merupakan salah satu tempat pertemuan kumpulan Unknown. Kau tak tahu ker?" ujar Abid perlahan kepadaku.

"Unknown? Kumpulan pebende tu?" balas Ken sambil mengerutkan dahinya. Pelik semacam ja nama kumpulan tu.

"Err,actually aku tak tahu pun nama kumpulan tu apa. Jadi,aku dan kawan-kawan aku yang lain bagi la gelaran 'Unknown' pada group tu."

"Aikk,pelik." Ken menyuarakan isi hatinya kepada Abid. Takkan kumpulan Unknown tu tak pernah bagi tahu nama sebenar kumpulan mereka? Bukan ke setiap nama akan menunjukkan identiti sesebuah kumpulan?

Abid tersenyum. Nak buat macam mana? Kumpulan tersebut memang merahsiakan segala-galanya daripada pengetahuan semua orang malah setiap pergerakan dan tindak-tanduk mereka tidak dapat diduga. Semuanya pasti akan berlaku secara tiba-tiba. Dan perkara ini juga yang membuatkan dia runsing sendiri. Hmm...

"Kau ni dari mana sebenarnya? Tengok dari gaya kau,aku sangat pasti yang kau bukan orang sini. Apa tujuan kau ke mari?" soal Abid sambil memandang Ken dari atas ke bawah berulang kali.

Ken sudah berasa tidak selesa. Eh dia ni. Tak pernah tengok orang ke? Dok tenung aku semacam pulak. Nasib baik aku ni lelaki sama macam dia,kalau tidak ada yang jadi Kassim Selamat tak pasal-pasal.

Huh!

"Sebenarnya aku dari Qoryah. Aku pun tak berapa pasti bagaimana aku boleh berada di sini. Yang aku tahu,sebaik sahaja aku sedar tadi,aku sudah terbaring di dalam bangunan tersebut." Ken membalas pertanyaan Abid dengan sedih.

Yela,mana tak sedih,sedar-sedar daripada pengsan dia sudah ada di sini. Tempat apa pun dia tak tahu. Nasib nasib....

"Oh,patut la." ujar Abid sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Apa yang patut la?" Ken menjungkitkan keningnya. Ada apa-apa yang tak kena ke?

"Maksud aku,patut la kau ada dekat tempat tadi. Dah la kau selamba je nak menjenguk pergaduhan diorang tadi. Nasib baik aku sempat tahan kau. Kalau tidak,aku pun tak tahu apa yang akan terjadi pada kau. Mungkin nyawa kau dah melayang kot."

"Hah?! Takkan sampai nyawa pun boleh melayang? Diorang tu pengganas ke?" Ken terkejut. Pergh,kalau sampai nyawa pun boleh jadi taruhan maknanya ini bukan sebuah tempat biasa-biasa. Apa ni? Hatinya menjadi semakin tidak keruan.

Aku nak balik!!!

------------------------------------------------------

"Okey,kita dah sampai."

Ken yang sedang mengelamun terus tersentak. Huh? Apa yang dia cakap tadi?

"Kita dah sampai." ulang Abid. Melihat wajah terpinga-pinga Ken pun dia sudah tahu bahawa pemuda di sebelahnya ini asyik sangat mengelamun. Entah apa yang dia fikir. Mungkin tentang perbualan mereka yang tergantung sebentar tadi. Hmm,dia sendiri pun tidak tahu bagaimana mahu menerangkan keadaan di tempat ini. Biar la masa yang menentukan.

Sebaik sahaja Ken menyoal Abid tentang kumpulan 'Unknown' sebentar tadi,Abid terus mendiamkan diri. Sebenarnya,Ken menanti juga jawapan daripada Abid tetapi melihat wajah yang tiba-tiba berubah mendung itu membuatkan dia membatalkan hasratnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 30, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Shoot !Where stories live. Discover now