Dengan perlahan aku membuka mataku. Cahaya yang terpacar di hapadanku membuatkan aku bingung dengan sekiling yang sangat asing. Aku mula rasa kepalaku berdenyut-denyut kesakitan. Baru aku teringat yang aku telah dilanggar selepas aku mencuba melarikan diri dari tempat kotor itu.
"Cik.. cik ok ke? maafkan saya sebab sayalah orang yang melanggar cik semalam. Saya dah tanggung semua kos-kos rumah sakit ini, jadi cik tak perlu risau" Seorang lelaki yang memamparkan senyuman manis padaku. Mungkin dia lega apabila aku terselamat dari kejadian itu. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak tahu hendak kata apa. Anggukkan sahaja yang aku balas.
"Saya Haris fahmi, panggil Haris je. Ni kad saya, kalau ada apa-apa yang hendak saya bantu telefon saya, saya akan secepat mungkin tolong cik" Haris letak Nama kadnya diatas rak bersebelahanku. Aku buntu. Lagi sekali aku balas dengan anggukkan.
"Kalau gitu saya gerak dulu sebab ada hal kerja. Saya pasti akan datang balik untuk melawat cik" Sekali lagi senyuman manis melemparkan kepadaku. "Cik Haris..." Baru sahaja Haris hendak keluar dari bilik terdengar suara keayuan di hujung telinga.
"Saya.. tak nak duduk sini saya nak keluar hari ini juga boleh? Saya dah sihat" Aku ingin keluar dari sini secepat mungkin. Kenapa? Long Zim pasti akan cari aku terutama rumah sakit kerana aku yakin yang dia ternampak kejadian tersebut. Farah ketakutan dan seluruh badannya pula menggigil kerana teringat Long Zim yang akan bunuhnya jika dapat bertemu nanti.
"Boleh saya tahu kenapa? Cik kan masih lagi sakit lukanya tu pula belum sembuh, Eh kenapa muka cik merah ni? saya ada salah cakap ke? Tolong bagitahu saya apa silap saya" Haris terus duduk di birai katil dengan mukanya yang berkerut.
"Bukan maksud saya begitu tapi saya tidak suka duduk disini lama-lama buatkan saya lagi pening." Alasan yang cukup tidak masuk akal. Ahh! apa pun aku mesti berhasil keluar dari sini sebelum Long Zim jumpa aku! "Lagipun saya tidak ada telefon pun jadi saya terpaksa cakap sekarang, cik boleh tolong saya kan?"
Lagi keliru Haris dibuatnya. Kenapa nak sangat keluar dari rumah sakit? Padahal dia baru sahaja bangun dari koma semalaman. Bisik hati Haris. "InsyaAllah saya akan cuba tolong cik, cik nak saya tolong apa?"
"Tolong bawak saya keluar dari sini dan hantarkan saya ke tempat yang tiada orang lain pun tahu"
"Saya boleh tolong cik tapi saya tidak berapa pasti tempat yang cik maksudkan itu.." Sememangnya Haris tidak mengerti kenapa dia berfikiran sangat pelik. Jangan-jangan aku yang puncanya kerana terlanggar dia. Oh tidak!
Farah pun tidak tahu hendak kemana itu sahaja yang mampu dia fikir. Selagi kaki ini boleh berlari selagi itu dia cuba untuk melepaskan diri dari Long Zim. Tapi nak pergi mana ya? keluarga semua sudah larikan diri dan akhirnya aku yang jadi mangsa keadaan. Satu idea yang muncul di fikiran. Mungkin ini akan berhasil? Mungkin.
"Saya nak tumpang rumah cik Haris untuk beberapa hari boleh? bila saya dapat kerja saya akan gantikan semua perbelanjaan cik Haris yang telah bagi pada saya." Aku terus menggenggam tangannya dengan erat. Air mata menitis dan membasahi pipiku. Aku berharap agar dia setuju kalau betul-betul ingin menolongku.
"Tolong saya cik Haris.. Tolonglah saya!"
"Sayaa..."
=====================================================================================
Jadi macam mana? ok tak? kalau ok saya akan uploa lagi maaf kerana menunggu agak lama! tapi saya akan sedaya upaya untuk habiskan karya ini terima kasih kerana menyokong dan bersabar menunggu!
Love you all! XD
Myella <3
YOU ARE READING
Aku tidak ingin begini
Kısa HikayeFarah Shazirah menjadi mangsa keadaan . Dia tidak mahu menjadi seorang yang jijik , tiada maruah dan bergelumang dengan dosa . Dia telah mencuba untuk melarikan diri dari tempat pelacur yang dianggap neraka baginya . Sungguh dia tidak sanggup untuk...