Aku berjalan melintasi taman. Sunyi.. gelap. Aku telan air liur sambil mengosongkan fikiran. Beristifar banyak di dalam hati. Sampai saja di dalam kelas di mana setiap pelajar asama harus mengulang kaji aku cepat-cepat mengambil tempat sambil tersenyum kepada beberapa orang kawan yang lain.
Aku dapat merasa kelainan malam ini. Malam yang sunyi.. malam yang penuh dengan pelbagai rasa. Aku pandang sekeliling.. aku terpandang padang sekolah yang gelap gelita. Sekali imbas aku terperasan seorang perempuan. Aku kalih pandangan sekali lagi tapi malangnya tiada. Mungkin perasaan aku saja.
Tiba-tiba terasa... hembusan di tepi telingan aku. Serta merta bulu roma aku menegak. Aku telan air liur.. cepat-cepat aku membaca ayat kursi supaya tiada perasaan takut menyelubungi aku.
"Arggggh!"
Aku kalih pandangan kepada Zila.. Zila kelihatan sangat takut sambil menutup muka dengan kedua belah tangannya.
Aku cepat-cepat mendapatkan Zila. Belum sempat aku bangun Zila sudah mengilai ketawa. Aku pandang sekeliling. Kelas yang menempatkan 20 orang pelajar sunyi sekali, jelas mereka ketakutan.
"Na..na..na...na.." suara Zila mengalun merdu.. gayanya seperti menidurkan seorang bayi.
Tepat pandangan Zila ke mata aku. Cepat-cepat aku kalihkan pandangan. Takut! Rasa seperti mahu larikan diri sahaja. Berulang kali aku membaca ayat kursi entah betul entah tunggang langgang pun aku tak pasti.
Tiba-tiba Zila menangis.. tangisannya kuat sekali.. hingga menyebabkan beberapa pelajar menjeit sama. Aku kaku. Rasa seperti menontan wayang ceita hantu pula.
"Allahuakbar!" warden dari asrama lelaki yang merupakan ustaz sekolah aku melaungkan azan. Ustaz Suhaimi.
Cikgu Salma juga waden asrama perempuan memegang erat Zila. Manakala ketua asrama dan beberapa orang temannya memegang beberapa pelajar yang menjerit tadi.
Zila mengelupur minta dilepaskan.
"Tolong cikgu.!" Cikgu Salma meminta pertolongan aku.
Aku terus duduk sebelah Zila sambil memegang bahu dan tangan kanannya. Aku dapat rasakan kekuatan Zila lain macam. Patut la Cikgu Salma yang berbadan saiz Xl pun tak mampu nak memegang Zila yang bersaiz S.
Aku tahu mata Zila tepat memandang aku sambil terseyum. Aku buat-buat tidak perasan. Ya Allah cepatkanlah semua ini. Bibir aku tak henti-henti menyebut pekataan Allah.
"Jangan sebut namaku." Zila memandang aku. Aku tahu itu bukan Zila kerana suaranya berlainan sekali.
"Jangan sebut nama aku!! Jangan panggil aku!!" Zila meronta-ronta minta dilepaskan...
Aku mahu saja melepaskan Zila dan berlari masuk ke asrama. Menyelubungi diri dengan selimut. Sungguh aku takut. Kalau la.. bukan kerana Cikgu Salma sudah tentu aku cabut.
Rontaan Zila semakin kuat, hinggakan pegangan Cikgu Salma pun terlepas. Zila meluru ke arah aku. Matanya dijegilkan besar. Merah menyala.
"Jangan panggil aku! Jangan panggil namaku!" bahuku di cengkam kuat. Hampir menangis aku jadinya. Bukan kerana sakit tapi kerana aku ketakutan. Mata Zila menikam aku.
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah.. tak habis-habis mulut aku melaungkan nama penciptaku. Hampir saja aku terkucil di dalam seluar.
"Allahuakbar!" Ustaz suhaimi memegang hujung kaki Zila.
Aku hanya tersandar di dinding. Sungguh ini kali pertama situasi begini terjadi pada aku. Hanya tuhan yang tahu.
Setelah selesai kesemuanya, Zila diusung ke rumah warden Cikgu Salma. Aku masih tepaku. Seketika kemudian aku dipanggil oleh Cikgu Salma dan Ustaz Suhaimi.
"Nor, Kenapa jadi macam nie?" ayat pertama Cikgu Salma buat aku.
Aku geleng kepala, sungguh aku tak tahu.
"Ada kamu buat apa-apa yang boleh mendatangkan kemarahan dari alam lain?" Ustaz Suhaimi pula berkata.
Lain macam saja ayat Ustaz kali nie.
"Tak ada Ustaz.. betul saya tak tahu apa-apa." jujur aku katakan.. aku memang tak tahu apa-apa.
"Baiklah kamu boleh pergi."
***************************************************
Pagi tu kecoh dengan cerita Zila kena hysteria.. malam semalam jugak keluarga Zila bawak dia balik..
Aku rasa masih tak sedap hati bila ada cakap-cakap yang mengatakan akulah punca Zila terkena Histeria semalam.
Namun aku sikit pun tak terasa kerana siapa yang ada semalam yang tahu kisah sebenar. Dan ustaz Suhaimi tidak membenarkan sesiapa membuka mulut mengenai hal semalam.
Malam itu selepas sembahyang maghrib di surau.. aku bergegas ke asrama kerana tertinggal surah Yassin di dalam laci.
Aku tekan punat lampu. Laaa kenapa tak nak menyala nie.? Nasib baik lampu luar di koridor tidak membuatkan bilik gelap sangat.
Kakiku langkah perlahan berhati-hati takut tersadung..
"Nor..Nor.."
Aku telan air liur tu macam suara Nia aja..
"Nia kau ke tu?"
"Nor tolong aku Nor..tolong.."
Aku berjalan merapati Nia yang duduk di atas katil tingkat atas.
"Nor apa yang lama sangat ambik surah Yasin tu?"
Aku pusing mengahdap pintu. Cerah lampu tepasang dan aku nampak Nia di muka pintu.. habis yang aku cakap tadi dan mintak tolong tadi siapa? Bukan Nia ke?
"Errr..tadi bukan ke kau...." Belum sempat aku nak habis cakap cepat Nia tarik tangan aku.
Masa dekat makmal nak melintasi surau tiba-tiba aku tak sedap hati. Terasa lain macam sangat malam nie.
"Nia kau ada rasa apa-apa tak?"
"Kenapa kau rasa nak period ke?"
"Hish tak la.. aku rasa macam lain macam sangat malam nie.. rasa macam.. ada yang tengah tengok kita.."
"Kau nie buat aku seram je la."
Tiba-tiba langkah kami terhenti bila ada sesuatu yang melintas.. aku pandang Nia, Nia pandang aku dan masing-masing terdiam..
kami memandang ke bawah bila terdengar ada bunyi benda mengesot.
Ya Allah!
Terus Nia terjerit-jerit.. aku kaku, badan aku mengeras.. terus Yasin di tangan terlepas..
"Aghhh! Arghhh!" aku terjerit sama..
Matanya bulat, besar dan merah.. baunya begitu hanyir sekali... baju putihnya penuh dengan kotoran tanah.. rambutnya kusut...
"Nor..Nor.. jangan panggil namaku..."
Lagi aku ke belakang.. lagi dia menghampiri.. hingga muka kami terpisah 4 inchi..