A S A R

226 7 0
                                    

*****

Allahhuakhbar . . . allahhuakhbar.

Azan asar kali ni dikumandangkan seperti biasa oleh ustaz wan selaku bilal 1 di masjid . Sayu sayu dan suasana terasa tenang ketika itu. Aku duduk di bahagian sebelah kanan masjid seperti biasa dan faisal berdiri di depan sedikit sementara menunggu azan tamat . Kemudian dia terus solat sunat qabliyyah sebelum asar . Perkara perkara sunnah ini tak menjadi perkara yang asing bagi dirinya kerana amalan ini dipupuk dalam dirinya sejak kecil oleh keluarganya . Tak pelik lah juga, dek kerana bapanya adalah orang yang aktif dalam jemaah tabligh di sana. Aku menyusul untuk solat sunat ketika faisal sudah hampir di akhir rakaat pertamanya , biasalah solat sunat je kan . Malas malas gitu lah diri aku . Haha.

Assalamualaikum warahmatullah ....

Imam memberi salam pertama dan tolehan sebelah kanan kemudian disusuli dengan salam kedua dan tolehan sebelah kiri pula .

Aku seperti biasa berzikir sedikit dan membaca doa sendiri. Kerana bagiku solat adalah berjemaah tapi doa dan zikir adalah amalan sendiri sendiri . Dalam ramai ramai pastinya masing masing ada hajat dan doa sendiri kan ? Selesai berwirik , aku terus bangkit meninggalkan saf jemaah .

Selesa sahaja doa dari imam . Kebanyakkan jemaah terus beredar keluar , ada yang terus tunggu dalam masjid dan ada juga yang mendengar bacaan hadith di bahagian hadapan masjid . Sementara menunggu jai mendengar bacaan hadith , aku seperti biasa buka fon dan connect WiFi percuma di situ . Haha.

Tengah tengah scroll wasap yang mula masuk tanpa henti dari group kelas dan group group lain. Jauh di sebelah kiri masjid aku lihat seorang lelaki berkupiah putih datang kearah aku .

"Assalammualaikum bang"

"Wa'alaikummussalam warahmatullah "

" Boleh ana bertanya sikit ? "

" Inshaa'Allah. Jika saya mampu jawab . Silakan bertanya "

" Enta tahu tak apa tanda orang yang sombong dengan Allah ? "

" Hmmm. Maaf saya tak tahu ."

" Baiklah. Disini ana nak berkongsi sedikit apa yang telah ana belajar sebelum ini . Salah satu tanda orang yang sombong dengan Allah adalah orang yang tidak berdoa kepada Allah . "

" Oh begitu . Terima kasih kerana berkongsi ilmu ya "

" Sama sama . Takde apa apa lah . Eh . Lupa nak perkenalkan diri . Ismi Mohd Isa. Ana memegang jawatan exco dakwah Persatuan Islam buat masa ni . Panggil Isa sahaja :) "

" Baiklah Isa. Saya Iman , orang biasa biasa je dekat universiti ni dan bukan budak sekolah agama pun . Sekolah pun harian biasa je dulu . Ape pun terima kasih berkongsi ilmu tadi tu. "

"Ana selalu tengok enta ni kalau lepas solat terus je bangun duduk dekat belakang , tak pun terus solat sunat . Enta tak suka berdoa ye ? " *senyum sinis .

" Oh. Yang itu rupanya . Sebelum saya jawab soalan tu . Boleh saya tanya satu soalan ? "

" Boleh . Inshaaallah "

" Kamu ni orang mahir agama bukan ? Saya nak bertanya . Doa ini apa sebenarnya ? "

" Doa itu permintaan kita pada Allah seperti firman Allah dalam AlQuran : 'Berdoalah kepadaKu nescaya aku kabulkan' . Itu kan ? "

" Jadi bila saat kita paling dekat dengan Allah untuk kita meminta pada Nya ? "

" Dalam setiap sujud kita . Dan ada setengah riwayat kata paling baiknya adalah di sujud terakhir "

" Jadi bagaimana kamu tahu saya tidak berdoa dalam setiap sujud saya ? "

" Hmm. Baiklah. Saya hanya menegur . Atas enta mahu dengar atau tidak. Dan bagi ana tak salah rasanya kalau kita berdoa bersama sama dengan imam kan ? "

I P T AWhere stories live. Discover now