Bab 1:Pagi Yang Bukan Indah

45 0 0
                                    

Suasana pagi ini sungguh ceria dan cerah sekali.Siapa sangka sebelum itu hujan telah turun dengan lebat sekitar jam 4 pagi sehinggakan masuk waktu subuh.Kini udara segar dapat dihirup dengan begitu nyaman sekali.

Bunyi nyanyian burung menemani Puteri,Iqa Dan Fatin tatkala mereka sedang berjalan menuju ke Sekolah Menengah Ungku Tajuddin atau lebih popular dengan panggilan ringkas,S.E.M.U.T.Sekali-sekala,langkah mereka tersimpang untuk mengelak lopak-lopak air yang masih bertakung di jalan raya.

"Rumit juga karangan yang Puan Husna berikan semalam itu," kata Fatin yang terselit di antara Puteri Dan Iqa."Betul tak?"

"Betul,betul," Iqa bersetuju sambil mengangguk kepalanya beberapa kali."Pening kepala ni dibuatnya!.Tapi nasib baik saya dapat selesaikannya juga.Awak bagaimana,Puteri?"

"Hmmm....samalah.Eh,awak berdua boleh tolong tengokkan tak?" kata Puteri sambil mematikan langkahnya seketika."Saya pun tak pasti ia betul."

Puteri menarik zip beg sekolahnya yang berwarna merah jambu.Dia menyeluk tangannya ke dalam Dan mencari-cari buku latihan Bahasa Inggerisnya.Satu per satu buku latihan diselaknya.Seketika kemudian,dia memandang ke arah Iqa dan Fatin dengan wajah yang cemas.

"Alamak!" keluhnya hampa."Saya rasa saya tertinggal buku di dalam biliklah!"

Iqa dan Fatin tercengang memandang kawan mereka.Puteri masih tidak berpuas hati lantas menjenguk kembali ke dalam begnya.Hatinya enggan menerima kenyataan yang bahawa bukunya tertinggal.

"Sah!"katanya dengan nada kecewa sambil menarik zip begnya kembali." Memang buku tu dah tertinggal!Alahai...nampaknya saya harus menapak ke asrama semula!"

"Eh,tak apa Puteri!Mari Kami temankan awak," sambut Iqa kepada Puteri yang sudah berpatah balik.

"Saya okey,Iqa,"Puteri berpaling ke belakang."Awak Dan Fatin pergi dulu.Nanti awak berdua terlambat pula.Kita juma di sekolah sahaja,ya?"

Tanpa menunggu jawapan dari Fatin Dan Iqa,Puteri berlari anak ke asramanya.Sepanjang perjalanan,dia memarahi dirinya kerana tidak terus masukkan buku itu ke dalam begnya kelmarin.

"Ish,ish,ish.Lalai sungguhlah Aku ni!" bentak hatinya."Tak pasal-pasal marah Cikgu Husna nanti!"

Sampai sahaja di biliknya,dia menerjah ke arah mejanya tanpa berfikir panjang.Di situ lah tempat yang paling logik untuk mencari bukunya,Bukan?Namun,gerak Hatinya ternyata salah apabila mendapat bukunya langsung Tiada di atas meja itu.Tidak ingin berputus ASA,dia membuka pula ketiga-tiga laci mejanya itu.Kesemuanya memang dipenuhi buku tapi buku yang dicarinya Tiada di situ.

Puteri semakin panik.Dia Cuba menumpukan sepenuh perhatiannya ke seluruh bilik itu.Di manakah buku itu?

"Alamak,yalah!" Puteri berkata sambil menepuk dahinya."Apalah Aku ni!"

Otaknya terusemainkan senario malam tadi.Sejurus sebelum tidur,dia ada membaca buku itu di atas katilnya!

"Memang tak salah lagi!" katanya sambil meluru ke arah katilnya untuk mengesahkan tekaanya.

Kali INI gerak Hatinya tepat!Buku latihan itu tersimpan kemas di bawah bantalnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cup Cake PuteriWhere stories live. Discover now