Promo : #AiLoveStory

2.9K 97 23
                                    

Instagram EiMAN
#hariinidalamsejarah #happybirthdaytome

Papa dia, Encik Elyas dan mamanya, Puan Freda cakap, ini hadiah istimewa sempena hari ulangtahun kelahiran dia. Pagi tadi lepas solat, papa dan mama sempat buat drama air mata dengan dia. Mereka kata tak sangka anak perempuan tunggal mereka dah besar panjang. Dah nak jadi milik orang!

Air mata papa dan mama gugur sebab gembira. Air mata dia gugur sebab memikirkan apalah nasib diri selepas hari ini. Nak-nak bila mengenangkan benda ini semua berlaku tanpa kerelaan hati orang sebelah sana. Iman dah reda. Orang sebelah sana saja yang dia tahu tak boleh nak terima.

Dua puluh lima tahun hidup. Saya. Aku. I. Itu kata ganti nama yang dia selalu pakai. Awkward gila dowh nak tukar benda tu ke Kita. Kami. We!

Tapi tak kiralah gila janggal macam mana sekalipun, semua tu dia kena hadap. Nak lari, karang jadi anak derhaka. Habis reputasi baik mama dan papa selama ini. Jadi, nak tak nak terpaksa-rela ikut skrip kisah klasik kahwin paksa hari ini.

"Pengantin perempuannya...hulur tangan. Suaminya nak sarung cincin tu."
Iman kering tekak. Tangan mengigil. Badan dah berpeluh macam baru lepas zumba pulak dia rasa. Suami? Gila awkward!!!!

"Weh... hulurlah tangan tu." Leya cuit paha dia. Nak tak nak, dia hulur jugalah tangan ke depan. Menanti jari manis yang selama ini kosong tanpa sebarang aksesori, bersarung dengan sebentuk cincin emas putih. Nasib baiklah cincin tu pilihan sendiri. Satu poin untuk si suami, tak berkira sangat bab persiapan kahwin mereka. Asal tak melampaui bajet orang 'biasa-biasa' macam mereka, semua ok bagi dia.

Debaran makin menjadi-jadi saat deria baunya menangkap haruman maskulin Acqua di Gio. Puas dia tahan senyum bila tiba-tiba teringat kerja gila yang dia buat dengan Leya sehari selepas dia berjumpa dengan Aidid Ziqri. Habis satu KLCC dia mengukur jalan semata-mata sebab nak cari perfume apa yang Aidid pakai. Wangi dan sesuai sangat dengan diri seorang Aidid.

"Cium dahi Iman tu Aidid..." Iman rasa macam nak tercekik anak tekak sendiri. Siapalah manusia yang memandai-mandai suruh buat scene cium-cium dahi ni? Kalau dia nak back-hand, aci?

Iman pejam mata, menanti bibir Aidid singgah di dahi. Satu saat...dua saat...tiga saat...apasal yang lambat sangat ni? Cium dahi saja kut. Tunduk, letak bibir kat dahi...selesai. Not exactly rocket science mister! Yang suka sangat buat dada dia berdebar macam ini kenapa?

Iman mendongak, buka mata, pandang orang di depan dia. Dalam masa yang sama, orang yang sedang dipandang tengah memandang tepat ke matanya. Pandangan tajam yang terus sampai ke hati. Pandangan yang sama yang pernah buat hati dia berdebar tak tentu arah sewaktu pertama kali mereka bertemu muka...

#pertemuanpertama #awkwardmoment
OH wow! Klise. Memang klise. Dari saat lelaki tu turun dari kereta, memang tak berkelip mata dibuatnya. Memang klise gilalah kalau nak suruh dia menggambarkan menantu pilihan keluarga ni. Rupa paras memang 'kelas' I tell you! Part itu memang dia puji mama dan papa. Pandai memilih.

Kalau tak sebab lelaki itu masuk kategori kahwin-aturan-keluarga, memang senang hati dibuatnya sebab fizikalnya seorang Aidid Ziqri dah masuk kategori lelaki idaman seorang Nur Iman Elyas. Tapi setakat itu sajalah. Saat dia buka mulut...

"Are you out of your mind or just plain stupid?"

"What?" Hilang semua good point tadi. Salam tak ada, tanya khabar pun tidak, tiba-tiba nak tembak dia dengan ayat-ayat macam itu. Gila dan bodoh dikatanya aku? Mama...papa, macam ini ke menantu pilihan?

Kompilasi Cerpen Farah Husain (PUBLISHED)Where stories live. Discover now