Sekolah

25 2 2
                                    

Kakiku melangkah masuk ke dalam sekolah dengan perasaan mengantuk tahap maksima. Mana tidaknya, aku orang paling awal datang sekolah pada hari tu. Pukul 6.45 pagi aku dah tercegat di hadapan pagar sekolah memerhati dengan mata yang hampir-hampir layu ditiup perasaan malas.

Aku terus melangkah masuk ke dalam dewan di mana perhimpunan akan dijalankan. Seperti biasa, aku duduk di hadapan sekali. Aku letakkan beg dan pergi ke kantin until membeli air mineral suam. Selepas itu, aku naik ke tingkat 2 sekolah itu untuk ke perpustakaan. Aku bertugas di perpustakaan itu setiap hari memandangkan aku ialah Ketua Pengawas Pusat Sumber sekolah itu.

Dengar macam 'best'kan ? Tetapi tidaklah semenarik itu. Semua benda aku yang perlu uruskan. Haih. Selesai bertugas, aku turun dalam pukul 7.15 pagi. Pada waktu sebegitu, mungkin semua murid telah bersiap sedia menghadapi perhimpunan pagi yang membosankan. Sadis.

Aku mencari-cari kelibat Nia. Dia berada di barisan kelasnya , 2 Cemerlang. Aku berada di kelas pertama, 2 Bestari. Alhamdulillah, Nia datang. Tidaklah terlalu bosan kalau macam tu.

Aku turun dengan pantas dan mengharungi cabaran untuk ke tempat di mana aku meletakkan begku di tengah-tengah orang ramai. Perhimpunan bermula Dan semua orang bagaikan tidur di atas katil yang paling empuk di dunia ini.

Habis saja perhimpunan, semua orang naik ke kelas masing-masing. Ada yang naik bersama kekasih mereka, bersama rakan karib, dan seorang diri.

Aku agak teruja hari ini kerana guru kegemaranku akan mengajar pada waktu pertama, Cikgu Azim, pengajar Bahasa Malaysia. Aku terus belajar dan belajar sehinggalah habis waktu persekolahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PopularWhere stories live. Discover now